KOREA AUTUMN TRIP 2023 : CHANGDEOKGUNG PALACE - EHWA WOMAN UNIVERSITY - ITAEWON     KOREA AUTUMN TRIP 2023 : CHANGDEOKGUNG PALACE - EHWA WOMAN UNIVERSITY - ITAEWON

KOREA AUTUMN TRIP 2023 : CHANGDEOKGUNG PALACE - EHWA WOMAN UNIVERSITY - ITAEWON

Jom sambung lagi...


Morning!!! Selamat Pagi koreaaaaaa!!! Hari ke-2. Masih santai-santai lagi kami. Jam 7 pagi ni kat sana kira dah lewat juga ni coz Subuh kat sana jam 5 pagi, jam 6 dah cerah oiii!!

Hari ke-2 ni takde nak ke mana mana sangat. Cuma nak melawat Palace dan nak melepak mengopi je tapiii....... Ha moh la kita mulakan hari dengan bekfes cari kopi haha.

.:tren pertama tak ramai so bole la duduk lagi ye:.

Nak mengopi kat ONION Cafe yang terletak di area Anguk. So cara nak ke sana adalah menaiki subway dan berhenti di Station Anguk (Line 3, Exit 2/3). Memandangkan Myeongdong berada di Line 4, maka kena la bertukar subway line ye. Tak susah pun, sila ikut panduan yang tertera dalam apps subway korea ni. Sila install seperti dalam gambar bawah ni.




Dah tukar tren masa ni. So terpaksa la berdiri ye sebab ramai plak orang naik train yg ini.


Sampai je Anguk Station rasa nak pengsan kejap pagi-pagi tu sebab esklator dia tak berfungsi plak. Adoiyaiii terpaksa menapak guna tangga. Ya allah kuatkan la kaki hamba mu itu di pagi hari hahha...


Lepas satu tangga, eh ada lagi tangga!!! Omomomo.....


Hahahha macam nak putus nafas bila sampai kat atas. hahaha Ni kalau sis lin tengok, mau dengan dia dia pun pengsan sama 😆 Dah tua tua ni mula la kaki lutut cepat sangat kebas nya😅


Akhirnya sampai juga Cafe ONION ni.. Cafe yang berunsurkan senibina hanok. Dan kebetulan ianya terletak di kawasan berdekatan dengan Buchok Hanok Village. Cafe ni memang kena datang awal-awal pagi, lambat sket je memang kena beratur panjang. Nasib pagi tu kami sampai line beratur masih belum terlalu panjang sangat. Tapi nak dapat spot seat yang best memang susah la ye. Rata rata diorang yang sampai awal siap dah cop tempat. 


Spot favorite tapi susah nak dapat.


Maka nya kita duduk kat bahagian dalam je la ye. Ada juga seat yang duduk bawah guna kusyen tu tapi memandangkan kaki tak berapa nak kuatkan, hahha kita plih seat yang ada kerusi sudah!


Duduk duduk sambil tengok view daun kuning kat belakang tu. Kita ON la muzik latar autumn in my heart sambil fefeling eh oppa datang tanya kabar tapi nan hado hahaha😆


Eh sedap plak mengopi kat sini.. Layan muzik latar sambil membawang hahah memang sesuai dengan nama cafe nya kan. 


Dah nak balik sekali tengok line dah panjang sampai ke luar. 
Kali ni kami tak ke Buchok Hanok Village tu sebab dah beberapa kali pegi kan.
Nak bawa korang jenguk Eunpyeong Hanok Village masa plak tak mengizinkan haha padahal ekceli banyak je masa. 



Mula nya kami plan lepas mengopi nak ke Gyeongbokgung Palace tapi bila kluar dari cafe eh ternampak signboard ni. Tak pernah lagi jejak Changdeokgung Palace. Ha moh la kita jalan ke arah tu je. Tak jauh pun dari cafe tadi , lebih kurang dalam 10 minit berjalan.


Nice view sepanjang jalan. Daun daun menguning je.


Jalan punya jalan eh dah sampai. La tepi jalan je pun istana nya ni. Memang senang nak cari. 


Nak masuk kena beli tiket. Mak aii ramai nya orang tengah beratur. Harga tiket rujuk kat bawah ni. Dalam palace ni ada lagi palace dan secret garden. Nak masuk secret garden kena ada tour guide tapi sebab kami malas nak tunggu giliran guide yg berbahasa english maka nya kami tak decide nak masuk secret garden. Tapi kebanyakkan orang cakap, secret garden view dia lgi cantek. Takpe la takde rezeki kami. Kami hanya beli tiket untuk general admission je. 

Untuk korang yang nak masuk sampai ke dalam dalam istana ni, sila rancang plan korang,Tak silap ako boleh book slot online. 

Cara unutk ke Changdeokgung Palace ni , boleh naik subway ataupun bas.


Memandangkan kami hanya nak masuk kawasan general sahaja, maka nya bole la beli tiket kat kioks sahaja. Akan tetapi kioks ni guna bahasa korea sahaja dan ianya mmerlukan pembayaran guna kad kredit korea sahaja. Nasib kami baik, kami minta tolong orang belakang kmi untuk belikan tiket dan kami bayar cash je kat dia. Ha setel keje, tak perlu nak beratur panjang. Tapi untuk pembelian tiket menggunakan guide kena la beli kat kaunter ye.

 

Masuk masuk kawasan istana dan nampak daun merah. 



ok mood dayang istana tetiba ON hahaaha.... terpaksa la follow dari belakang je kan bila gundik gundik raja nak masuk menghadap 😆



Mungkin ini rumah rumah gundik gundik di raja 🙊 Kawasan istana ni besar nak mampus. Acane la dayang atau pengawal dulu dulu berlari lari bila kena panggil oleh raja atau orang-orang istana yang lain eh? Bahagian dapur dia pun jauh nak mampus, kena mendaki bagai hahaha.. 

Penat dah mendaki dah pusing kawasan istana sampai ako x snap banyak gambar pun dalam ni. Kaki dah start cramp tetiba hahha.. Maka nya moh la kita ke tempat lain plak.


Keluar dari istana kami ke Ehwa Woman University. 
How to Go to Ewha Womans University by Subway. Take the Seoul Subway Line 2 to Ewha Womans University Station. Then, head to either Exit 2 or Exit 3. From there, you'll see the Ewha shopping street just located in front of the exits.
Sepanjang jalan nak ke Ehwa University tu memang view pokok pokok menguning je. Redup je. Kawasan ni tak semeriah macam Hongik University tapi pintu besar Ehwa ni memang terbuka luas. Sesape pun boleh masuk. Kebanyakkan universiti di sana menggalakkan orang ramai masuk dan lihat uni diorang. 






Inilah spot yang orang selalu pose. Ahkak ko ni takde la turun sampai ke bawah nun. Hahaha cukup setakat bergambar kat atas ni je la. 

Kat sini pun kami tak lama. Lebih kepada lepak lepak mengopi kat street masa datang tadi.


Katanya trip chill chill je kan. Hahaha Memang banyak berehat je kami kali ni. Ada cafe je kami benti nmengopi. Tenang gila melepak kat sini. 


Dah puas berehat tu jom kita cari makan untuk lunch plak. Memang trip jalan jalan cari makan juga kali ni ye. Kali ni kami nak ke area Itaewon. Situ kan banyak kedai makan halal dan masjid terbesar di Korea. Untuk ke sana, Untuk ke sana kita naik subway dan berhenti di Station Itaewon (Line 6, Exit 3).


Just nak share, sekrang ni dah ada wireless charger kat kebanyakkan subway. Sangat mudah dan menyenangkan. Ye la kadang kadang bateri ni cepat betul habis nya bila bercuti. power bank pun kadang kadang tak cukup. Jadi bila diorang sediakan wireless charger macam ni kat subway, memang rasa lega.


Bila dah berada di Itaewon tak perlu risau nak cari tempat makan halal. Bersepah sepah , pilih je la yang mana berkenan. Masakan korea, malay, India, Pakistan, indonesia.. Kami masih terasa nak makan makanan korea. Hajj Restoran menjadi pilihan kami. Terletak betul betul kat bawah masjis Itaewon. Kedai nya pun kecil je takde la besar sangat. Rasa sekali masuk bole muat dalam 12 orang mcm tu la. 


Kedai ni memang takde pekerja lain. Sorang tu je la, dia yang amek order, dia la yang masak, dia la yang layan kami.. Jadi nak makan kat situ memang tahap kesabaran kena tinggi la ye. 


Dapur nya pun kecil je. 


Menu kami order pun simple je. Ada sotong sambal, Sup jigae dengan ikan goreng letak garam je wei hahahha.. Masin masin manis ikan.. Sedap!



Nak rasa street food halal, sini la kedai nya. Kami singgah kejap di Manis Kitchen. Betul betul terletak berhadapan pintu masuk masjid. 

Hari ke 2 ni kami tak banyak jalan-jalan sangat. Mostly banyak lepak lepak je satu satu tempat.


Boleh dikatakan hari ni kami banyak makan dan makan hahah..
Ini plak dinner kami. Dinner sebelah Restoran Kampungku. Sup tu sayur semata-mata. Dia macam sup jigae tapi main dish dalam tu taugeh dan sayur je. Pastu order nasi goreng dan cendawan shiitake macam pancake. 

Kami menghabiskan masa hari kedua soping di Myengdong Night Market. Sebab tu gambar tak banyak sangat di hari kedua ni sebab memasing dok asyik sangat menyoping😆

Stop dulu, nanti sambung di hari ketiga plak ye.

Nota Jemari: Makan soping makan soping..Nikmat hidup lari dari stress kerja 😍

Post a Comment

27 Comments

  1. Hahahaha fobia aku dengan tangga tu oii..
    Tapi sejak lately ni banyak hiking, so nampak tangga dah boleh tarik nafas lega gak hahahaha..
    Mesti kaki ko sakit kan huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lin..sakit sesangat.. dah tua sgt rsnya haha

      Delete
  2. Wah, ke Korea kita...
    Lawanya dedaun tu...ada merah, ada kuning lurv it 😍

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Kak Ret. Sorry, lama tak datang jengah Kak Ret. Wah, cuti-cuti Korealah. Bestnya!

    ReplyDelete
  4. Mmg azab naik tangga subway korea..wahh..best trip chill², JJCM..view autumn merah kuning..

    ReplyDelete
  5. Mesti turun sikit berat badan sbb asyik kena panjat tangga je kat sana! 😆 Dekat Itaewon tu pun berbukit jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakaka how i wish dpt turunkan berat tiap kali g korea haha

      Delete
  6. Assalamualaikum kak ret hai hai bestnya pergi bercuti sy bila lah nk amik cuti kerja ni hehe

    ReplyDelete
  7. Pantas yaaa orang Korea makannya banyak sangat kalo lihat dari YouTube atau drama, tapi badan ttp langsing. Mereka banyak jalan dan olahraga naik tangga tu saya rasa 🤣. Saya pun kalo dah liat tangganya Di sana, apalagi yg tinggi, OMG rasa nak nangis 😂😂.

    Itaewon saya suka, walopun jalanan di sana pun banyak menanjak. Tapi beberapa kali makan yg halal cuma chef nyabternyata bukan orang Korea, JD rasa makanan dia tak otentik.

    LBH suka cari yg halal tp chef nya ttp Korean. Kalo makanan Melayu atau Indonesia memang tak saya lirik saat di luar negara 🤣. Itu biarlah makan di negara sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan org korea kuat makan tp badan selim je hehe portion food kat sana pun besar n byk... diorg lg pelik tgk kita makan sorg satu2 dish tu hahaha

      Delete
  8. Cantiknya tengok pokok, daun merah.
    Banyaknya tangga. Bagus juga, boleh exercise. :D
    Simplenya kedai makan dia. Orang yang sama masak, ambil order, bagai.
    Suka saya tengok. Macam musim luruh ye. Daun-daun banyak kuning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la musim luruh mmg romantik gitu... suka view warna2 time ni. Cuaca pun x sejuk or panas sgt.. lite2 je jenjalan

      Delete
  9. onion cafe tu kakret... apa yg special menu kt situ?? org sampai beratur panjang nk bekfes kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Speciality dia ada satu croissant snow x silap nama nya tp kami x amek.. just makan brownies ngan croissant mushroom camtu la... k ret x tgk menu sbb ms tu kita tukang cop tmpt hahaha...so kita makan je apa yg member belikan

      Delete
    2. mcm tempat mkn lain ada je gambar mknnnya tp kat onion cafe yg glamer tu pulak xde... jd tertanya² pulak kite... hehehe

      Delete
  10. Hahaha tu laa lupa nak masukkan gmbr makanan haha

    ReplyDelete
  11. Banyak juga jalannya walaupun kata santai. Rasanya tidak dapat pusing semua tempat di sekitar istana itukan?

    ReplyDelete
  12. Akak, kita rasa kalau kita la kan. Setiap penjuru nak tangkap gambo. Agaknya sebab tu ler tak jejak kaki lagi ke sana haha. mau penat nak melayan.

    ReplyDelete
  13. Bestnya dapat macam tu ha..makan..soping..makan je pas tu soping..SA stress ni

    ReplyDelete
  14. Jauh nya dia pi mengopi sampai tukar2 train tapi result puas hati okla :D

    ReplyDelete
  15. Iteawon tmpt wajib pergi sebab senang nak cari kedai halal. Bagus suh org belikan tike then bayar cash.. sana mmg byk guna online dgn kad semata2..

    ReplyDelete
  16. bestnye jln kejap, pastu berhenti mkn. trip mkn2.

    ReplyDelete
  17. makan sopink makan sopink.. sapa yang tak suka hehe...
    kalau boleh taknak kerja tapi nak duit masuk tiap2 bulan... nikmat 😄

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com