Jumaat, 19 Jun kami ke Johor Bahru. On da way tu kami sempat la singgah ke Melaka kejap. Memang plan nak menyinggah 'kejap' je tau sebab plan just nak hantar barang je tapi sampai sampai kami dah stuck. Haha rupanya dah terhidang makanan di atas meja. Terpaksa la kami menyinggah lebih lama.


Tengkiu aunty Ida dan Pakcik Isa. Mereka ni kenalan arwah abah. Pakcik ni pengumpul duit lama dan duit peringatan. Pelbagai koleksi duit dia dah kumpul sejak dia muda. So tujuan ke sana sebab nak hantarkan pesanan duit yang dia tempah dari ako setiap kali duit peringatan baru keluar. Alhamdulilah selamat dah kami hantarkan duit duit tersebut. 

Kami teruskan perjalanan ke johor bahru. Hujan lebat menyambut kedatangan kami. Bermesej mesej kami sepanjang jalan dengan sislin. Ako sebenarnya risau sislin tunggu kami lama. Asalnya patut sampai JB jam 12 tengahari tapi kami tak sampai-sampai lagi. Masa tu dalam kepala rasa nak pecut n nak cepat sampai.

Jam 2:30 petang camtu la baru kami selamat sampai depan rumah dia. Memasing keluar je kereta dah macam shumacher berlumba lumba nak sampai depan pintu. Si carney kemain cakap nak shi shi, si fanny pun ikut kan juga. Dah dengan dengan ako berlari lari juga. Dalam hati masa tu memang tak pikir pape dah😅😅


Rupa-rupanya derang plan nak buat surprise untuk bday gal! Cheh kemain memasing nak kencing la konon nya ye .. ya allah masuk pintu, sislin dah nyorok tepi tu dengan kek😅🤩🤩

Tanjat bday gal tau! haha nasib tak tercampak sume barang 🤣

Thank you awak!! Dah lama x celebrate besday sesama kan.. memang nak nangis juga ekceli tapi dia macam nak kluar ke tak kluar air mata tu 😅😅



Happy birthday to me, again!! Dah tua tua ni kemain dasat eh celebration nya 😜🤣🤣


Kek dari SDS.. memang sedap sangat!! 


Yang sebenarnya memasing dah kelaparan dan tak sabar nak makan laksa johor homemade by sislin.  Terima kasih kakak, sebab sudi merialisasikan selera dan tekak adik adik ni ye 😝😝


Gitu la kisahnya surprise besday untuk seorang blogger yang bernama 'anakomak'. 

Terima kasih sislin, carneyz dan juga fanny. Tahun ni memang meriah ye sambutan besday kita 🥰🥰🥰

Doa ako juga buat korang, semoga kita sentiasa dikurniakan rezeki yang halal melimpah ruah. Diberi kesihatan yang baik baik juga. Sentiasa happy sokmo ye.

P/s: ok tahun depan kita bole buat "Gemini's Party" eh 🤣🤣

Nota Jemari: huhu....sadis plak ghasenya 😂😭