APA ITU TONGUE TIE?

APA ITU TONGUE TIE?

Terbaca kat blog naniey pasal Tongue Tie ni. Honestly masa memula baca tajuk, kita tak berapa familiar dengan term dia, "Tongue tie". Ermm setelah digugel, then baru la tau apa itu tongue tie atau bahasa melayu nya "lidah pendek".

Tongue tie adalah keadaan di mana lidah bayi pendek dan tidak boleh terjulur keluar untuk menyusu.

Ciri-ciri fizikal lidah pendek ialah:-
  • hujung lidah (tongue tip) tidak boleh atau sukar diunjur keluar
  • hujung lidah berbentuk rata, jantung atau terbelah
  • lidah tidak dapat atau sukar digerakkan ke kiri dan kanan
  • hujung lidah tidak dapat menyentuh lelangit
  • hujung lidah tidak dapat menjilat bibir atas
  • tidak boleh digulung ke belakang

Fakta Berkaitan Pembedahan:-
  • Tidak semua pesakit dengan lidah pendek akan menjalani pembedahan.
  • Pembedahan akan dilakukan hanya apabila perlu.
  • Selain aduan pesakit atau penjaga, pemeriksaan doktor dan penilaian terapis akan menentukan samada kanak-kanak ini perlu menjalani pembedahan atau tidak untuk membebaskan frenulum. Pembedahan dijalankan dengan persetujuan pesakit atau penjaga.
  • Pembedahan melibatkan guntingan tisu dan pembiusan oleh doktor pakar.

Kalau korang gugel, banyak lagi info yang korang bole dapat selain baca di myhealth.

Kenapa ako share info pasal tongue tie ni??

Sebab nya Uyum dulu lahir dengan masalah "tongue tie" ni.
Alhamdulilah dapat dikesan cepat.
Setelah dirujuk dengan pakar, MAMA setuju untuk membuat pembedahan kecil bagi membetulkan sedikit masalah tongue tie ni. Macam yang korang baca kat atas, tidak semua pesakit perlu menjalani pembedahan. Macam kes Uyum ni, elok kita kasi putuskan sket urat bawah lidah dia tu supaya memudahkan Uyum bercakap, menyusu dan sebagainya.

Alhamdulilah sangat sebab minor surgery tu tidak memudaratkan dan tidak meninggalkan kesan yang serious kecuali makin kuat BERCAKAP hahahah ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Jadi buat mereka yang bayi mereka ada mengalami masalah ni, jangan risau k.
Segera dapatkan pendapat pakar dan insyallah doa dah usaha semoga bayi korang bertambah sihat macam Uyum hehehe๐Ÿ˜

.:abam aqeem dan Uyum suatu ketika dulu:.

Nota Jemari: nanti share citer abin plak lahir sebagai dengan "Polydactyly".

Post a Comment

22 Comments

  1. oo..baru tahu, thanks for sharing...Alhamdulillah Uyum ok sampai sekarang..

    ReplyDelete
  2. Thank you for the info..
    Tak tahu ada sampai kene buat minor operation.
    Alhamdulillah Uyum ok..

    ReplyDelete
  3. oh cknur penah jga dengar dulu 2. zorg tua sebut lidah pendek
    skrg ada teknogi mcm2 dah kan alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Nampak macam kes kecikkan, tapi kalau biar, kesian juga kat budaknya, nanti cakap pun agak lain kan.. eh jap, nak check lidah aku laa

    ReplyDelete
  5. Sayalah salah seorang yang lahir dengan lidah pendek tu, tak boleh julur keluar. Memang semua adik-beradik kami gitu. Dan tak ada yang buat pembedahan. Kesan yang nyata bagi si lidah pendek, kalau cakap laju…orang susah nak tangkap apa kita cakap ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  6. mula-mula baca rasa kesian kat Uyum, lepas baca side effect jadi kuat bercakap tu tergelak pulak. haha. tapi nanti bila diorang dah besar, dah tak layan kita sangat, time tu mesti rindu. huhu

    ReplyDelete
  7. Dapat bayangkan Uyum yang kuat bercakap tu. Jenuh Nina nak melayan borak Uyum :)

    ReplyDelete
  8. Anak kawan saya pun sama gak, kena buat minor operation nak bagi lidah dia tak bercantum dgn lelangit kat bawah sbb dia tak boleh menyusu & kawan ni nak sgt bagi susu badan. Ada senior kat U ni pun sama gak, jenis lidah pendek. Kesian gak kadang2 ada yg ejek2 tapi bagusnya dia tak ambik kisah pun. Selalu je join aktiviti ko-Q & kenal ramai org.

    ReplyDelete
  9. Moga Uyum terus sihat.
    ohh ada yang boleh dibuat surgeri la ya...teringat lama dulu ada anak yang menyusu sampai meleleh dan perlu dilap, mungkin sebab tongue tie agaknya.

    ReplyDelete
  10. Thank you Kak Ret sharing pasal tongue tie ni.. Ramai juga sebenarnya tak tahu pasal tongue tie ni sebab kes terpencil..

    ReplyDelete
  11. Bahasa biasa dngr bila baby meragam xdapat df dengan mak dia dengan baik. Alhamdulillah Uyum baik2 aje kan.

    ReplyDelete
  12. ohhhh wahhh, banyak ilmu baru saya dapat hari ni..memang nampak jelas lidahnya tu pendek kalo tak diputuskan sikit urat bawah lidah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sunah... Kalau tak putuskan konpom smp skrg dia ssh nak ckp kot.. Or percakapan dia x jelas

      Delete
  13. Oh uyum pun ada mslh lidah pendek ms kecik dlu ye... nmpk lidah uyum tu ms kecik.. benda ni normal je kan... tgk skrg uyum dh jd mcm burung kakak tua suka bercakap.. haha

    ReplyDelete
  14. Jadi ngerti ttg tongue tie Ini. Pernah denger dulu case nya, tapi saya tak terlalu cari tahu sangat. Ternyata uyum pernah mengalami. Alhamdulillah sekarang cakapnya lancar ya kak ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah betul2 selepas operate terus lancar dan becok percakapannya :D

      Delete
  15. Anak buah SA si Aydan tu pun ada tongue tie, tp bila dah besar dah umur 5-6 tahun mcam tu dia dah ok...la ni bercerabih je mulut..pot pet x reti diam

    ReplyDelete
  16. nasib baik dpt detect awal ya.
    patutlah petah uyum berckp skang ye

    ReplyDelete
  17. Baru sahaja anak buah jalani pembedahan. Baru umur 3 bulan tapi itulah sukar menyusu.
    Apabila adik cakap tongue tie baru ingat Cik Ako ada tulis pasal ini.

    ReplyDelete
  18. blog naniey membawa ammi datang baca pasal tongue tie kat sini...baru tau. tq info

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com