Ramai mungkin tidak pernah dengar mengenai #MoyangSalleh . Datuk Moyang Salleh yang juga Undang Luak Jelebu yang pertama dipercayai hidup di sekitar awal abad ke-18 dan merupakan anakanda kepada Datuk Mentunggang serta cucunda Datuk Moyang Aceh.

Datuk Moyang Salleh terkenal dengan kegagahan dan keberaniannya. Almarhum merupakan tokoh yang memerdekakan Jelebu daripada jajahan takluk Johor. Peristiwa sekitar 1725 ketika itu Sultan Johor berkenan dengan anak dara Dato Penghulu Rembau. Namun permintaan Sultan Johor ditolak sebab  Seri Banun anaknya sudahpun bertunang, erana permintaan ditolak Sultan titah Penghulu Rembau ke Istana Johor mengadap. Maka Penghulu Rembau menghantar Amat iaitu tunang Seri Bainun ke Istana Johor. 

Sampai di Istana Johor, oleh kerana Amat tidak mahu putuskan tunang dia dibunuh dengan kejam. Ini telah membangkitkan kemarahan pembesar di Negeri Sembilan. Memang kekejaman Sultan Johor ketika itu menjadi bualan maka peristiwa pembunuhan utusan atau bakal menantu Penghulu Rembau itu menjadi pencetus. Moyang Salleh antara yang paling berani mewakili pemimpin NS telah ke Istana Johor selepas kejadian itu. 

Ke Johor bersama empat orang pengiringnya iaitu Tok Gagah Lela Perkasa, Tok Laut Api, Tok Beruang Hitam, dan Tok Bauk yang mereka mempunyai kegagahan dan kesaktian masing-masing. Sampai di depab istana Johor, Sultan yang mendengar mengenai keranian dan kegagahan Moyang Salleh panik dan tidak benarkan dia masuk ke dalam Istana. Deligasi pembesar dari NS putuskan untuk berdiri depan Istana. Sultan dapat menyaksikan bagaimana Moyang Salleh yang tidak berpanas dijemur tidak basah berhujan. 

Datok Gagah Lela Perkasa menggarukan belakangnya pada batang kelapa yang tumbuh di halaman istana menyebabkan buah- buah kelapa yang masak berguguran jatuh ke tanah. Tok Beruang Hitam pula menunjukkan kekuatan tangannya dengan mencakar dinding istana hingga tercabut. Manakala Tok Laut Api pula bila menghembuskan nafasnya keluar api hampir membakar langsir istana. Sultan titahkan bendahara cari pendekar di Johor untuk berlawan dengan deligasi pembesar NS namun bendahara menyatakan tidak akan ada di Johor ini manusia boleh tandingi mereka.

Dalam keadaan makin panik Sultan Johor benarkan Moyang Salleh masuk mengadap takut keadaan lebih tidak terkawal. Datok Bendahara menjemput Moyang Salleh dan para pengiringnya naik ke istana mengadap Sultan tetapi mereka mengenakan syarat mesti disediakan jamuan kerana mereka merasa amat lapar.

" Sediakan nasi lima puluh gantang dan lauknya seekor kerbau," kata Moyang Salleh.

" Makanan sebanyak itu biasanya untuk seratus orang," kata Datok Bendahara hairan.

" Jika baginda setuju kami akan naik ke istana tapi jika tidak setuju biarkan kami di sini sahaja," kata Moyang Salleh pula.

Mahu tidak mahu Sultan terpaksa menerima syarat itu kerana bimbang utusan dari Jelebu itu bertindak liar. Dan apabila jamuan sudah disediakan makan Moyang Salleh dan para pengiringnya naik ke istana. Sekali lagi Sultan Johor dan pembesar-pembesar istana hairan bila mendapati makanan yang mereka hidangkan habis di makan oleh Moyang Salleh dan para pengiringnya.

" Apa maksud kalian datang ke Johor tanpa diundang?" tanya Sultan pula.

Oleh kerana terlalu marah dan merasa terhina dengan sikap Sultan maka Moyang Salleh lupa tujuan asalnya datang ke Johor. Apa yang terlintas dalam fikirannya ialah tidak mahu bertuankan Sultan yang tidak betimbang rasa.

" Patik datang untuk memutuskan tali dengan Johor. Mulai hari ini Jelebu merdeka dari pemerintahan tuanku," kata Moyang Salleh.

" Beta tak setuju!" titah Sultan.

" Alamat negeri Johor akan huru hara kami kerjakan. Akan berlaku pertumpahan darah di bumi Johor ini," kata Moyang Salleh pula.

Kerana bimbang dengan tindak balas Moyang Salleh dan para pengiringnya akhirnya Sultan Johor bersetuju walaupun berat hati baginda melepaskan Jelebu keluar dari tanah jajahan baginda.
Ia bukan sekadar cerita bawaan mulut dua catatan di perpustakaan besar Eropah mencatat peristiwa ini. Sangat jarang kesaktian dan kehebatan pembesar tanah jajahan ditulis cendiakawan eropah tetapi kerana keberanian luar biasa Moyang Salleh memaksa cendiakawan Eropah mencatat.

26 - 31 Ogos 2022 julung kalinya akan dipentaskan Moyang Salleh dalam bentuk teater muzikal.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Julung-julung kali nya pementasan teater muzikal yang pertama tahun ni akan di adakan di Istana Budaya.. 


Ako sendiri pun tak pernah tau sejarah yang satu ni.
Macam menarik plak, tambahan diadakan di bulan kemerdekaan...

Nota Jemari: jom sape nak join tengok?!