Negeri Sembilan Festival 2022 (NS Fest 2022) yang telah berlangsung dari 28 hingga 31 Julai lepas.
Ekceli tak tahu pun pasal NS Fest ni, kalau tak kerna MAMA kena bawa student dia dengar talk pasal usahawan ni, memang tak datang la sampai ke Nilai.
Ahad lepas adalah acara penutup atau kemuncak NS Fest 2022 ni.
Students MAMA kena dengar talk jam 2 petang.
Jadi jam 12 baru kami gerak dari rumah.
Jumpa anak-anak murid MAMA di dataran Nilai sebab diorang semua dari Seremban je pun.
Kami parking kat dalam AEON Nilai memandangkan dataran ni betul betul terletak bersebelahan je ngan AEON. Alhamdulilah nasib baik senang gak dapat parking walau masa nak masuk parking tu punya la banyak kereta.
Kebetulan masa kami sampai tu hujan baru start nak turun. Jenuh gak nak cari tempat berteduh sebab rata-rata semua pun dah dipenuhi. Nasib baik hujan tak lebat sekadar renyai-renyai aje.
Tak tahu nak beli apa untuk lunch, kami sekadar beli air dan kudapan saja macam kopok lekor dan apam balik. Jadi la untuk alas perut.
Paksa budak ni pose kejap di bawah bunga-bunga warna warni ni.
Dia pun dah malas nak layan Nina tapi nak amek hati kena la layan juga kan hahaha....! 😆Lebih kurang jam 2:30 bermula la talk seminar berkenaan usahawan daripada usahawan internet "Najib Asaddok". Sape yang tak kenal kan najib asaddok, founder "Momentum Internet Sdn Bhd".
Banyak billboard muka dia sepanjang highway ke utara.
Sampai uyum pun cakap, "eh abang ni bukan kita slalu nampak kat tepi highway tu ke?!" 😆
So ini lah tujuan MAMA bawa anak-anak murid dia dengar talk pasal usahawan ni.
Kita pun tumpang la sekaki hahah walau bisnes tu memang idok la ada kan. 😅
Selesai dengar talk, moh la kita masuk AEON isi perut dulu sebelum pulang ka rumah.
Alhamdulilah wiken kami penuh dengan ilmu, penuh dengan makanan.
Semoga segala ilmu itu bermanfaat di kemudian hari.
Nota Jemari: sape ada kat situ wiken aritu??
14 Comments
selalu gak dgr iklan dia di radio...oo..ada NS festival, baru tahu...
ReplyDeleteJauh betul Uyum bermain sampai ke Seremban. Best tak dgr talk Najib Asaddok tu?
ReplyDeleteYa turun lebuh raya nampak muka dia.
ReplyDeletePopular rupanya.
Menarik mendengar talk usahawan ni. Selalu dengar iklan radio takpun mukanya terpampang di highway je..
ReplyDeleteWalaupun SAINS join NS Fest ni tapi Mrs. A langsung tak pergi menjengah huhuhuu...
ReplyDeletefirst time syu dgr psl Najib Asaddok ni. haha
ReplyDeletecara Uyum pose nampak nau tak rela tapi tetap comel
ReplyDeleteWah, menarik weekend mu kak Ret! Hihi
ReplyDeleteBagus betul Uyum.. Alert ... Muka dia memang banyak kat highway. hehe..
ReplyDeleteAlergik betul aku dengan dia ni.. kalau Yana lagi laaa hahahahaha
ReplyDeleteIklan dia selalu dengar kat radio Sinar. Tak kaya takpe, janji hensem. Eh, tak hensem takpe, janji kaya. ^_^
ReplyDeleteBestnya
ReplyDeleteohh meriah jugak festival tu ekk
ReplyDeleteJauh Uyum berjalan ye.. Comel je gambar dia dekat kawasan bunga-bunga tu..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com