Polydactyly merupakan suatu kejanggalan kongenital yang kebiasaannya akan dapat dikesan serta-merta sewaktu kelahiran, yang meliputi pelbagai keadaan kejanggalan. Kebarangkalian kes ini berlaku adalah 1.6 hingga 10.7 dalam 1000 orang bagi populasi keseluruhan dan lelaki biasanya dua kali ganda lebih mudah terdedah kepada keadaan ini berbanding perempuan.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, polydactyly ini lebih cenderung melibatkan tangan kanan berbanding tangan kiri, manakala untuk kaki pula, kaki kiri adalah lebih cenderung mengalaminya berbanding kaki kanan.
Apakah sebenarnya penyebab jari lebih ini?
Anda pasti ingin tahu apakah faktor yang menyebabkan berlakunya jari berlebihan ini. Kebanyakannya berlaku disebabkan oleh faktor genetik keluarga. Jika bukan disebabkan oleh genetik, ia mungkin terjadi disebabkan oleh perubahan gen bayi semasa berada di dalam janin.
Bagi mereka yang memiliki polydactyly ini, anda tidak perlu gusar kerana ia tidak merisikokan kesihatan anda. Walau bagaimanapun, jika anda berasa kurang selesa dengan kehadiran jari berlebihan tersebut, anda boleh melakukan pembedahan kecil untuk membuangnya.
Jika tidak mahu membuangnya, anda merupakan salah seorang yang unik dalam dunia kerana memiliki jari tambahan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ketahuilah, anda memilki 11 jari atau lebih dan ia sememangnya sesuatu yang sangat rare!
Info : https://hellodoktor.com/penyakit-muskuloskeletal/penyakit-tulang-lain/individu-dengan-jari-lebih/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pagi tadi kita ada share pasal "Tongue-tie" kan, so arini ako nak share plak pasal "Polydactyly" atau nama ringkasnya jari kaki atau tangan yang terlebih.
Kenapa ako share info ni? sebab nya abam abin dulu dilahirkan dengan Polydactyly di bahagian jari kaki kiri.
.: camni la keadaan jari kaki abin yang terlebih tu sebelum di operate:. |
Kalau baca info kat atas, polydactyly ni selalunya terjadi kepada bayi lelaki.
Katanya faktor genetik tapi bila selidik so far takde plak dedua belah pihak mama ngan abah abin ada polydactyly ni. So, kenapa abin bole dapat poly ni maybe disebabkan perubahan gen bayi semasa berada di dalam janin.
.:sebelum masuk bilik OT:. |
Atas nasihat doktor, abin disarankan untuk membuang jari kaki yang terlebih, untuk memudahkan pergerakan dan terutama sekali untuk mudah dia pakai kasut bila dah besar nanti.
Kalau polydactyly ni terjadi kat jari tangan, rasa nya kami x buang kot hahah tapi sebab ianya terkena kat jari kaki, tu yang MAMA decide kita buang aje la jari terlebih tu. Kalau tak buang bila besar dah satu keje plak nak cari kasut khas untuk abam abin kan😅
.:setelah di operate:. |
Alhamdulilah abam abin dah makin membesar dengan "sihat" sekarang ni hahaha!
So kalau korang ada anak yang alami polydactyly ni jangan bimbang yek.
Dapatkan nasihat pakar, kalau perlu operate, buang je tapi kalau tak perlu, jangan plak risau atau sedih sebab korang ada lah seorang yang RARE mempunya extra jari 😍
Nota Jemari: masing-masing ada kelebihan tersendiri
25 Comments
Pernah nampak juga dulu masa sekolah ada budak lelaki macam ni. Tapi jari tangan. Memang rare. Rasanya sampai besar dia tak buat apa apa. Macam kata kakRet lah kalau jari tangan mungkin tak buang.
ReplyDeleteKan.. Rasanya klu kena kat jari tangan mmg org x buang.. Mcm bos kak ret pun sama.. Dia terlebih jari tangan mmg maintain aje haha
DeletePenah terbaca pelakon Bollywood Hrithrik Roshan tu pun dilahirkan dgn jari tangan terlebih, tapi ikut kepercayaan dieorg benda ni petanda tuah kat org tu. Sbb tu parents dia tak buang kot. Tapi bila tgk citer Hindi yg dia berlakon tak nampak pulak mungkin director sorok2 kot.
ReplyDeleteHa ada2 k ret pernah nnpk jari terlebih dia tp lupa citer apa
DeletePC pernah jumpa. Kawah arwah mama PC. Tapi kat tangan. Jari tangan. Tak buang. Dia tukang jahit.
ReplyDeleteTu la rsnya klu yg kena kat tangan jarang nak buang kan
DeleteMasa PH sekolah rendah dulu ada sorang kawan, jari tangannya lebih satu. Adiknya pun sama. Jadi, betullah agaknya sbb genetik tu.
ReplyDeleteKawan sek pun ada sorang jarinya lebih 1 . Pd jari anak tu .tp dia x buang . Mungkin sb tak ada apa2 kot
ReplyDeleteAku ada Ret kawan gini, tapi dia tak buang, tak tau laa family dia rujuk atau dia declare cacat jer.. aku tak pernah tanya.. so far okay laa, cuma kalau pakai selipar nampaklah lebih jari tu..
ReplyDeleteYa, kalau di kaki susah nanti nak cari kasut. Tapi kalau di tangan nanti sama macam Hrithik Roshan. Awal-awal berlakon dulu dia sorok tapi kalau tengok filem dia yang baru-baru dia dah tak heran dah.
ReplyDeleteanak buah suami di Kedah punya ibu jari kaki 6 di kaki kanan dan kiri sementara Allahyarham si abang punya 6 jari di kaki kanan (kalau tak silap). Kaki si adik nampak biasa je tapi kaki nampak lebih besar
ReplyDeleteSA ada kawan yang ada kelebihan macam ni...tapi di jari tangan la...but dia sangat2 genius masa tu...tapi tak leh lari la dari kena kutuk ngan kawan2 lain...
ReplyDeleteDulu pernah nampak ayah kawan ada dua ibu jari...
ReplyDeleteMungkin ramai klau ada jari lebih di tangan taknak buang..It's gift kan..
ReplyDeleteKlau ada serious effect better buang la..
Kawan Aini ada anak jari kaki dia cukup tp 2 jari kaki kecik dia besar..
So nak pakai kasut kene pakai yg lembut or bsr skit..
Waahhh, real life belom pernah jumpa lagi rasanya.. But bila baca abam abin pun ada macam teruja.. Benda ni should be proud ke atau sebaliknya. bg aien mcm proud la kan. sebab kita special? Gituu
ReplyDeletePernah nampak Hitrik Roshan dekat jari tangan dia.
ReplyDeletealhamdulillah...kalau kita dilahirkn sihat
ReplyDeleteohh, haah kann..kalo kat kaki better buang sebab nanti susah nak pakai kasut..kalo kat tangan, kira ok lagi kan..
ReplyDeletesiannya, kecik2 dah kena operate..tapi utk kemudahan & keselesaan masa depan, kena buang jg..
ReplyDeleteIya juga Yaa, kalo di kaki ntar masalah pula cari sepatu yg sesuai 🤣. Jadi memang patut buang je lah. Pernah dengan polydactyl nih, tapi so far saya tak pernah lihat orang2 di sekitar saya yang memiliki jari berlebih nih. Thank you infonya kak ret 👍
ReplyDeleteohh.. baru tahu. perasan anak cousin hubby ada juga tp genetik tak ada penyakit ni
ReplyDeleteOhhh.. ini polydactyly rupanya... Kelebihan tu.. tapi mmg kena buang kalau tak selesa dan lelain.. huhu.. mujur dh buang masa kecik kecik.. takda pening bila besor lg t.. huhu
ReplyDeletekalau kt kaki mmg kena buang, sbb susah nak cari kasut nnti.
ReplyDeleteTeringat pada blogger Atiqah Najihah pernah cerita dalam blog.
ReplyDeleteOh Abin ada. Itulah tengok keadaan ia memberi mudarat atau tidak.
Memang rare sangat kejadian ini... Guard dekat pejabat Sha ada jari lebih dekat tangan dia.. Perasan pun sebab dia menulis depan Sha..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com