Dah lama tak makan dim sum @ chinese foods.
Dolly's, SIANG antara tempat favorite yang ako slalu pegi.
Pastu tau la actress / pengarah Sheila Rusly ada buka kedai dim sum HALAL iaitu DIM SUM PLACE di G Village desa Pandan. Dah lama teringin nak cuba dan akhirnya wiken lepas berkesempatan la menjejakkan kaki ke kedai tersebut.
Nice and cosy place. Ada ruang makan bahagian dalam dan luar kedai. Dengar citer tempat ni sentiasa FULL. Jadi kalau nak makan kena la datang awal-awal.
Hahah macam kami, aritu jam 11 lebih dah terpacak depan kedai. Rupanya kedai buka jam 12 tengahari. Terpaksa la melepak kat Baskin Robin terlebih dahulu.
So far bagi ako menu-menu dia lebih kurang je kat kedai-kedai dim sum yang lain (ni ako rujuk Dolly's n SIANG). Salted Egg Custard Bun ni rasanya sape2 yang suka konpom menu wajib order. Macam adik ako memang suka custard egg kat kedai ni compare dengan di Dolly's. Bagi ako plak, sebab ako x berapa gemar salted egg, takde la ako nak cakap sedap ke idok kan 😆 Tapi tengokkan rupa nya, yang ini agak banyak la cream custard nya tu. So mungkin bagi pengemar bun ni, akan jadi suka la rasa yang meleleh tu.
Fried rice dia ni pun sedap gak. Ako suka yang jenis kering macam ni. Ada sesetengah nasi goreng kan yang basah-basah likat mcm bubur... eh nasi lembik la maksud ako. Yang tu memang ako kureng sket😅
Untuk siew mai ni plak, ako tak dapat nak merasa sebab si Uyum dah bolot makan sorang-sorang. Walau kami tambah order lagi siew mai ni tetap la dia sorang je yang makan haha. So tak dapat la ako nak review rasa nya ye.
Bean curd ni so-so je sebab ako lebih suka yang kat Dolly's.
Crystal Shrimp Dumpling ni pun ako tak dapat nak merasa sebab abang aqeem melantak dia aje sorang makan. hahaha.. Yang ni pun kami tambah order tetap la ako x merasa juga :D
Deep fried carrot cake, ok la not bad.
Chicken boxing ni ako suka.
Paling ako suka dia punya cili ni!! Puas hati, dah le merah pekat menyala... pedas, manis eh cukup rasa la. Bandingkan dengan dolly's, ako lagi prefer kat sini punya cili. Memang sedap ar makan ngan nasi goreng. Bertambah-tambah ako minta cili dia hahaha..
Skin fish ni paaaling sedap ako pernah rasa. Garing, ranggup... !!
Bagi kitorang portion dia banyak sebab budak-budak memang tak makan la kan.
Ako ngan MAMA uyum je jenuh nak ngabihkan.
Dia salut dengan garlic tapi garlic tu tak rasa pun sangat. Ako ingatkan cili paste memula tu.😅
Kalau korang berpeluang makan kat situ, try la skin fish ni k.
Uyum tanya, "bila kita nak makan kat situ lagi?"
Hahahaha.... later-later la uyum, sekali sekala bole la ye...
Kalau kerap sangat, bole bankrup Nina ngan MAMA 😅
Untuk harga, lebih kurang je macam harga Dolly's.
So be prepared ya!😁
Untuk korang yang nak mencuba, bole la ke:-
Dim Sum Place KL
Dim Sum Place KL
G11, G Village
Desa Pandan
55100 Kuala Lumpur
Malaysia
Contact no : 03-9226 6484
Selamat Menjamu Selera!
p/s: Tak de la cakap tak sedap n takde la cakap sedap sangat! Yang pasti, bole la mencuba! 😍
p/s: Tak de la cakap tak sedap n takde la cakap sedap sangat! Yang pasti, bole la mencuba! 😍
Nota Jemari: eh eh ako ada je tau baca citer-citer korang kat blog memasing cuma x sempat nk tglkan komen :)
19 Comments
Selain De'Wan, Dim Sum Place ni juga antara tempat yang aku ngidam nak makan tapi belum kesampaian huhuhu.. nanti nak pi juga...
ReplyDeleteTak cukup sehari nak jjcm ni lin hahaha... Mau 7hari 7 malam 🤣
DeleteKalau nak JJCM jgn lupakan saya jugak hihi
Deletefeveret nih...ha'ah..menu dimsum lebih kurang sama kan...baru sekali makan di Siang...
ReplyDeleteKan kan lebih kurang je menu menu nya
DeleteSedapnya..lama tak makan dimsum
ReplyDeleteSA nak pi makan kat sini gak nanti...nanti nak call buat reservation dulu la...hehehe....sedapnya...selalu makan kat dolly's je kan
ReplyDeleteHaha kasihan tidak dapat rasa siew mai dengan ladu udang. Cik Ako kena pergi seorang untuk rasa 2 menu tersebut.
ReplyDeleteBagi saya pencicah penting kalau sedap.
Entah2 supplier kedai2 dim sum ni, sama jer, tu yg tak ada beza, Ret.
ReplyDeletesedapnyaaa.. semua tempting. memang fav nina !!
ReplyDeletetk kesempatan lg nk try..slalunya ke dolly dimsum je...ada kesempatan nk try la nanti
ReplyDeletepandai Uyum makan pakai chopstick. Kesian Nina banyak tak dapat rasa. Oh kedai sis rupanya. Pernah lalu je, sebab takdelah suka sangat Chinese food.
ReplyDeleteTeringin pulak try skin fish tu.. huhu... Sedapnyaaa dim sum.. teringin pulakkk 🤩
ReplyDeletechicken boxing tu nampak sodap gilerrr ehh
ReplyDeletenmpknya ako kena ke sana lg la ya utk mkn siew mai haha
ReplyDeleteSemua nampak sedap. Syok ni kalau dapat makan sama-sama dengan Uyum.
ReplyDeleteSedapnya.. teringin juga nak cuba tapi ntah bile la tu ye.. 😌
ReplyDeletepandai uym.mkn dimsum
ReplyDeleteciknur je tak mkn ni he hee
skin tu nampak mengancam.. Nasi goreng di apun nampak best..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com