Ingat lagi tak entry berkenaan Teater Muzikal Moyang Salleh yang sepatutnya dipentaskan mulai 26 hingga 31 Ogos 2022. Ako dah beli tiket dah untuk tayangan pada hari Ahad nanti. Konon plan nak tengok dengan Carney tapi tup tup dapat mesej wassap daripada agen tiket teater ni. 


Frust la jugak sebab dah 2 tahun tunggu nak layan teater muzikal ni balik.
Excited tu jangan citer la kan.

Baru-baru ni dapat lagi mesej confirmation daripada diorang.


Kenyataan media menyatakan yang pementasan teater pada tarikh 26-31 Ogos ini DIBATALKAN. Dan akan ditunda ke tarikh 23-25 SEPTEMBER 2022. 

Mula nya macam tak kisah la kan kalau diorang tunda ke tarikh lain tapi bila baca balik diorang tukar tempat pementasan dari Istana Budaya ke Jab Kebudayaan NS, ermmm terus kami minta refund aje la kan. 

Ingatkan bulan merdeka ni nak la layan satu teater kemerdekaan sket...
Hasih nampak gaya kena tunggu lagi la nak layan teater ni.

Nota Jemari: takde rezeki