Malam tadi tengok Meletop pastu Nabil & Khai Bahar dok promot MDelivery by selebriti ni.
Wah tetiba teringat sewaktu waktu dahulu pernah gak join mcdelivery by Fattzura dan jadi salah sorang pemenang. 😍
Siapa yang terlepas bole baca kat sini --> "Contest #Fattzura hantar McD".
Masa contest by Fattzura (Fazura & Fattah Amin), contest tu berlangsung selama sebulan tapi kali ni contest dia untuk 2 minggu je. Alamak memang gigih la nak makan McD selama 2 minggu oiii!!!
Sebab apa kena makan McD? Sebab nya pemilihan pemenang bersadarkan berapa banyak korang order mcdelivery dalam waktu yang ditetapkan.
Kali ni artis-artis yang menyertai contest ni banyak la sket eh kalau banding ngan dulu tu hanya Fazuara & Fattah Amin je.
Teringin juga nak jumpa dengan Zahirah & Hanna delisha dekat-dekat tapi macam tak sanggup plak nak menelan mcD hari-hari dalam 2 minggu ni 😅. So takpe la kita bagi peluang kat korang yang nak cuba je la ye hahaha...!! Meh baca langkah-langkah yang perlu korang buat untuk penyertaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
McDelivery impian bakal jadi kenyataan!
Sertai peraduan #SelebHantarMeals* untuk peluang mendapatkan pesanan McDelivery anda dihantar oleh selebriti kegemaran. Ikuti 3 langkah berikut:
Langkah 1:
Pesan mana-mana Kombo Karnival dari Minggu 1 & 2 melalui McDelivery untuk menyertai peraduan
(tak silap penyertaan sehingga 11 Januari 2022)
Langkah 2:
Masukkan kod selebriti kegemaran anda dan pilih di antara 7 Kombo Karnival dalam Minggu 1 & 2.
ALIFSATAR
KHAIBAHAR
ZAHIRAHMACWILSON
NABILAHMAD
AIMANHAKIM
HANNAHDELISHA
Langkah 3:
Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel selepas 16 Januari 2022.
Sertai peraduan dari sekarang hingga 11 Januari. Jangan lepaskan peluang!
*Peraduan sah di Lembah Klang sahaja
Nota Jemari: Buat korang yang nak join, All the best :)

13 Ulasan
Hehe.. Jenuh juga nak makan MCD. Tp McD banyak pilihan makanan dan juga burger..
BalasPadamTak dapek lah nak join sebab kurang makan McD😂
BalasPadamcukuplah abg grab & foodpanda yg hantar...hehe..
BalasPadamSemoga berjaya mereka yang hendak selebriti hantar makanan.
BalasPadamAla.. apehal x kat Johor.. minggu ni sy dh mkn mekdi tiga kali.. ahhhaa.. tetiba ngidam
BalasPadamEhe eh ada Alifsatar... ermmm tak jumpa artis pun takpela, janji sihat adoiii semua benda nak kena kontrol ni huhuhu
BalasPadamConfirm-confirn tak boleh join. Saya makan McD omputih cakap once in a blue moon gitu 😂
BalasPadamMenarik juga, selebriti delivery, moga berjaya bagi join.
BalasPadamMcD ni kalau teringin baru membeli. Hari hari jenuh jugak. Lama pulak tu 2minggu. menipis duit. Hihi..kalau dah nama peminat artis yang disenaraikan tu mesti takde hal punyalah kan.
BalasPadamYa ampuuuun seruuuu yaaa kompetisinya 😄😄😄. Seleb yg hantar meals. Mungkin nih kalo di Jakarta diadain juga, tapi yg hantar misalnya Ariel Noah, waaah penjualan McD bisa meroket 🤣🤣🤣. Atau yg hantar member BTS 😄. Saya rasa servernya langsung down saking diserbu banyak orang yg ingin menang 🤣
BalasPadamPehh betul2 artist tu ke yg anyi mc d.. malu ahh
BalasPadamMemang jenuhhhh kalau 2 minggu nak makan mekdi ajeee hahahaha, takpelah kasi can orang lembah klang lah :D
BalasPadamKaki MCD wajib join
BalasPadamThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com