Assalamualaikum, 

Permulaan update di bulan Jun. Harapnya dapat istiqomah la ye kerajinan nya ni haha. Sebagai menyambut bulan kegemaran ako ni, jom la ako mulai dengan cerita percutian yang dirancang 2 bulan lepas. Ye betul, ini kira macam last minit la juga sebab asalnya percutian ni untuk ako dan family haha tapi atas sebab tak dapat nak elak, maka nya terus ako wassap sislin kalau - kalau dia nak pegi trip Jakarta Bandung ni. Alang-alang dah lama kami tak de trip berdua kan. Nasib baik la sislin ok nak join trip kali ni. Alhamdulilah hepi kemain ako hahaha. Maka nya kita adjust la sket date percutian nya ni sebab ikutkan ako n family nak sambut aidiladha di Jakarta tapi macam yang ako mention awal tadi, atas sebab yang tak dapat nak elakkan. Bila sislin nak join trip yang satu ni, ako adjust la sket tarikh bertolak nya tu. Maka tarikh 29 Mei menjadi pilihan setelah mengambilkira tambang airlines, waktu berangkat dan pulang yang murah. 😁

Tapi kali ni kami tidak berdua. Sukacitanya kitorang ajak pula Carneyz untuk join trip ni. Maka jadi la "Girls Trip Geng Kamie" untuk tahun 2026. 

Girls trip 2025 baca sini --> [Hatyai Trip 2025]

Disclaimer: ya allah bila cari archive rupanya cerita hatyai tu tergantung di day 1 aja 😅🤣 punya la tahap malas nya tu kemain teruk hahaha... tapi bole je korang baca di blog carneyz or sis lin.🥰


Memandangkan cuti kali ni ako nak santai santai dan tak nak ada contact dari budak budak opis, maka nya kita apply cuti mandatory iaitu cuti wajib tanpa gangguan selama 5 hari bekerja. Alhamdulilah memang betul betul ako menikmati percutian dengan tenang dan aman. 🤩

Tarikh : 29 Mei 2026
Waktu : 8:35 malam
Airlines : Transnusa
Check-in bagasi : 20kg
Hand carry : 7kg

Tidak termasuk makan dan minum.

Ya pertama kali nak cuba Transnusa. Seriau sebenarnya sebab ada juga terbaca airlines ni banyak kali delay kalau flight malam. Tapi memang dipermudahkan perjalanan percutian kitorang kali ni. Semua nya lancar, takde yang delay. Konsep transnusa ni sebijik macam AirAsia. Ada jualan makanan di dalam cabin. Cuma menu nya tak berapa banyak pilihan sangat. Kalau pre-order, bole pilih makanan berat tapi kalau on da spot nak beli hanya ada snek sahaja. Paling paling pun ada popmie je macam megi kita tu.


Kami pilih untuk makan malam dulu di Food Court airport sebelum berlepas. Flight kami kan malam tapi sampai airport jam 4:30 petang. Tidak boleh web check-in (online), memang kena check-in di kaunter sahaja. Kaunter buka jam 5:35 petang, ngam ngam 3 jam sebelum berlepas. Jadinya kita melantak la dulu ye. 


Dah kenyang jom la solat asar. Setel urusan check-in kita pun sempat la maghrib dulu sebelum ke boarding area.


Check kaunter check-in dan no gate untuk pelepasan.


Naik aero train to boarding area.


Airbus A320 (mid-sized) , seat nya 3-3. Selesa tau. Lebih kurang la macam seat Airasia juga tapi ako rasa macam luas lagi legroom dia. Siap ada bantal lagi tau padahal flight hour lebih kurang 2 jam je pun😅. Ako book seat depan dengan tambahan harga rm20 je. 


Siap ada doa naik kenderaan tau. Untuk muslim, untuk non-muslim pun ado. So jangan plak korang tak baca before terbang tu 😜


Semua orang akan dapat air mineral dengan percuma. Yang teh botol tu ako beli ye 🤣

Ngam kami landed di Soekarno-Hatta Airport lebih kurang jam 9:50 malam (waktu tempatan). Imigresen pun lancar je, maybe sebab flight malam kot. Oh ye lupa nak inform, nak masuk indonesia, jangan lupa isi arrival card online je melalui website ALL INDONESIA

Bila percutian ke Jakarta, harus la kita contact dengan Fanny kan. Jadinya bila keluar je imigresen terus dijemput oleh Fanny dan Raka. Harap mereka tak tunggu lama sangat la ye.😅


Plan mula nya Fanny nak ajak kitorang dinner kat area Pluit tapi sebab dia tersalah tengok waktu arrival, dia ingat kita sampai jam 7:35 malam tapi sebenarnya itu baru waktu berlepas kita dari KLIA, terus plan bertukar. Terpaksa la dia cari tempat makan lain yang berdekatan dengan Hotel kitorang. Memandangkan waktu tu dah jam 10:30-11:00 malam, agak susah plak nak cari kedai makan yang masih buka. Pusing punya pusing akhirnya terjumpa kedai Bakmie yang buka 24 jam (eh btul tak eh dia buka 24jam? Haha)


Kami order Es Jeruk (favorite sislin sepanjang kat sana 😁) dan juga teh manis. Mula ingatkan teh o ais tapi rupanya teh botol tapi sedap la yang ni. Kalau kat msia teh botol ada rasa pahit pahit sikit kan tapi yang ini memang manis je rasanya haha. Teh ni memang favorite ako la kat sana.


Bakmie ayam. Nampak lebih kurang macam mi wantan je kalau kat Msia. Cuma dia takde sup tapi ada je sos cili. Wanton dia besar weii hahaha😂 memang puas makan. 


Sis lin order macam mi kari bakmie manakala carneyz order bakmie bebek? Haha pape pun tunggu derang cerita kat blog memasing eh sebab ako pun lupa menu derang tu apo 🤣🤣


Nama pun trip jalan-jalan cari makan so jangan terkejut la ye lepas makan kami akan makan dan makan lagi hahahaa... 🤣🤣

Masa ni jam dah nak dekat 12:00 tengah malam. Hotel tak check-in lagi. Harap booking bilik masih valid untuk check-in 30hb .. berdebo rasanya haha.



Inilah penginapan kami sepanjang di Jakarta. Ako book Hotel Gren Alia Cikini. Hotel Alia ni ada banyak cabang. Yang kami duduk ni besar dan more to family hotel. Sebab nya cabang cikini je yang ada mini waterpark. Memang sesuai untuk bawa family stay kat situ. Alhamdulilah proses check-in pun smooth je. Ada deposit ye 100,000 IDR.


Ako booking family room dengan 2 katil double. Honestly cakap memang susah nak cari bilik untuk 3 atau 4 orang di sana. Rata rata hotel kebanyakkan hanya ada bilik untuk 2 orang. Even ako mesej untuk add-on katil pun macam tak banyak hotel yang ada. Ako tak pasti sangat memang susah nak cari bilik 3 or 4 orang especially area thamrin. 

Mula nya memang plan nak stay area thamrin tapi tu la tak jumpa plak bilik untuk 3 orang. Pastu ako jumpa 1 hotel area blok M. Tapi memandangkan kami akan bertolak ke bandung subuh jadi ako tukar plak cari area cikini yang tak jauh dari stasiun gambir. So takde la rushing sangat dari hotel ke gambir.


Bilik ni lengkap dengan pilihan kopi dan air mineral percuma.


Meja solek lengkap dengan al-quran dan sejadah di dalam laci tu.


Toilet pun luas. Towel pun disediakan so tak perlu nak hangkut dari Malays


Ada toiletteries seperti berus dan ubat gigi, shampoo, sabun mandi, shower cap etc.


Yang best ada bidet. Shower dan jamban berasingan. Air shower sangat laju dan besar. Memang puas mandi hahaha.


Sliper bilik pun ada, hanger juga. Cuma yang takde iron dan ironboard. Yang ini korang kena minta dari housekeeping. Tapi masa check-in awal awal kitorang dah request. Tak sampai 10 minit masuk bilik, terus dapat iron. Wow impresif service nya. 

So ok la kita stop dulu kat sini. Mata pun dah mengantuk. Tunggu episod seterusnya k.
Harap mereka yang bertiga tu dah start mengarang la ye 😜Bukan apa, takut mood menghapdet ako tetiba tergendala je ni. Harap mood ni dapat maintain la sampai akhir.

Nota Jemari: When the Girls trip begin... let's enjoy!!😆