Jemapoh Pizza Kayu Api ni dah viral. Asal pizza ni dari Kg desa Jemapoh, Kuala Pilah.
Kebetulan nampak signbod kedai ni kat area Gombak. Pastu tak silap nohas pun pernah review kat blog dia. Dah alang-alang kita lalu depan kedai ni, moh la kita singgah kejap. Parking depan kedai ni agak mencabar ekceli. Hahah nak dapatkan parking kosong memang agak susah tapi kebetulan masa kami lalu, ada ruang sket untuk parking, ha jom la kita benti kejap.

Yang ini cawangan gombak kata nya. Terletak betul-betul berhadapan dengan KL Traders Jalan Gombak. Selain walk in boleh juga order melalui food panda, grab or shopee food.


Di cawangan gombak ni hanya ada satu je saiz pizza nya. Tak silap ini saiz 11" .
Tak kecil dan tak juga besar. Harga nya bagi ako berpatutan. Boleh add on cheese dengan harga RM2 atau nak add on semua sekali dengan harga RM3 sahaja.


Tempat bakar pizza. Rasa ni cam dah moden sket kot 😅




Dah order kat kaunter, bayar sesiap pastu nanti abam-abam ni akan siapkan pizza korang.


Tak nampak plak pizza dalam oven tu. Maaf la ye , ni level si uyum yang tlg snapkan gambar nya hahaha



Lupa plak tanya berapa minit dia amek untuk bakar satu pizza ni.


Tuna Tikey ni sedap oiii!!! Kalau tambah cheese perghh konpom lagi meleleh hahah...!
Ako suka texture pizza nya, roti dia pun lembut aje. Tak muak la bagi ako.


Peperoni Pilah nama nya. Ini pun not bad gak tapi sebab peperoni slalunya base dia akan letak tomato sauce kan, which is ako kureng sket so bagi ako ok-ok je la hahha.


Untuk korang yang nak try, bole la ke :-

Jemapoh Pizza Kayu Api (Cawangan Gombak)
Lot 624-E, Gerai No 5, BATU 4, 
JALAN GOMBAK, 
Kampung Sungai Merali, 
53000 Kuala Lumpur,
014-372 7380

Buka setiap hari dari jam 12 tengahari sampai la ke 10 malam.

Nota Jemari: Selamat Mencuba!