JJCM : RESTAURANT PADANG ON WHEELS

JJCM : RESTAURANT PADANG ON WHEELS

Dapat mesej dari sorang member ni. Kebetulan dia ada training kat Klang. So before dia balik JB, dia ajak la melepak dulu. Since hari Sabtu kan memang free day je untuk ako maka nya kita pun ON la, set jumpa kat Restoran Padang on Wheels.

Hahaha ekceli first time ako dengar nama kedai ni.
Kita pun try la gugel kan. Ermm rupanya rata-rata ramai komen yang positif tentang kedai ni.
Kirakan kedai ni memng viral la ye.

Since dah lama benor ako tak jejak area Shah Alam ni, jadi nya ako plan kluar rumah awal sejam la ye untuk mengelakkan jam nak ke arah shah alam tu.


Janji nak jumpa jam 1 petang. Alhamdulilah memang tepat jam 1 ako dah sampai sana 😅
Memandangkan peak hour jadi nya parking yang area kedai semua dah FULL. Terpaksa la kita pusing-pusing cari parking jauh sikit. Mesej member tanya kat mana, kebetulan dia pun tengah pusing cari parking. 


Jumpa depan kedai, alamak macam penuh plak. Gambar atas tu amek time balik, jadi nampak kosong je la ye. Nasib baik ada meja kosong 1 kat bahagian dalam. Rezeki la dapat juga makan kat kedai ni. Rata-rata ako tengok ramai family yang makan kat situ waktu hujung minggu tu. 



Menu dan harga. Masa kami sampai tu terus dia bagi bar code untuk kita order air.
Kalau makanan terus beratur kat kaunter ye.




Macam-macam lauk ada. Sampai rambang mata nak pilih yang mana. Korang bole minta lauk hidang atau terus je letak kat pinggan. Since kami nak makan bertiga, so lebih baik kita makan berhidang aje la kan. 



Untuk tiga orang makan ni nampak macam banyak je lauk pauk nya hahhaha..
Tambah plak memasing jenis yang tak makan banyak sangat.
So far, dendeng dia sedap sangat! Pedas gila!
Cuma lauk kalio dia bagi ako cam kureng sket.
Tak sure la apa yang kurang kat rasa dia. 
Sambal sotong pun sedap!
Lemak pucuk paku just nice juga.
Kentang goreng sambal tu of coz paling sedap kot hahahah... 😆



Selain pauk, kat situ ada jual kuih muih dan manisan juga ye. 
Memang manis sungguh kek-kek dia 😅
Member ako sampai beli 4 ketul kek, hahah kalau bole semua dia nak rasa.


Sago mangga ni pun sedap! Cuma kalau dia kasi sejuk lagi sedap!


Coconut caramel kot tak silap nama kek ni.
Kek butter, rasa keras sket tapi bila makan sekali ngan krim caramel yang putih tu jadi sedap plak texture kek butter tu😅


Nutella cheese cake dan apa ntah nama lagi satu tu Hahaha ako cakap kat member macam kek apam tapi texture dia keras. Member cakap nama kek macam nama peghancis😅
Dia pun lupa nama kek tu hahah yang pasti ako rasa cam kek apam bakar je pun🙊

 

Tengkiu kat kawan sorang tu. Datang jejauh sudi banjer kami.

Lama lepak sampai jam 6 petang hahaha.. Ikutkan nak lepak lagi lama hahah tapi sian member tu nak drive sengsorang balik JB.

Insyallah next time ada peluang kita lepak lagi k. 


Untuk korang yang nak cuba makan kat sini bole la google or waze 

Restoran Padang on Wheels
60, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
(berdekatan dengan stadium shah alam)
019-387 3373

Nota Jemari: Selamat Menjamu selera

Post a Comment

14 Comments

  1. Best-nya depa ber-gather2 :D
    Tak silap PH, lama dah PoW ni. Tapi PH pun tak pernah singgah hehe...

    ReplyDelete
  2. Wah, selalunya kedai makan nasi padang ni biasa2 je. Ni luar biasa, tempat pun nampak cantik * selesa. Mmg patut pun viral.

    ReplyDelete
  3. Awal pagi kedai ini buka. Kedainya nampak ekslusif tapi jual lauk juga. Ingat buat makanan yang dimasak sewaktu pesan.

    ReplyDelete
  4. Sedapp2 lauk pauknya
    lamaa.x mkn menu padangg

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap dan harga sangat berpatutan...

    ReplyDelete
  6. dengar nama ingatkan food truck. maybe dah upgrade jadi restoran. comel lah hidang pakai dulang mak-mak macam tu. dari luar nampak cam resto kayangan

    ReplyDelete
  7. Ini kalau dapat kat Laki aku, habis lah penuh meja amik laukk hahahah aku gan Laki aku gile makan nasi padang ni...

    ReplyDelete
  8. Ke nanti aku datang KL, bawa aku ke sini yaaa...

    ReplyDelete
  9. Seronok erk...gather2 ngan kawan- kawan macam ni...

    ReplyDelete
  10. Seronok erk...gather2 ngan kawan- kawan macam ni...

    ReplyDelete
  11. dekat je ngan opis..mmg ingt nk cuba juga tp xsmp2 lg..oh ada dessert juga...yg kata xtau nama tu..namanya Cannele... slalu tgk kt cafe2 ada jual...ada yg kata sedap ada yg kata biasa2 hehe

    ReplyDelete
  12. menariknya siap ada kek lagi...tapi sayang rasa dia so-so je ek..takpe lah, nama pun restoran padang, tumpuan dia dekat padang..ehhhh, masakan padang..hahaha

    ReplyDelete
  13. Bila tengok senarai lauk pauk dia nampak macam menarik..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com