Jenuh nak cari mood menulis ni balik hahahaa...
Straight to the story aje la..
Ni nak citer hari thaipusam aritu.
Dapat le melepak ngan geng-geng sekolah.
Kebetulan member sorang nak kena keja ke 'luar negara' hujung bulan ni.
Alang-alang setahun kang x dapat nak jumpa, moh la kita melepak sebelum beliau terbang.
Lokasi melepak kat rumah baru member lagi sorang hahahaha...!!
Harus la buat ala-ala house warming kan.
Tak yah susah-susah nak cater, kita soh aje tukang rumah masak!
Siap request nak masak lomak cili api 😝
Kita makan simple-simple aje.
Yang penting bila berkumpul ni, bahan bergosip yang penting 😄
Ini geng lepak tak cukup korum gitu.
Maka nyer terjadi la satu lagi perjumpaan semalam di Midvalley.
Apa plak kami buat kat idvalley kan?
Ya allah bapak lama oiii ako x jejak MV.
Nasib baik la masih jumpa lagi jalan nak ke sana.
Dengan hujan lebat nya semalam, gigih betul menempuh jam di kala orang balik keje petang semalam tu 😅
Sempat jenguk situ... Hahaha klu korang kaki travel konpom tau tempat tu macam 'syurga' sebelum nak terbang kan hahaha...Rindu plak nak beratur kat situ😅
Ekceli kitorang gi midvalley semata-mata nak makan ikan bakar masak portugis ni ha.
Hahahah gigih laaa nak makan ikan bakar sebelum member tu fly.
Alhamdulilah dapat gak merasa.
Ikan yang sedang di bakar... Camtu je rupanya diorang bakar hahaha
Camni la ghope lepas dibakar. Perghh merecik betul tengok sambal nya tu.
Terus rasa tak sabar dah nak makan.
Macam-macam kitorang order, siakap stim, seafood, pari, sayur kangkung, pucuk paku etc.
Ako ni kalau makan ikan bakar suka yg style gini.
Kalau yg cicah asam tu macam kureng sket kat tekak hahaha...
So, Moh le kita ngap dulu ye!
Sebelum pulang, snap dulu gambar buat kenangan member tu hahaha..
Mana tau takut terindu plak kat kitorang semasa di perantauan tu.
Mencabar kali ke-4 puasa & raya di perantauan lagi la gamak nya oiii!!!
Nak pos kan rendang dan ketupat ermmm , nampak gaya kita VC aje la nanti hahaha...!
Untuk Eta, selamat pergi dan balik.
Semoga dipermudahkan urusan ko kat sana.
Jaga diri sorang-sorang tu.
Last ucapan, kalau la 'terjumpa' HRC, jangan lupa bagitau hahahaha 😆😆
Nota Jemari: Untuk top pengomen bulan lepas, hadiah korang dah on da way ya!!! Buat Aida, sila email alamat ye... TQ
15 Comments
Saya agak2 lupa pernah tak ya ke MV nih 🤣. Kadang tiap kali ke Malaysia dan visit shopping centre atau sejenisnya, suka tak ingat namanya kak, yg penting masuk aja 🤣😄.
ReplyDeleteSukaaaaa liat ikan bakar ala Portugis nih. Basah mulut liatnyaa 🤤🤤. Confirm lah masuk list dulu, kalo dah bisa ke sana, langsung datangin 😄
Saya tengok lauk-pauk pun terliur.
ReplyDeleteAlahai nanti tidak dapat balik ketika raya.
seronoknya bila gather2 mcm ni, mesti meriah sgt. makan2 semua jadi extra sedap & x kisah menu simple pun..ngap je kan...
ReplyDeleteto kawan u tu...selamat bertugas diperantauan!!!
sedapnya... terasa2 di tekak. pepagi je dah jadi lapaq.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan kawan Retna tu. Ikan Bakar Portugis tu, memang mengancam la.. mahu meratah aje tu karang.
ReplyDeleteMenyelerakan sungguh laaa weii ikan bakar tu.. eh dekat area uma ko ada bukak warung ikan bakar ya? Ko dah cuba?
ReplyDeleteAda rezeki dapat berjumpa dan makan sama sama sebelum fly jauh. Macam best ikan bakar tu. Kaedah macam tu cepat masak lagi dalam aluminum foil bungkus dan tak hangus atau kering sangat. Lama gak tak jejak Mid Valley. Dulu sesat barat bila pertama kali masuk. Banyak nau pintunya.
ReplyDeleteseronok dpt jmpa geng..nk plak ada makan2 lps tu gosip2 haha...midvalley sama la kita lama xpegi..br2 ni pegi setelah sekian lama..parking pn dh guna cashless br tau hehe
ReplyDeleteBolehlah plan travel ke tempat kerja baru member di luar negara tu Ako :D
ReplyDeleteSedap nampaknya lauk pauk semua tu...
seronok bersembang macam2 kan
ReplyDeleteSedapnya semua makanan tu. Bestnya dapat jumpa geng..
ReplyDeleteSeronoknya jumpa geng! Kalau dah jumpa begini, borak-borak catching up... tak terasa masa berlalu cepat sangat.
ReplyDeleteIkan bakar Portugis tu memang jadi tempat wajib singgah saya kalau ke MV. Bulan lepas pergi sana tapi sebab nak cepat tak sempat makan kat situ. :(
SA pun ada je sesi lepak- lepak tapi kat rumah kawan sekolah...malas plak SA nak pi...lagi selesa kalau jumpa kat tempat lain..ni nak lepak rumah orang lama- lama macam x manis kan walau tuan rumah x kisah...kalau macam Ako lepak sini kan seronok...
ReplyDeletebestnye dpt melepak mcm ni kan. byk bnda nak digosipkan..
ReplyDeletefemes money changer MV nih...hehe...waa..ikan bakar portugis, ngences!
ReplyDeletelama benor x ke MV, terasa mcm bersaei dalam ni..hihi.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com