CAMERON TRIP 2022: LADANG TEH BOH & PETIK STROBERI

CAMERON TRIP 2022: LADANG TEH BOH & PETIK STROBERI


Hari kedua di Cameron. Awal kami bersiap, jam 7 pagi dah terpacak kat luar hotel.
Cari sarapan! Nasib baik dekat je tempat makan. Ada food court bumbung warna biru.
Kluar je hotel tengok belah kiri dah nampak bumbung nya tu.



Ada banyak gerai makan kat situ. So banyak la pilihan kan. 
Dah siap bekfes, moh lekaih kita gerak ke destinasi pertama pagi tu.
Konon nya gerak awal nak ke Ladang Teh Boh, takde la banyak kereta tapi sangkaan kami meleset.
Sampai kat sana je, dah berderet kenderaan dan dah ramai orang naik ke atas tempat teh boh tu.


Pemandangan laluan ke Ladang Teh Boh Sungai Palas.



Dah sampai ladang teh boh sg palas ni tapi tetiba mcm malas nak mendaki hahah.. Terigt soploh taon dulu sampai semput semput daki sampai ke puncak. Memandangkan MAMA uyum pun tak larat nak daki jadi nya kita pun setuju x payah la kita menuju ke puncak nun. Kalau ada rezeki kita bergambar kat ladang teh bharat aje la ye. 


Dulu gigih gak nak ber ombak rindu kat atas nun. Dah tua tua ni lutut dah longgar haha kita berombak ombak kat parking lot aje la 🤣🤣



Love from Uyum dari ladang teh haha

Lepak kejap je kat sini, dah moh gerak gi tempat lain. Kita plan nak gi tengok kevun lavendar ngan ldang teh bharat yang menghala ke simpang pulai tapi bila dah sampai kat kampung hape ntah lupa nama, terasa macam jauh plak. 

Maka nya kita patah je la balik. Memandangkan esok nya kita akan balik ikut simpang pulai, jadi bole la menyinggah dulu ke ldang teh sebelum balik kan sebab dah on da way gitu.  So bersabar la ye ladang teh tak lari mana tu haha. 


Nampak tempat ni. Memang niat nak petik stroberi kan. Macam tak ramai jadi nya kita pun singgah la kejap. Lagipun masa ni baru pukul 8:30 pagi. 





Ikutkan tempat ni buah stroberi nya tak banyak. Masih belum berbuah sepenuhnya pokok-pokok kat situ. Yang ada pun seketul dua, gigih la diorang mencari atas bawah.


Jadi la ni, derang dapat gak kumpul kan lebih dari 100g buah tu haha.


Dah penat memetik buah, moh la kita minum air stroberi shake sambil menikmati scone yang panas baru kluar oven ni. Sedap oiii!!
 







Sepanjang jalan kat cameron tu ada la satu iklan pasal dinasor ni.
Macam menarik dan tertarik la kami nak pegi.
Jadi nya dok mencari la kan kat mana gerangan tempat pameran nya ni.
Rupanya kat area Strawberry Park nun....!

OK segera la kami ke situ, sekali sampai laaaaa rasa macam tertipu plak.
Hahaahah kalau ghope gini, kat KL pun bersepah🙊
Tapi nama pun boodak-boodak kan, kalau dah nampak tempat mainan macam ni, wajib la derang nak main!! Kat sini je ahkak rasa cam membazir sungguh tapi tertewas juga ngan boodak debab tu. Malas nak bergaduh, bertekak kat situ. Kita layan aje la derang tengok dinasor dan main kereta 'langgar' yg serupa tak langgar tu hhahaa... *tak tau nak nangis ke nak gelak time ni

Dah puas, moh la balik. Masa ni macam tak tau nak lepak mana dah.
So lepas lunch kita lepak aje la dalam bilik.
Niat konon nya nak gi pasar malam sebelum jam 4 petang.
Sudah nya jam 6 petang baru kluar dari bilik.


Hujan selebat-lebat nya!!!
Oh ye, pasar malam brinchang dah bertukar tempat ye.
Sekarang diorang panggil "pasar malam brinchang Golden Hill"


Masa dah park kereta, hujan cam dah reda. So kita pun dengan confident nya menuju la ke gerai-gerai kat situ.




Masa ni hujan rintik rintik dah turun ....
Tapi kan pasar malam ni dah tak meriah macam dulu.
Bagi ako takde yang menarik sangat pun.
Jualan makanan yang dijual pun berulang-ulang makanan yang sama setiap kedai.

Sempat kami buat rondaan sampai ke penghujung dan patah balik.
Lepas tu hujan turun dengan lebat nya tiba-tiba.
Berkejaran semua cari tempat berteduh.


Hujan takde tanda-tanda nak berhenti.
So kami isi la perut dulu hahaha....
Sebab main masuk je kedai tanpa tengok dulu, tak semena-mena termasuk kedai pak arab.
Ako dah le kureng minat makanan arab ni hahhaa... Then kami just order pizza aje la buat mengalas perut.

Percutian di cameron untuk hari kedua berlalu macam tu je.....
Hujan sepanjang malam!!
Hari kedua berakhir begitu aje....

Nota Jemari: nasib baik la sempat buat soping kat pasar kea sebelum hujan

Post a Comment

21 Comments

  1. Lamanya tak naik Cameron.. engko pun tak naik atas tu ek hehehehe..
    Anak-anak aku ada gak mengajak ni, maklum lerr memasing dah besar kan, nak pulak ke sana.. tengoklah dulu keadaan Mak Buyung tu cmne hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la malas nak naik atas... sudah nya ako gi ladang teh bharat je ehehhe.... tepi jalan, x yah nak daki2

      Delete
  2. Tak puas hati kan yang dinasour tu. Naniey pun ada nampak tapi tak singgah..

    ReplyDelete
  3. Teringin gak nak pergi Cameron. Last pergi Khadeeja baby lagi. Tapi nak mengharung jem tu mcm tak sanggup pulak huhu…

    ReplyDelete
  4. Bagi budak-budak panjat ke puncak ladang teh.
    Hehe kena bayar ke tempat dinosour itu? Tengok gambar macam luar biasa rupanya tidak ya.

    ReplyDelete
  5. bestnya jalan² di CH... ni antara tempat sy x pegi lg di melaya kakret... teringinnnnn

    ReplyDelete
  6. Seronok juga ni kalau dapat pergi ramai-ramai. Berkonvoi. Tapi kena rancang biar semua dapat cuti lama sikit.

    ReplyDelete
  7. Siyes la lama giler x naik CH..last 2018 kalau x salah...kena plan gak naik ni..and kalau bleh nak pi hari biasa..x ramai orang...

    ReplyDelete
  8. Bestnya Uyum jalan2 petik stroberi ya, pas tu tengok dinasour pulak, pi pasar malam lagi, kemahennnn.. haha. Akak rasa, CH ni petang2 mmg salu hujan kan. Asal nak pi pasar malam, hujan.

    ReplyDelete
  9. samalah, pergi ladang teh tak larat dah mendaki bukit tu. last time pergi biar je anak-anak sedara dan adik yang masa tu umur baru belasan tahun yang pergi. dinosaur tu memang krik krik, tapi Uyum nampak terhibur. haha

    ReplyDelete
  10. Bukan main Uyum ya dengan cermin mata hitam dia tu..hehe
    Nampak menarik klau pi CH dengan nature camtu.. rasa mcm kt oversea..kabus bagai..

    ReplyDelete
  11. La, Uyum pergi Cameron ye? Next time ajak Acik ye :)
    Bertambah sejuklah ye, hujan lebat pulak tu Ako ..

    ReplyDelete
  12. Wahh, menarik!! Ya ek, tang Dinosour tu.. hahaha.. Hujan lebat, tak dapat la keluarkan diri memalam ek.. Kalau tak.. panjang lagi langkah rasanya

    ReplyDelete
  13. kereta langgar2 ke tu?...ingatkan lawan race..

    ReplyDelete
  14. strawberry shake dgn scone tu sedapnya

    ReplyDelete
  15. Bila hujan dia punya sejuk lain macam kan..
    comelnya uyum dengan love tu..

    ReplyDelete
  16. Syok pagi-pagi dah memetik strawberi, ala2 petik kat ladang sendiri gitu 😀

    CH memang kerap hujan kan…rasanya setiap kali naik CH mesti ada hujan.

    ReplyDelete
  17. Syoklah Uyum naik Cameron. Sekarang ni kat mana mana pun meriah ramai orang bercuti tak kira weekdays ke apa. weekend dah tentu ramai.

    ReplyDelete
  18. Baru update entry hadiah
    https://www.azhafizah.com/2022/07/jovi-dhea-keyring-tote-bag-dari-blogger.html
    Terima kasih Kak Ret :)

    ReplyDelete
  19. manis tak stroberi yang dipetik tu uyummm?
    alahai hujan lebat pulak ek, tak dapat nak enjoy sepenuh-penuhnya...

    ReplyDelete
  20. semangat uyum petik buah stoberi tu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com