WEEKEND GATEAWAY KE PENGKALAN BALAK     WEEKEND GATEAWAY KE PENGKALAN BALAK

WEEKEND GATEAWAY KE PENGKALAN BALAK

Sejujurnya ako tak pernah lagi jejak ke Pengkalan Balak.
Kalau ke Tanjung Bidara tu pernah la juga, itupun zaman belajar tahun 1996.
So dah alang-alang MAMA uyum ada family day kat sana, moh la kita follow.
Ekceli memula cam malas nak ikut tapi last minit atas paksaan uyum hahaha, kita follow la juga.

Bertolak dari KL dalam jam 10:30 pagi. Sempat la kita benti lunch di Rembau.
Dah alang-alang masuk Rembau, moh la kita ikut jalan lama je ke Pengkalan Balak ni.
Jangkaan kami patutnya sampai ke sana dalam jam 1 petang gitu tapi memandangkan banyak plak hentian sebelum tu, jadi nya sampai ke destinasi lebih kurang jam 2 petang juga la.


Chalet pilihan mereka adalah di Ruqayyah Beach Resort. Sepanjang pantai kat situ, berderet chalet korang boleh pilih. Memang sebelah menyebelah je chalet-chalet kat situ. Masa kami sampai , ada segerombolan keluarga pun menginap kat situ. Mula ingatkan geng-geng opis MAMA uyum dah sampai tapi bila nak check-in la rupanya group orang lain. 😅


Sementara tunggu MAMA gi check in, jom kita ronda-ronda kat luar chalet dulu.
Ada tempat makan, boleh masak n BBQ juga. Semua disediakan. Sebab kan opis MAMA dah book dulu kawasan ni, jadi nya sepanjang hari la tempat ni kami yang punya 😆


Kat sebelah tempat makan tadi ada pondok-pondok macam dalam gambar tu.
Boleh juga lepak kat situ.


View dari laut. Banyak juga bilik-bilik nya cuma parking limited sket la. So kalau tak dapat park kat dalam, kena la park kat bahagian luar. Masa ni parking memang dah penuh dek group yang satu lagi. Tapi rezeki ako, nasib baik dapat juga 1 lot kosong kat dalam ni.


Ada pool juga tapi takde la besar mana. Cukup la sekadar budak-budak je yang mandi hahah.


Bilik 2 katil double. Nasib dapat kat bahagian bawah. Bersih tapi jangan la expect macam 5-star punya bilik ye.


Buka je pintu terus nampak laut!! Tapi tido malam takde plak ako dengar bunyi ombak hahaha, memang tido mati ke apa ako malam tu ek? 😅😅








Kemain sonok Uyum dapat mandi laut. Last dia main air laut masa umur 4 tahun tak silap. Dulu memang takut-takut je nak jejak pasir pantai. Sekarang kemain seronok dia baring-baring kat pasir tu😆 Honestly cakap, ako kureng sket main kat pantai ni 😅 Kalau bole elak, memang ako akan elak la. Ini pun ako duduk kat tepi tangga je tengok derang mandi laut tu. Nasib baik la dekat je tangga ngan gigi air.


Dah petang-petang tu diorang buat la sukaneka.


Macam-macam games ada. 


Suka betul si Uyum tiap kali main dia menang hahaha..


Tiup belon antara games yang paling dia suka hahah... 



Yang ini untung nya orang paling depan la kan hahaha... Memang confirm tak kena tepung punya.


Games pass getah guna straw.



Campak belon air... yang ini uyum marah sebab dia x menang 😆
Overall memang excited memasing. Uyum buat permintaan nak main lagi games ni esok pagi nya hahaha... Memang tak la kan... semua orang pun dah kepenatan.



Malam xtvt BBQ diorang. Ako pun join je la makan-makan free kan hahaha...





Tak tau la diorang order catering mana. Nasi goreng dia ako kureng sket tapi spageti goreng dia sedap sangat. 😅 Mushroom soup dia pun sedap cuma air oren dia manis gila wei hahaha... Mau potong kaki punya manis hahaha 😆 Tengok dalam bekas tu memang banyak ais ketul nya maybe sebab air ketul tu tak cair sangat masa kita minum, tu yang kemanisan nya masih terasa.


Boodak tu excited dapat hadiah. Tak puas hati bila dapat hadiah kurang dari abang dia.
Padahal ada je games yang dia x masuk so betul la tu hadiah nya kurang satu daripada abang😆




Ini aktiviti Uyum esok pagi nya. Lepas sarapan terus terjun laut lagi hahaha.... 
Kali ni main tanam-tanam kaki plak kat pasir tu. Nasib baik la ada orang nak layan awak main pasit😅 Abang aqeem dah jauh kat tengah laut tu ngan geng-geng lain. Tinggal la yang kecil-kecil sumer main tepi pantai aje la ye.





Pastu dia nampak abang-abang semua naik banana boat ni. So yang kecil takkan nak tengok kan aje. Diorang pun nak naik juga, maka terpaksa la mak-mak pun turut serta dalam aktiviti ini hahaha... padahal mak-mak kalau bole, malas nak naik bananan boat ni sebab tau konpom sakit-sakit badan lepas naik tu😅

Puas hati Uyum dapat naik bananananana......! Siap cakap, nanti kita naik lagi tau!
Hahahha mati la nak.... tunggu sampai uyum besar sket la kot baru kita buat aktiviti yang satu ni lagi😅


Balik tu singgah Alor gajah pekena cendol ni.


Nak cari cendol air kisar camni kat KL macam dah kureng sket. Kebanyakkan yang ada pun air ketul kan?! Which is feeling tu cam dah kureng sket kalau minum cendol ais ketul.


Apa tengok tengok Uyum makan?! hahaha... eh eh si boolat ni😆

Lepas cendol konon nak minum petang la kat Dapur Pompuan Cantek, tapi by the time kami sampai kat situ, hujan turun selebat-lebat nya. Adoiii dah le payung takde plak dalam kete. Mula ingat maybe ujan ni kejap je la kan, so kita pun dok menunggu la dalam kete. Sekali dah sejam, tak juga benti ujan nya. Sudahnya moh la kita beransur balik je la dulu hahaha.. Takde rezeki nak lepak jumpa pompuan cantek😆 Insyallah ada rezeki kita cuba datang lagi ke situ.

Alhamdulilah selamat sampai KL sebelum Asar. Masa ni nasib baik KL tak hujan macam kat Seremban tadi. Sekian la citer wiken kami. Minggu ni kemana plak ye? Tunggu!!

Nota Jemari: Suka-suki mandi laut.... Gi camping pun best juga kan😅

Post a Comment

24 Comments

  1. Pengkalan Balak dengan Seremban x jauh...sebab tu kalau pi memang balik hari...seronok la si Uyum tuh..kalau tau korang ada kat PB boleh je SA turun...

    ReplyDelete
  2. Akak pernah sekali kot pergi PB ni. Itupun jalan2 aje, tak tido. Best tau tido kalau dengar bunyi ombak, ke malam tu air surut?

    ReplyDelete
  3. Terkenang zaman gi camping dulu2 kan Kak Ret. Tapi skrg nk gi camping kena ada toilet kat sebelah khemah hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm nanti pakat plan pulak kita bercamping, cari port yang betul untuk camping, mesti syokkk woooo

      Delete
  4. Seronoknya!
    Tengok suasana riang ria di tepi pantai ni pun rasa hilang stress hehehehee.

    ReplyDelete
  5. dekat betul dgn laut, mmg best...sian Uyum, tak puashati, dapat hadiah sikit...hehe..cendol mamak masih lagi ais dikisar..

    maknanya Mama Uyum setiap hari berulang dari KL-Seremban....

    ReplyDelete
  6. Seronoknya. Alhamdulillah. lama jugalah tak ke pantai.

    ReplyDelete
  7. Kemain meriah yaaa... lamanya aku tak ke Melaka, akan datang, ke Melaka laaa kita hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Amboi Uyum, berjimba sakan nampak haha.... comel betullah dia ni...geram hehe

    ReplyDelete
  9. Seronoknya bilik dekat laut. Cik Ako tidak suka pasir ya?
    Hehe baguslah Uyum masuk pertandingan. Paling seronok dapat naik bot pisang.

    ReplyDelete
  10. kampung suami ammi Pengkalan Balak ni...
    ammi pun walaupun bersuamikan orang yang kampungnya ada laut...ammi tak suka laut sbb rasa melekat lekit je badan especially bila hari siang yg panas tu.

    ReplyDelete
  11. syok la uyum dapat mandi laut..bagus dia, berani..kalo ciksun ni yum, agaknya tak sampai 1 meter dari pantai da lari balik ke gigi air..haha

    ReplyDelete
  12. Sonoknya Uyum.dapat mandi laut tak heran dah pool kecik. ala nape Nina tak join.

    ReplyDelete
  13. Wow.. Lama tak ke Pangkalan Balak.. Dari zaman habis U, x egt berapa tahun sudah... huhu...

    ReplyDelete
  14. Syoknya jalan jalan.. Naniey masih mood kuarantin lagi ni,..

    ReplyDelete
  15. seronok dpt mandi manda, makan2 . deru anginn rinduuuu la pulak
    sini x penah menginap lg
    kalau slm ni ciknur ke homestay Permata dan homestay cikgu Dollah tu

    ReplyDelete
  16. Seronoknya . Sambil mandi manda ada games pulak kt tepi pantai memang happening sangat la

    ReplyDelete
  17. Ruqayah Resort ni baru lagi. Dlu zaman Aien belajar kat KUIM blom ada rasanya. . selalu dok kat chalet yg ada dolphin. lagi beso kolam. Haha

    ReplyDelete
  18. mmg sronok tu..ada pool bdk2 happy la...sukaneka tepi pantai syok

    ReplyDelete
  19. PB ni dekat aje dengan kampung Mrs. A. Wah seronoknya family day SSD ni banyak game semua pun sporting join

    ReplyDelete
  20. Kita sama lah kak, sayapun kalo ke pantai, tak tak teringin main air nya. Duduk kat tepi je. Soalnya tak suka kaki kena pasir 🤣🤣. Walaupun sesekali ada lah main tapi kalo ada wahana macam banana boat, flying fish yg macam tuh. Kalo sekedar main air, tak nak 😂.

    ReplyDelete
  21. Alahai.. Comel je Uyum marah sebab tak menang.. hehehe..
    Menarik juga chalet dia.. Kalau dapat belah bawah terus nampak laut.. Syok nie lepak..

    ReplyDelete
  22. Uyum terpaling seronok dapat mandi main pasir semua. Dah Uyum tak join banyak games, kuranglah hadiahnya. hehehe...

    Seronok buka pintu terus nampak laut. Saya pun kurang sikit mandi air laut, setakat suka tengok laut dan dok tepi lah mampu. Kalau chalet ni tak boleh nak harap bersih sangat. Jarang jumpa chalet bersih betul.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com