Malam tadi tengok Meletop pastu Nabil & Khai Bahar dok promot MDelivery by selebriti ni.
Wah tetiba teringat sewaktu waktu dahulu pernah gak join mcdelivery by Fattzura dan jadi salah sorang pemenang. 😍

Siapa yang terlepas bole baca kat sini --> "Contest #Fattzura hantar McD".

Masa contest by Fattzura (Fazura & Fattah Amin), contest tu berlangsung selama sebulan tapi kali ni contest dia untuk 2 minggu je. Alamak memang gigih la nak makan McD selama 2 minggu oiii!!!
Sebab apa kena makan McD? Sebab nya pemilihan pemenang bersadarkan berapa banyak korang order mcdelivery dalam waktu yang ditetapkan.

Kali ni artis-artis yang menyertai contest ni banyak la sket eh kalau banding ngan dulu tu hanya Fazuara & Fattah Amin je.

Teringin juga nak jumpa dengan Zahirah & Hanna delisha dekat-dekat tapi macam tak sanggup plak nak menelan mcD hari-hari dalam 2 minggu ni 😅. So takpe la kita bagi peluang kat korang yang nak cuba je la ye hahaha...!! Meh baca langkah-langkah yang perlu korang buat untuk penyertaan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
McDelivery impian bakal jadi kenyataan!

Sertai peraduan #SelebHantarMeals* untuk peluang mendapatkan pesanan McDelivery anda dihantar oleh selebriti kegemaran. Ikuti 3 langkah berikut:

Langkah 1:
Pesan mana-mana Kombo Karnival dari Minggu 1 & 2 melalui McDelivery untuk menyertai peraduan
(tak silap penyertaan sehingga 11 Januari 2022)

Langkah 2:
Masukkan kod selebriti kegemaran anda dan pilih di antara 7 Kombo Karnival dalam Minggu 1 & 2.

ALIFSATAR
KHAIBAHAR
ZAHIRAHMACWILSON
NABILAHMAD
AIMANHAKIM
HANNAHDELISHA

Langkah 3:
Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel selepas 16 Januari 2022.

Sertai peraduan dari sekarang hingga 11 Januari. Jangan lepaskan peluang!
*Peraduan sah di Lembah Klang sahaja

Nota Jemari: Buat korang yang nak join, All the best :)