Ya allah sorry sesangat , almost 2 minggu sepi je kat sini.
Bizi yang teramat untuk 3 bulan akan datang ni.
Biasa awal-awal tahun masa untuk preparation Annual Report.
Nak jenguk korang pun ikut mood sekarang ni ahahha...
Kadang sempat la jenguk-jenguk, baca-baca sket.
Nak tinggal komen memang slow mood gitu.
Insyallah kita cuba la ye dalam 2, 3 hari ni bersiaran kat blog sendiri dan juga blog korang..
Sis cuba ye!! 😆


Korang kenal Chef Naem tak? Kata nya Juara bagi rancangan "Hero Oven 2016". Ok part tu ako tak tau sebab x pernah dengar rancangan tu ehheh... Tapi yang ako tau Chef Naem ni pernah mengacarakan rancangan "Dapur Bujang" & "Dapur Panas". Ako kenal pun sebab MAMA Uyum suka buka rancangan masak-masak kat TV.

Kisah nya Chef Naem ni ada buka kedai makan yang diberi nama "NGAM CAFE".
Terletak di Taman Sri Gombak, Batu Caves.


Kedai dia tak besar sangat pun tapi ok la untuk permulaan.


Meh kita jenguk menu yang ada.






Menu dia takde la banyak tapi not bad gak harga dan rasa nya!!
Ikutkan nak gak cuba semua yang ada tapi hahah later-later je la kan..
Jangan tamak sangat!!

OK moh tengok apa yang kami order.


Mee Kolok Sarawak - Daging.
Ekceli ako macam kureng sket mi dia sebab sejuk.
Tapi sup dia ako suka.
Daging atas mi tu sedap tapi tu la sebab mi dia jenis sejuk plak.
Adakah dia nak buat style "Mi sejuk Korea"????


Quesadilla Cheese ni sedap bagi ako!!


Carbonara ni pun sedap!!
Ingat nak order "Skull Cake" tapi takde plak aritu.
Kata nya skull cake tu jual hari-hari tertentu je.


Maybe lenkali bole datang lagi cuba menu yang lain plak.
Buat korang yang nak cuba, bole la ke,

NGAM CAFE
51, Jalan SG 3/1,
Taman Sri Gombak, 
68100 Batu Caves, Selangor
019-717 8176

Ada perkhidmatan foodpanda juga 😁
Bole jenguk-jenguk ke IG ngam cafe --->  https://www.instagram.com/ngamcafe/
Selamat mencuba!

Nota Jemari: korang tengah makan apa tu??? 😊