CAMERON TRIP 2022 : LADANG TEH BHARAT & SUNGKAI HOT SPRING     CAMERON TRIP 2022 : LADANG TEH BHARAT & SUNGKAI HOT SPRING

CAMERON TRIP 2022 : LADANG TEH BHARAT & SUNGKAI HOT SPRING

Tak habis lagi citer cameron ni kan?!! 😆😆


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Last day... Nak balik dah tapi plan pagi ni nak singgah dulu ladang teh bharat kan. Jadinya awal pagi jam 7 kami dah check out. Gerak menghala ke Simpang Pulai. Tenang je pagi ni. Sempat la singgah Kea Farm, last soping lagi. 


Bharat Tea Farm ni atau lebih dikenali Cameron Valley Tea House ada 3 tempat di Cameron. Yang kami pergi ni CV Tea House no 3 terletak di Kuala Kerla. Bagi CV Tea House 1 & 2 terletak di Tanah Rata. Jadi kalau korang datang ke Cameron melalui Tapah, pasti akan terjumpa ladang bharat ni betul-betul tepi jalan. Dan korang pasti akan perasan bila nampak banyak kereta park tepi jalan. Masa kami sampai aritu, memang lalu ikut Tapah kan, ada la terperasan gak banyak kereta tapi macam tak terpikir nak benti bila tengok terlalu padat sangat dengan kenderaan bersidai tepi jalan tu hahaha.


Kalau datang sini better la datang pagi-pagi sebab tak ramai lagi orang. Masa kami sampai ni betul-betul dia baru buka gate nya. Tujuan sampai awal-awal ni memang plan nak brekfas la kat sini dulu.


Uyum pun tak sabar nak minum teh cawan besar kat situ 😆

"Kalau la dapat bawa cawan besar ni balik... mesti puas kan, nina!!"- kata uyum


Tapi silap juga datang awal-awal sangat hahaha😅 sebab derang tengah prepare nasi lemak. Masa kami order ni pun sambal nasi nya tak siap lagi.



Jadi dapat makan kek aje la.... Brekfast makan kek😅! Nasib baik la teh tarik nya sedap oii! 


Kemain boodak kelaparan ni .. Actually kami ada bungkus nasi lemak Gomok kat Brinchang sebelum gerak balik. Ingat kan nak cari tempat lepak untuk 'piknik' sarapan on the way balik tu tapi tak jumpa tempat yang sesuai. Sudahnya kami piknik kat RnR aje bila dah masuk highway tu😁


Gambar keluarga mereka..... Dulu datang dengan arwah ABAH tapi uyum tak wujud lagi. Sekarang arwah ABAH dah takde, uyum plak ganti.



Eh eh love from Uyum dari ladang teh😍


Kemain sonok dia dok posing sana sini....
Nun kat atas bukit yg ada pondok tu pun gigih dia panjat sampai atas tu.


Buat korang yang nak datang sini, Ladang Teh Bharat buka jam 8:30 pagi - 6 petang (Isnin - Khamis). Untuk hari Ahad atau cuti umum dibuka dari jam 8 pagi hingga 7 malam.


Sebelum hantar abam ABIN balik asrama, kita singgah kejap kat Hot Spring Sungkai.
Harga tiket masa kami pergi tu RM15 dewasa, RM12 kanak-kanak.


Gigih masuk ikut jalan jambatan ni padahal ada je jalan biasa.
Sebab ako pun dah lama tak masuk Hot Spring ni so macam ingat-ingat lupa jalan nak masuk ke dalam. Seingat ako macam dulu, lepas kaunter tiket terus dah jumpa jalan masuk.. Hahhaa rupanya tak OK!, kena la jalan sket untuk sampai kat tempat mandi manda tu.


Sebelum masuk mandi kolam air panas, kita kasi cuci segala kekotoran dulu kat badan hahaha...





Pastu bole la berendam puas-puas macam Uyum dan abang-abang.
Kami sampai kira dah tengahari, jadi susah nak dapat tempat kosong yang ada meja dan bangku.
Maka nya kita bentang aje la tikar ala-ala piknik bawah pokok hahah...



Uyum tak suka mandi kolam air panas sebab dia cakap panas sangat la nina! hahaha...
So jangan risau ye, ada je kolam 'sejuk' untuk budak-budak.



Kat situ ada aktiviti merebus telur tau!
So bayangkan la betapa panas nya air kat situ sebab telut pun bole masak dalam 5-10 minit.


List harga telur 2022.
Cukup la ako beli 1 mangkuk je..
Nak beli banyak-banyak kang sape plak nak makan.


Tempoh merebus.
Depends la korang nak telur separuh masak or full masak.
Macam ako, ako prefer telur rebus FULL.
Hahaha ako kureng sket ngan separuh masak ni.


Gigih abam abin merebus telur.


Kanak-kanak bawah 12 tahun di larang berada di kawasan ni.
Bukan apa, dah le tempat ni di kelilingi dengan air panas, bagi nak elakkan perkara-perkara yang tak diingini, better la budak-budak jangan melepak kat kawasan tu kan.


OK dah cukup masa nya, bole la diangkat.
Kita kasi basuh sket ngan air sejuk ye.
Kang melecur plak nak kolek kulit telurnya tu😅



Dah siap!!
Bole la menikmati telur rebus tersebut.
Ada disediakan kicap dan pepper sekali dalam set tadi.
Kalau la ada jual roti ke kan hahaha....*tetiba😆


Dah kenyang, dah puas mandi manda... maka berakhir la sudah percutian ke Cameron tempoh hari. Masa untuk hantar abam abin balik ke asrama.

Terima kasih la kat korang yang sudi baca citer cameron yang berbulan-bulan nak abis hahaha... Ok next trip ke mana kita ni?? Bila cuti sekolah lagi eh?? September??

Nota Jemari: jom renew passport jom.. kita naik ketapi plak.. eh kemana tu??😆

Post a Comment

19 Comments

  1. Rinduu nk ke ch lah he hee
    Tgk org pos mcm2 yg baru skrg ni kan. Ladang teh yg ni x penah singgah, tepi jln je kan. tp kalau yg jauh msk.kedlm dulu pergi .siap.ada kilang buat teh tu. Satu lg yg naik atas dgn pacuan empat roda tu.

    ReplyDelete
  2. Uyum kalau posing memang win! Comel! Eh kita pergi sini jugak tapi pergi naik bukit nun naik buaian. Rugi pulak tak singgah sini lama. Kena repeat agaknya kot nanti. hehe...

    ReplyDelete
  3. Rinduuuuu sangaaaat lah Ama Cameron nih...😍. Tapi memang Fanny lebih suka tempat2 yg sejuk macam Cameron Highland ini kak.

    Hayuuuuk renew pasport lagi kak ret. Kemarinpun Fanny dan anak2 dan renew pasport. Finally laaah... Dah tak sabar mau cari tiket overseas 😂. Tapi pengen jugak ajak anak2 ke Penang , mau liat sekolah maminya dulu 😄

    ReplyDelete
  4. Kena bawa roti atau telur sendiri.

    ReplyDelete
  5. Menarik jugak Hotspring Sungkai tu. Cantik tempatnya.

    Nak naik keretapi ke Hatyai ke tu Ako? 😀

    ReplyDelete
  6. igtkan dah abis citer cameron nya rupa2nya ada lagi sambungan hehe. Kenangan betul kat sungkai hot spring tu, balik dari situ kena chicken pox huhu... tapi lepas tu dapat khayla so ok la tak de trauma sgt :p

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Seronok anak-anak tu..

    ReplyDelete
  8. Best, dapat mandi kat Sungkai sekali, lepas turun Cameron. Wah, dah rancang percutian seterusnya, naik tren ye. :)

    ReplyDelete
  9. Seronok baca. Pandai Uyum pose dengan cawan besar. Nampak real. Serius betul amaran dekat tempat rebus telur tu.last2 tulis selamat bergenbira

    ReplyDelete
  10. Salam kak ret, shida dtg jengah entri kak ret..
    ramai plak kenalan yg singgah cm akhir2 ni..
    shida ade juga planning nk ke cm tp masih sgkut lagi..
    ada saja halangan nak ke sana hehee ^_^
    Inshaa Allah akan smpai juga nnt heheee

    ReplyDelete
  11. Yang Bharat ni senang, tak payah nak mendaki kan hehehe.. anak-anak aku dah ada gak bunyi ajak ke Cameron, masaalahnya Mak Buyung yang ajak hahahaha

    ReplyDelete
  12. saya pun tak suka telur separuh masak..mesti nak makan yang full rebus..

    ReplyDelete
  13. Seronok tengok anak2 tu semua happy, SA selalu ke Bharat Ladang Teh tu lepak minum situ sebab teh tarik dia memang best...pas tu pi posing2 kat ladang teh sebelah tu....cuma dah lama x pi ni...rindu laaaa.......

    ReplyDelete
  14. Seronok betul tengok Uyum tu. Bestnya jadi budak budak. hehe

    ReplyDelete
  15. Menariknyaa.. siap ada tempat merebus tolo.... Saya suka dedua.. telur rebus mahupun half, ni kalau dtg mmg bwk sekali makanan lain, roti dan nasi lemak la. haha.. Syok Uyum pose sana sini.. tgk dia gigih naik atas nak bergambar kenangan.. nice ler Uyum!!! Al Fatihah buat arwah abah mu, kak .

    Pssttt..Betul kak Ret, next cuti sekolah bulan September.. Gi mana tuhh?? Hehe..

    ReplyDelete
  16. menariknya hot spring...naik ketapi? renew pasport?...jom, jom..

    ReplyDelete
  17. wahh ada tmpt merebus telur jgk. menarik..

    klau ako naik train, msti nak g thai kan?

    ReplyDelete
  18. Comelnya Uyum dengan mini love.. Gigih panjat demi bergambar ye Uyum..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com