Ini cerita sabtu lepas.
Kisahnya bila SIS LIN turun ke KL.
Maka nya kami pun buat la planning.
Dah lama tak gather-gather. Kali terakhir masa kenduri kawen anakanda beliau.
Itupun tak sempat nak beramas mesra kan.
Dah alang-alang SIS LIN ke KL, jadi nya geng KAMIE @ MSJBOX pun excited la nak berjumpa.
Lagipun otai-otai MSJBOX memang ramai bermastautin di KL hahaha😆

Seminggu kami plan, maka nya tiba la di hari kejadian.
Lokasi berkumpul di Original Kayu Nasi Kandar Kota Damansara.
Hahaha bapak jauh gi melepak.
Ako ni dah le lama x gi area situ. Tapi gedik plak pegi pilih tempat perjumpaan kat sana.
Memandangkan parking pun agak payah, kita pun roger-roger la big bos MSJBOX.
Ajak pegi sesama. Kebetulan plak big bos memang stay dekat Sentul je pun.

.:photo by SISLIN:.

Sampai kedai baru pasan terlupa nak pakai MASK!!
Tak jumpa plak 7 eleven kat situ ke ako yang tak pasan.
Jadi nya kita mesej la SISLIN kalau-kalau dia ada extra MASK?!
Alhamdulilah nasib baik la dia ada weii...

Janji jam 8 malam tapi biasa la janji melayu, 8:40 baru sampai.


Sementara nak tunggu 'dato datin' dari Setapak tu sampai, moh la kita order dulu.😜
Muka-muka yang masih setia bila di ajak berjumpa.
Mana yang tak dapat nak join kali ni, next time insyallah kita kumpul lagi k.



Terpegun tengok roti tisu setinggi ala-ala menara KL ni.
Hahahah tengok orang belakang order, kita pun teringin nak order juga.
Memang tinggi betul, sampai 3 pinggan nasi beriani daun pisang tiruan jadi tempat letaknya.
Ako suka sebab dia tak manis sangat. Sesuai la untuk kami yang sedia ada banyak penyakit ni oii hahaha


Dulu bila geng KAMIE berkumpul selalu cerita-ceritanya berkenaan nak g holiday sesajo.
Tapi kali ni bila KAMIE berkumpul, hahaha terpaksa buka cerita pasal kesihatan dan ubat-ubatan.
Rata-rata pun semua dah banyak penyakit plak bila usia makin bertambah ni 😆

Rasa nya lebih lima tahun kan kita tak kumpul camni.
Sejak anak-anak korang makin membesar (eh ada kena mengena tak?! 😆) memasing dah bawa haluan sendiri. Sejak ditinggalkan tanpa khabar berita (hahah relevan juga tak eh?! 😝) semua pun dah mula menyepi. Harap-harap lepas ni takde lagi la yang pergi membawa diri 😆



Rindu plak nak buat aktiviti bersama-sama lagi.
Geng KL, geng JB, geng utara....
Eh rindu juga geng Singapore....🙊
Harap-harap plan kita nak naik tut tut reramai termakbul la ek.

Tengkiu semua!
Kalau sislin tak turun KL, bertuah la kita nak gather-gather kan hahaha...
Walhal rumah memasing sekangkang kera je pun.
Harap lepas ni kerap la kita jumpa lagi ye.


Nota Jemari: eh eh korang dah cari date ke untuk next holiday kita tu 😝