Sabtu baru-baru ni sempat jenguk abam ABIN. Plan asalnya konon nak overnight kat 1108 Carebin Slim River . Siap dah booking bagai tapi takde rezeki lagi sebab hari Ahad MAMA kena attend student-student dia ke Nilai, ada kursus keusahawanan. Jadi nya kami cancel menginap di carebin, dan hanya jenguk abam ABIN lepak-lepak sambil makan-makan.

Mula nak main bakar-bakar ni kat cafe sekolah je tapi abam ABIN cakap tak bole plak nak masak-masak kat sekolah dia. Tu yang terus kami ke taman tasik YDP Slim River untuk berkhelah.



Taman tasik ni luas tapi sayang macam tak terjaga sangat. Tandas yang ada pun tak di jaga dengan betul. Patut kena banyak kan lagi pondok-pondok rehat di kawasan sekitar. Pemandangan tasik ni memang cantek. Kat hujung tasik ni bole nampak ketapi lalu. Ada juga yang ako tengok dok memancing kat tasik ni. Yang bagus nya taman permainan kat situ masih cantek dan kukuh lagi la. So, ok la kan, sementara mak pak gi joging pepetang, anak-anak bole la melepak main buaian dan sebagainya. 

Kalau ada orang menjual kat sini, rasa nya mesti lagi meriah. Patut kena meriahkan tasik ni baru ramai lagi pengunjung akan datang terutama nya penduduk setempat.

Rata-rata pengunjung minggu tu adalah macam kami orang luar yang jenguk anak-anak sekolah asrama, makan-makan lepak bersama keluarga. 



Macam biasa, budak ni sampai-sampai je dah cakap lapar hahaha.





Hari ni kita main bakar-bakar dari Ilipot. Ada grill , ada stim. Kita amek yang grill aje la ye.
Ako suka ilipot ni sebab semua pun diorang dah sediakan, dari segi pot dapur, burner, untesil, dan main dish bahan-bahan. Tak perlu nak pening-pening. Semua dah siap sedia. Sangat mudah kan. Masa ni, kami malas nak buka dapur yg ili provide so kita just guna pan dia dan bakar atas dapur portable yg MAMA bawa je la.

Kalau korang nak buat stimbot pun ada tau! Sedap kuah-kuah stimbot nya. Boleh pilih nak pedas, sederhana atau tak nak pedas. Masuk je kat website Ili pot tu. Macam-macam korang bole pilih.



Jadi la kan, dapat juga jamu abam ABIN makan sempena besday dia yang bakal tiba ahad nanti (7 Ogos). Memandangkan minggu ni bukan minggu outing, itu yang kami datang minggu lepas celebrate sekali. Hahaha tapi camne lupa plak nak bawa kek 😅

Takpe la semoga abam ABIN belajar rajin-rajin. membesar dengan sihat dan semoga sentiasa dilindungi.


Memandangkan ili set ada nasi juga, so kita buat aje la nasi goreng instant hahaha...
Bekalkan untuk makan di asrama ngan kawan-kawan petang tu.



Dah makan, teman kan budak-budak ni main plak.
Panas ya ampun oiii!! hahaha 

Selesai berkelah, moh kita gi dobi hantar cuci baju abam ABIN hahaha...
Begitu la cerita hujung minggu lepas kami.
Citer korang camne plak?? OK jom baca....

Nota Jemari: Next time bole kelah lagi ni...