BAJU RAYA UYUM BY BAK TAILOR     BAJU RAYA UYUM BY BAK TAILOR

BAJU RAYA UYUM BY BAK TAILOR



Curlasss ko Uyum, baju raya dari koleksi BAK Tailor.
hahahaha baju nina pun dari pasar jalan TAR je..
eh eh ada ke baju raya ako? hahahha... macam x dapat je lagi kan...huhu..


BAK ni banyak cawangan dah sekarang ni
Kami ke lokasi BAK di Gombak Setia je.
Tahun ni BAK takde buat baju baru.
Jadi semua yang terjual ada lah koleksi tahun lepas ye.
Kiranya jualan penghabisan stok la gitu kan😅


Buat yang malas nak bersesak-sesak, bole je rileks-rilek kat bahagian depan kedai.
Ada ruang menunggu disediakan.



Di BAK ada baju untuk perempuan dan lelaki.
Untuk dewasa dan kanak-kanak juga.
Pilihan nya banyak tapi saiz plak takde.
Hahahaa😅😅

Nak cari baju ready made ni memang payah sket.
Sebab tu ako jarang beli yang dah siap dijahit.
Baju kena tempah juga nampak gaya nya.
Tapi biasa laaa kita ni rancang je lebih, tapi selalunya macam x menjadi.
Itu yang gigih juga la cari baju siap kat kedai ataupun atas talian.
Memang tawakal aje la kan 😅


Tahun ni katanya baju pattern timbul2 coraknya.
Hahahah terbayang zaman sekolah.
Baju macam tu datang balik di zaman sekarang ni ye 😅


Mampu tak sampin sampai RM9000 ko!!!??? 😅😅😅
Pengsan.... hahaha ni mau nya si pemakai tak kluar rumah pi beraya😝


Aqeem test songkok.
Suka kualiti songkok tu.
Tapi kita test test saiz aje... Beli nya kat jalan TAR juga 😅😅


Misi arini nak mencari baju raya boodak ni.
Sebelum ke BAK kami sempat singgah kat dewan tmn gombak setia.
Situ ada jualan baju raya juga by OMAR ALI tapi takde plak saiz boodak bambam ni hahaha...😅


Maka nya moh la kita menyinggah ke BAK cuba nasib kot2 terjumpa saiz boodak ni.
Alhamdulilah akhirnya jumpa juga cuma kena potong la sket lengan baju dan suar tu hahaha.





Di BAK ni nasib diorang sediakan khidmat alter baju.
So tak payah pening-pening nak cari tailor luar.
Kata nya dalam 3-5 hari bekerja siap la.
Kalau siap awal nanti diorang akan call.

Setel dah baju Uyum dan Aqeem.
Tinggal baju Nina dan abam abin je la sekarang ni kan..
Huhuu.. kena tunggu abam abin sihat dari covid, then baru kita cari baju dia.

Oh ye, setakat arini, abam abin makin sihat.
Walau takde la fully sihat tapi ada lah nampak perubahan nya sket.
.Demam takde cuma abam abin sakit tekak dan selsema aje.
Katanya malam je rasa badan dedo macam nak demam tapi check suhu masih normal lagi.
Hari ni hari ke-5 dia kuarantin, check swab saliva masih +ve lagi.
Harap esok lusa dah hilang la tanda "dua" tu kan.


 Owner BAK Tailor...
Rupanya Omar Ali tu bapa dia ye 😅
Ako baru tau lepas baca sejarah BAK kat SINI.

Nota Jemari: Uyum dah ready nak raya tu

Post a Comment

29 Comments

  1. Selesa tempatnya.
    Cari waktu begini memang susah saiz. Hehe nasib baik boleh kecilkan baju. Senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan NA... mmg cari last minit..kita cuba nasib je.. klu ada, da la... klu tak, baju thn lepas je la kita pakai huhu

      Delete
  2. Yeay..dah tau theme kaler uyum satu family....hehehhe...nasib boleh alter..senang macam tu..pernah dengar nama BAK ni..tp x pernah jumpa lagi kat mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat jln Bunus sebelah jln TAR pun ada branch BAK ni...
      Kat wisma Yakin pun ada...

      Delete
  3. Senang kan boleh terus alter baju kat kedai. Tak yah nak cari tailor lagi nak alter. Sesuai dgn harga dia kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 sesuai la dengan harga kan... baru puas hati...klu tmpt lain, dah le mahal tp xde tmpt nak alter kan ssh jadinya

      Delete
  4. wahh..dah ada baju raya...

    Semoga abam abin kembali sihat.....

    ReplyDelete
  5. wah kacaknya uyum dengan baju tu...

    ReplyDelete
  6. Ammi belum cari lagi baju untuk heroes dalam rumah ni...lepas quarantine ni lah baru cari. utk bujang no. 2 ni payah sikitlah kesnya...sama macam uyum bobok je orangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah kan nak jumpa baju klu badan montel hahaha...

      Delete
  7. Uyum ghaya berbaju bighu la.. Terkejut tgok harga kain samping tu... Fuhhhh.

    ReplyDelete
  8. Kelakar lah kaki seluar uyum tu 🤣

    ReplyDelete
  9. Nasib ada servis alter sekali kat sini, senang kerja. Kalau idak, dah satu hal nak cari tailor luar. Plus tambah kos lagi utk alter kat tailor lain..

    ReplyDelete
  10. bergaya la uyum raya thn ni..kerlas bj melayu BAK..oh omar ali tu bapak dia

    ReplyDelete
  11. Nampak selesa lah shopping situ. Saya tak jumpa lagi baju raya. :(

    ReplyDelete
  12. saya belikan baju raya anak2 di shopee je. mrka x suka pakai baju kurung. beli yg dah siap je.

    ReplyDelete
  13. biar beli besar, boleh alter. jangan beli ngam-ngam, nanti rupa sarung nangka pulak. hensem la Uyum berbaju biru

    ReplyDelete
  14. Ampuun kain tuh rasanya sudah dan complicated pasti tenunannya, sampai nak mencecah 10k Ringgit 🤣🤣. Tapi memang ya kak, kalo kain buatan tangan gitu, nak selangit harganya . Untung je saya tak suka kain2 macam tuh. Yg simple je lah 🤭

    ReplyDelete
  15. Hai, Ako.. :) Lama tak singgah blog Ako.
    Comei Uyum dengan baju rayanya. Bagusnya, boleh alter terus.

    ReplyDelete
  16. curlass baju raya uyum tahun ni ya..

    ReplyDelete
  17. Ooo femes gak nama Bak ni ek.. sebab semalam nampak kawan aku pun beli baju anak dia di sini Ret...

    ReplyDelete
  18. Mahai bebenor laa sampin tu . Canfik baju raya uyum ..tema royal blue ke kali ni ?

    ReplyDelete
  19. jadi, Bak tu kiranya nak melambangkan arwah bapaknya hasil pengalaman dari kecik tengok arwah menjahit atau Bak tu panggilan dia ek...atau mungkinkah ada maksudn yang lain..haaa misteri hahahaha

    ReplyDelete
  20. Wow.. Mantapppp! Baju biruuu ini tahun! Tema biru ke tuu... Ui, masih positif Covid Abin... Kekal makan ubat walaupun dedor nya on off... Moga sihat selalu..

    ReplyDelete
  21. Berkualiti jenama BAK ni. Orang lama lama jaga kualiti. Songkok husband pun dah lama elok lagi tak bertukar, sebab pakai raya je dan simpan elok. Senang dah ada servis alter sekali. Semoga Abin cepat baik. Aamiin...

    ReplyDelete
  22. Baguslah servis ubahsuai baju ditawarkan sekali.. tak yah pening pening nak cari tukang jahit..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com