Family Trip 2019 : Langkawi Hari Pertama (31 Jan)

Trip yang satu ni memang tak dirancang dari awal.
Semua nya bermula bila ako gegatal tangan booking resort tempat opis ako dan tak sangka ako berjaya mendapat booking tersebut!! Oh yer buat pengetahuan, untuk book resort opis ako ni, kitorang kena masuk dalam sistem resort. Dan pemilihan resort adalah melalui undian ballot.  Dek kerna ako sesaja je pun, sebab yakin takkan berjaya, bila tetiba dapat email mengatakan permohonan booking resort ako telah BERJAYA, terus ako message adek badek yang lain ajak ke Langkawi!

Tapi sebab kan semua pun last minit, beli tiket flight pun seminggu dari tarikh nak terbang, maka nya hanya ako dan kakak je la yang dapat menJOINkan diri. Plus ako bawa la anak buah ako yang palingg kecik sebab dah 'janji' ngan dia nak bawa naik kapal torobang kan. Of coz di hari kejadian baru la sikecik tu tau kitorang nak naik kal torobang. Apa lagi, punya la excited!!  Hai Hai Bai Bai je kat omak dan apak eh masa hantar kat KL Sentral pagi Khamis 31 Jan 2019.


Hai, nama saya Qayyum, boleh panggil saya Uyum 😄
First time Uyum nak naik ERL & kapal terbang ni.
Memang dedua pun dia suka sangat.
Kami tiba di KL Sentral jam 5:30 pagi.
Tunggu cik Lin lambat pulak sampai.
Uyum dah tak sabar nak naik ketapi kan..


Yeay, akhirnya cik Lin sampai, jom kita naik ketapi!!
Oh ye, ako beli tiket ERL ni secara online.
Ako beli yang family package lagi murah. Tapi sebab selalu nya family package ni 2 dewasa 2 kanak je kan, so sementara ada promosi pay by visa 15% off, so yang ako punya, ako just guna kad visa je la. Korang leh tengok promo yang lain kat sini.

Oh ye, lagi sorang tu cousin Uyum.
Nama dia abang Imran.


Kami dah sampai di KLIA2.
Flight kami adalah di awal pagi jam 8:30.
Jom kita check in bag dulu.
Macam biasa, jangan lupa print tag bag terlebih dahulu ye sebelum ke kaunter drop off bag.
Tapi jangan lupa timbang bag korang, takut terlebih plak. Itu lah yang terjadi kat bag ako. Tak sangka bag terlebih sekilo je pun. Sudah nya kita terpaksa proceed ke kaunter pembayaran ye. Adik kaunter tu soh kami kurang kan barang-barang sebab sayang kan sekilo je pun. Tapi tak koser ahkak nak punggah balik barang. So kesimpulan nya pastikan berat bag korang tak terover kilo ye. Beza sekilo tu kena bayar dalam RM48 OK!!! Pejam mata je laaaa.....

Selesai urusan pembayaran dan check in, moh la kita masuk ke area boarding sebab nak cari bekfes.


Dah bekfes, budak dua orang ni paling excited!
Riuh sore diorang je bila nampak kapal terbang.
Dedua tak sabar nak fly.
Ako yang cuak sebab first time nak bawa Uyum ni.
Tak tau camne reaksi dia nanti. 😂


Kemain lagi ko ye Uyum...
"Lek arr Nina, Uyum cool aje kan..."

Hahahaa hadoii... 



Perjalanan dari KL ke Langkawi sejam je.
Jadi la kan Uyum...
Ako ingatkan dia takut, sebab first time kan.
Tapi dia punya selamba macam dah biasa naik je hahaha...
Lega Nina...😅



Hahahha bebek Uyum pun ikot terbang sekali ye.
Ni kawan 'baik' Uyum ni.. macam aunty lin juga, ada 'kawan baik' 😝


Alhamdulilah kami dah landed di Bumi Helang dengan selamat.


Eh eh Uyum sedih!
Uyum tak nak turun!
Uyum nak terbang lagi!
Adoiiii masa ni dia dah start hentak hentak kaki, menjerit jerit nak naik kapal terbang!!


Dari turun kapal, amek luggage, pegi toilet, akhirnya ini baru la senyap dari melalak.
Sedih sungguh dia nak lepaskan kapal terbang tu.
Nanti Uyum dah besar, keje jadi pilot je la ye hahaha #berangan


Kali ni urusan sewa kereta sume abang ipar yang setelkan.


Kami pilih Livina tapi lupa plak dapat harga sewa berapa.


Lepas dah dapat kereta, dah isi minyak, jom la kita cari tempat untuk bersarapan.
Walau kat KLIA2 sebelum tu dah melantak roti bakar, tapi dah alang-alang jom kita cari bekfes yang berat berat sikit.

Terima kasih la kat sahabat yang satu, Zana, sebab suggest Warung Pak Malau Nasi Dagang ni untuk kami sarapan. Sangat la sedap dan tambah syiok dia terletak betul betul kat tepi sawah. View yang nyaman di pagi hari.


Ako suka ayam gulai (belah kanan). 
Tak sure la tekak korang tapi bagi ako memang kena ngan selera. Sedap tapi macam mahal plak harga nya ako rasa hahaha... 


Selain tempat makan kat bahagian dalam, korang bole gak duduk kat pondok-pondok yang menghadap sawah padi tu. Panas tapi bila angin bertiup rasa nyaman dan tenang je.


Berselera dia makan.
Sepinggan sorang dia aje. Aisshh.... Lapar sangat ke Uyum
Kan nina dah bagi makan roti awal pagi :p

Lepas dah isi perut moh kita ke Gunung Mat Cincang.


Seriously cakap, ako dah lama gila tak jejak Langkawi.
Banyak betul perubahan nya ye.
Bagi ako, Oriental Village ni dah best!
Bukan sekadar naik cable car je, sekarang macam-macam dah ada kat area situ.


Ini harga tiket nya, kami beli pakej Combo A.


Naik cable car menuju ke Gunung mat cincang adalah aktiviti wajib.
Uyum agak kecut sket naik cable car.


Panas terik!!
Sekarang ni kalau nak ke jambatan gantung kena bayar tambahan lagi RM15.
Kami tak turun la ke jambatan tu. Ramai gila orang dok beratur nak ke sana.


Kami sekadar snap snap kat bahagian puncak gunung mat cincang sahaja.



SkyRex ni tengok 3D. Boleh la usaha nak buat 3D tu tapi kalau dibaikpulih sistem gambar 3D nya, ako rasa lagi berbaloi.


Yang ini best!! Banyak gila 3D art nya....
Nak masuk sila buka kasut ye.
Jangan risau, nanti derang akan bagi plastik untuk kita letak kasut kita.
Air botol tak boleh bawa masuk ye.

Kat dalam ni memang banyak bergambar je la ...
So layaaann!!


"Tengok apa tu Uyum ??" 😆


Ewah... senang hati nampak!
Tau la nanti kita dok kat pantai ye Uyum hahaha


Palinggg suka gambar ni...
Pasrah je memasing kena buat ujikaji ye hahaha


Korang nak g mana tu??


Fuyo.... Uyum jadi thor ke?

Terlalu banyak bilik-bilik 3D arts ni...
Macam-macam korang bole pose.


Pastu korang masuk "Time Travel".
Kat dalam tu korang leh main games.
Untuk budak, untuk mak pak pun ada games nya.
Masa ni bateri henpon dah abis, so takde la gambar kat dalam time travel ye.

Kami lunch kat area situ sebelum check in ke resort Sri Kijang.


Yeay, Uyum dah check in resort BNM sri Kijang kat Pantai Cenang.


OK, Uyum nak terjun kolam.
Malam, Uyum just jalan-jalan sekitar kawasan cenang tuk cari dinner. 
Malam pertama Uyum di Langkawi, nyenyak Uyum tido..

Jumpa Uyum lagi ye esok hari!!
Kemana Uyum pegi? Tunggu...

Nota Jemari: Nasib la dia tak banyak ragam macam abam Abin..

9 comments:

  1. Uyum punya posing sama macam Nina hahahaha
    Bagus Uyum tak banyak ragam, boleh ikut Nina next time lagi...
    Bag tu hahahah belum sampai langsakwi dah over..hahahahaha adeiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha bag tu penuh brg2 qayyum je..pampers..susu..baju tukar ganti haha..ako jalan mcm anak berderet 🤣🤣

      Delete
  2. geram pulak nengok dak uyum tuuu...

    ReplyDelete
  3. Ok x bwk stroller kt lgkawi tu? Membantu x ?

    ReplyDelete
  4. Silahkan di kunjungi ya teman teman 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    1 USER ID UNTUK SEMUA GAME
    Kami memberi bukti bukan Janji
    Daftar sekarang juga di www.dewalotto.club
    MIN DEPO & WD HANYA Rp.20.000,-
    UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA BISA HUB KAMI DI :
    WHATSAPP : ( +855 69312579 ) 24 JAM ONLINE
    MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :
    BCA - MANDIRI - BRI - BNI - DANAMON-NIAGA
    Raihlah Mimpi Anda Setiap Hari & Jadilah Pemenang !!!

    ReplyDelete
  5. Amazing Your holiday experience on the first day is very fun and very inspiring. Thank you for sharing your vacation experiences and knowledge. theapartmentsubud.com

    ReplyDelete
  6. Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

    Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
    1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
    2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
    3 - Filter2 yg berkualiti (Made In KOREA) dan dapat Sijil HALAL JAKIM
    4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
    5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)

    HARGA bermula dr RM699

    KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE

    http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

    Hubungi:
    0178895990 atau click http://bio.wasap.my

    ReplyDelete
  7. Telegram:[@Iskandarlestariloancompany]
    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia

    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    Telegram:[@Iskandarlestariloancompany]
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com