Cerita wiken haritu, saja nak cari tempat minum petang.
Google terjumpa Roti John Titiwangsa.
Memang selalu je nampak iklan roti john ni especially dalam grab food.
Tak tau nape nama dia Titiwangsa, padahal tempat gerai ni kat area Keramat tau!
Pergi hari Ahad memang tak ramai orang.
Tak sesak sangat pun.
Parking pun senang.
Tapi kalau korang pegi hari biasa, rasanya area ni mesti sesak sebab situ ada sekolah.
So konpom tempat parking penuh dengan kereta mak pak tunggu anak balik sekolah.
Menu dan harga nya.
Boleh pilih nak roti panjang atau pendek.
Ada ayam, daging dan juga tuna.
Kami order 2 jenis je iaitu ayam dan daging special.
Apa yang special nya? Rupanya special tu bila rotinya disalut dengan telur.
Ermm... bagi ako biasa-biasa je sebab ako dah makan roti john yang lagi sedap dari yang ini.
Untuk korang yang tak minat cheese, atau mayo atau sos yang berlimpah ruah, then bole la cuba Roti John Titiwangsa ni. Bagi ako plak, ako lebih gemarkan roti yang penuh dengan mayo, sos dan cheese berlimpah ruah hahaha... Sebab tu ako cakap, roti kat situ biasa je bagi ako.
Apa-apa pun, bagi korang yang nak cuba Roti John Titiwangsa, boleh la serbu ke gerai,
199, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
019-324 8528
google or waze : Roti John Titiwangsa.
019-324 8528
google or waze : Roti John Titiwangsa.
Selamat Menjamu Selera!
Nota Jemari: selera masing-masing
20 Comments
Kadang sos melimpah susah hendak makan.
ReplyDeleteOk sudah cuba rasa bagaimana.
Paling pemess dan sgt laku ni. Beratur kalu ptg2 tu. tp sanggupp je beratur he hee
ReplyDeletememanggg sedapp 5 bintang. Feberett ..kalau teringin nk mkn roti john cheese
oh first time dengar (baca) roti john tuna!
ReplyDeletesaya pulak suka yang sedang2 saja sos dan mayonis dia..tak berapa suka yang melimpah ruah..makan burger pun cenggitu haha
yum yum..nampak menyelerakan... port selalu gi dating dulu tu..area keramat
ReplyDeleteHi Ako...baru kita sempat singgah sini...bz lately...wah..roti john..not my preference but fav my Dania...dia boleh habiskan sekeping
ReplyDeleteMeriah siap ada letak fries atasnya.
ReplyDeleteSaya suka sedang2 cheese, mayo, sos..jangan sikit, jangan banyak. Tapi itulah, sikit dan banyak itu subjektif 😀
Memang pelik tu, roti john titiwangsa tapi kat keramat. mungkin dulu stall dia dekat titiwangsa & femes kot, lepas tu dia pindah ke keramat dia bawak sekali nama tu supaya pelanggan tetap tau kat mana nak cari stall dia hehe
ReplyDeletelamanya tak JJCM area pasar Dato' Keramat ni. aneh pulak bagi saya atas roti john ada fries.lebih prefer stail biasa
ReplyDeleteSelalu lalu lalang je kat situ tapi tak pernah singgah lagi.
ReplyDeleteKecelaruan nama tempat pulak kan. Harga masih diparas berpatutan juga tu. Tengok dari segi rupa dia nampak menyelerakan.
ReplyDeletekalau ammi mmg tak minat yg penuh sos, mayo bagai tu...
ReplyDeleteTengok pun dah tau sedap, bior beli gini dari beli burger Kam Heong hahahaha
ReplyDeleteJarang makan roti john.. biasanya time buka puasa bulan Ramadan je cari.. itu pun sesekali je... Tahu ada yg sedap tapi kurang memakannya.. haha.. Kalau suka yg cheese byk, mmg kena cari yg kagi melimpah la cite diaaa . heheee
ReplyDeleteada french fries sekali....suka sbb x byk mayo...Keramat ni dlm Parlimen Titiwangsa, sbb tu nama dia Titiwangsa..gamaknya lah...
ReplyDeleteNi favorite kami sekeluarga dan bila bulan puasa memang selang sehari anak akan beli dan selalunya kami booking dan anak akan ambil jam 4 petang atau waktu nak balik rumah. Memang sedap
ReplyDeleteTebalnya roti john dia. Siap ada fries kat atas.
ReplyDeleteBerarti saya cocok dengan roti Jhon yg ini kak 😁. Soalnya tak terlalu suka dengan mayo dan saus yg berlimpah. Secukupnya aja. Liat dari oenampakan dah keliatan sedaaaap memang 😄😍😍
ReplyDeletepernah beli juga tapi tapau..tk pernh mkn situ..lama tk beli
ReplyDeletenampak sgt sedap dan crispy roti john dia..
ReplyDeletePergh!! Lain macam roti john dia.. Mengancam dan menarik..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com