Hujung minggu plak tu. sebab kan tak tau dah nak buat apa cuti-cuti, jadinya kita cuba la mengasah bakat yang terpendam sekian lama hahaha...
Kebetulan member ni ada belajar seni membuat "Decoupage Tiffin", kita pun tumpang la belajar sama. Decoupage ni iaitu tampalan menggunakan kertas tisu bercorak. Nak buat satu tiffin ni mengambil masa lebih kurang 5 ke 6 jam. Hahaha memang memerlukan kesabaran, ketelitian dan ketabahan la menyiapkan SATU tiffin tu je. 😅 Kalau takde kesabaran, jangan gatal-gatal nak mulakan pembelajaran ni eh!!
Memandangkan hujung minggu kan, maka nya ako mengajak sekali abam aqeem dan Uyum untuk join aktiviti ni. Ako buat tiffin, untuk diorang ako belikan cawan 'kole' tu je. Jadi la kan 😆 OK jom tengok berseni ke tak budak dua orang tu :D
OK gambar-gambar kat atas tu antara bahan-bahan yang diperlukan untuk hasilkan decoupage tiffin!
Alhamdulilah ako hanya perlukan sedia kan tiffin dan kole sahaja sebab bahan yang lain member yang akan sediakan untuk kami.
Nak share step satu persatu memang takde la ye.
Sebab banyak gila step nya hahaha...
Ada tu sampai berulang-ulang step yang sama.
Patut la orang cakap nak hasilkan decoupage ni memakan masa yang agak lama hanya untuk SATU tiffin je tau!! 😅 Patut la harga dia mahal kan!! Masa dan tenaga serta ketelitian tu yang mahal jadi nya 😁
Kemain excited budak dua orang tu.
Tapi betul laa , kalau takde semangat, kerajinan dan kegigihan, mau nya separuh jalan je kami belajar hahaha...!!
Uyum, sejam dua ok lagi ar masih bertahan....
Lepass tu dia dah start bosan.
Nasib abang Aqeem setelkan juga sampai siap.
Hampir nak siap dah ni!!
Kita kasi touch up sket...
Dan akhirnya, setelah berhempas pulas selama 5-6 jam.
Taadaaaa inilah hasilnya. decoupage tiffin dan juga cawan 'kole'.
Takde la kemas sangat kan.
Bole la untuk simpanan diri sendiri hahaha...
Nak buat untuk orang, memang tak mampu la ye!!
Dan lepas ni bole la kita bawa bekal dalam bekas tiffin ni kan 😆😆
Tengkiu kat member tu, terisi la sket masa terluang kami di tahun baru aritu.
Agak-agak lepas ni nak belajar apa plak ye? 😜
Nota Jemari: Tahun baru aritu korang buat apa??? Hahah baru nak tanya ako ni kan...😅
21 Comments
Tahun baru kita duduk rumah, order makan kat Grab pastu tengok cerita hindustan jer 😁
ReplyDeletePerghhh lawa..memang gigih ni 5 6 jam
ReplyDeleteCantiknya tiffin n kole tu... Boleh tahan juga step dia. Dulu teringin nak buat juga n ada class kat Amcorp Mall tapi tak de member.. Nak pergi sorang memang tak la. Adehh..
ReplyDeletewah! kreatifnya ako n anak2. cantik tiffin n kole itu bila dihias. Boleh tu jual on9..
ReplyDeleteMak oii 5-6 jam . Memang perlukan kesabaran tinggi uolls
ReplyDeleteTapi hasil dia memang lawa . Puas hati laa
cantiknya! Mencabar dan ambil masa lama jugak tu. Sabar kena tahap tinggi lah macam ni. Patutlah mahal harganya pun. Seronok lah masing masing ada aktiviti. Sesekali kan...
ReplyDeleteTahun baru SA tido...mentido je sampai lebam..hahaha...eh best la buat sesuatu yang boleh mendatangkan hasil..SA suka...tapi SA jenis x sabar....
ReplyDeletecantik hasilnya
ReplyDeleteBuat pertama kali pun dah cantik. Kalau selalu praktis mesti lagi hasil menakjubkan.
ReplyDeleteMenariknya. Canti hasil kejadiannya.
ReplyDeleteBudak-budak memang cepat bosan, lagilah untuk siapkan sampai 5-6 jam. Tapi sudah tentu mereka dapat pengalaman yang mengujakan.
cantikkk...
ReplyDeletekreatifnyer., ;p
ReplyDeletelawa jugak ek! ok la tu, walau 5-6 jam,jadi elok haa hehe
ReplyDeleteDecoupage ini sempat trending sebelum pandemi. Banyaaaak sekali yg jual kerajinan hasil decoupage, mulai dari bag, tray, mug sampai papan untuk nombor rumah 😁😄. Sayapun beli macam2 saat itu kak. Tapi ntah dah kemana barangnya, yg masih ada hanya nombor rumah 🤣🤣
ReplyDeleteuiiii.. memang tak gagah la...
ReplyDeleteUish.. hati kata teringin nak buat, mampu berhuhu la kejap. Lain kali. haha
ReplyDeleteEh eh nak cubalah, macam menarik pulakkk laaaa...
ReplyDeleteWah lawanya .. Nampak kemas
ReplyDeletemenarik nyer!!! aida suka aktiviti seni gini tau.
ReplyDeletekaler kaler. reka cipta :)
then boleh guna utk diri sendiri. sentimental value.
cntik hasil kejadian dia.
ReplyDeletetp tulah, mkn masa jgk smpai 6 jam. fuhhh
Cantiknya! Dah boleh ambil order dah tu, kak :)
ReplyDeleteSaya bila mengenangkan benda ni ambil masa 5 - 6 jam, terus batal hasrat nak pergi kelas sebab terbayang sakit pinggang dan lenguh punggung hahahah
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com