JJCM : TUMEZ @ CYBERJAYA     JJCM : TUMEZ @ CYBERJAYA

JJCM : TUMEZ @ CYBERJAYA


Pagi tadi lepas hantar MAMA uyum gi dialisis jam 10:30 pagi, uyum plak gi rumah kawan dia kat Selayang, abang Aqeem gi tuisyen, ermm ako dah mati kutu plak tiba². Haha tak tau nak buat hape. Terus wassap member sorang ni tanya dia tengah free ke tak?. Kebetulan dia baru je selesai urusan coway katanya, so terus ako ajak bekfes. Tapi knowing dah nak pukul 11 pagi kan, jom la kita brunch terus.

Sepatutnya esok geng² sekolah nak gather kat cyber. Nak jenguk member yang sakit kena kanser tapi ako macam tak dapt nak join. Jadinya dah alang alang hari ni ako nak brunch dengan salah sorang ahli jemaah sekolah tu, terus la ako mesej si pesakit. Kalau kalau dia pun tengah free kan. 

Alhamdulilah rezeki dapat jumpa dia hari ni. Memang kebetulan dia pun tengah free. Maka berjumpa la kami bertiga. 

Pickup si pesakit di Kenwingston Square. Terus shoot ke Tumez. Member dah beberapa hari takde selera nak makan. Jadi kita soh pesakit pilih tempat. Tumez menjadi idaman. Ha moh la kita bawa orang sakit makan. Moga mana tau ada selera terbuka ke kan.


Pertama kali jejak sini kan. Terletak di Rekascape, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor. Nampak macam tak ramai ye tapi bila ko duduk je, eh tiber berduyun orang beratur😅😅 nasib baik tempat luas, kerusi meja pun banyak. 


Konsep outdoor tapi jangan risau, kipas sedia ada memang cukup kuat untuk menyejukkan diri dalam cuaca panas terik tadi.

Belek menu dulu, then dah decide nak makan apa, baru gi order dan bayar terus di kaunter.


Menu yang dipilih set untuk 2 orang makan. Memandangkan si pesakit dalam percubaan nak makan nasi, jadi cukup la kita order set 2 orang ni dulu kan. If tiba² selera si pesakit meningkat, boleh je kita tambah lauk lain lagi.


Lauk dia not bad tapi untuk peminat pedas kan, apa ako boleh katakan, lauk-lauk atas ni tak pedas langsung 😅😅. Sedap tu memang sedap, berasa santan, tumisan cuma ianya kurang pedas je. Untuk korang yang memang tak kuat pedas tapi teringin nak makan lemak cili api, boleh la cuba ke Tumez Cyberjaya ni.


Air sirap lemon sedap! Kami add on air kelapa untuk selera si pesakit. 

.: Along (baju pink/maroon), semoga masih kuat melalui proses kimoterapi. Cepat sembuh coz banyak lagi tempat tempat makan kita nak terokai ni:.

Alhamdulilah berselera tengok si pesakit makan tadi. Rasa hepi sangat sebab akhirnya dia boleh menghabiskan nasi dan lauk pauk bersama-sama. Memang sebelum ni dia hanya mampu melihat je tanpa ada selera. 

Along @ Azita Binti Zainal Abidin, semoga Allah memberi kesembuhan buat kamu. Ako tau ko seorang pesakit yang kuat & tak mudah putus asa. Doa ako lagi semoga ko sentiasa hepi walau apa jua dugaan dan cabaran ko kena hadap lepas ni. 

Nota Jemari: cerita semalam MAMA uyum, doktor ada ambil sampel tisu luka, tulang untuk check kebarangkalian kanser dan alhamdulilah takde tanda² ke arah itu. Amin, doa yang baik baik untuk MAMA uyum di masa hadapan.

Post a Comment

21 Comments

  1. Cantik dan nmpk bestt tmpt ni ako
    Semoga kwn kuat menerima ketentuanNya
    Dpt melalui dgn sabar Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.....insyallah member mmg seorang yg kuat, tenang dan penyabar..

      Delete
  2. Semoga kawan Kak Ret tu diberikan kesembuhan dan nikmat kesihatan yang baik selepas menjalani rawatan kanser. Memang bila kena lalui kimo dan radioterapi, hilang selera makan. Mak saya dulu camtu la. Sampai skrg dia nak makan kena pelan2 habiskan walaupun dah bebas dari kanser. Efek dari treatment cancer tu la huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn... tu la kesan dr kimo agaknya kan... tambah byk sgt steroid dh msuk lam badan... badan je nmpk di pam² tp hakikatnya selera makin kurang..

      Delete
  3. Eh, tempat ni cantik. Tak tahu pula kewujudannya. Nanti boleh pergi kalau ke Cyber ke Putrajaya Bangi ke kajang ke kan. dekat-dekat dah tu. Konsep outdoor ada kipas takpe lagi, boleh bawa bincang dengan panas. Kita pulak yang macam selera nak makan lauk pauk sedap macam ni. tapi kenapa tak pedas..huhu...
    Alhamdulillah kawan KakRet berselera makan. Yelah, dengan kawan-kawan selera dia lain kan. Semoga terus kuat dan Allah berikan kesembuhan. Aamiin...
    Syukur juga mama Uyum baik-baik saja.

    ReplyDelete
  4. Semoga yang baik² saja untuk kawan kak Ret dan mama Uyum..aamin

    ReplyDelete
  5. terliur pulak sy tgk masak lemak tu... rs lapar wpn baru je mkn hehehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Along boleh makan dengan baik mungkin sebab tidak pedas kut.
    Semoga diberi kesembuhan. Amin.

    ReplyDelete
  7. Aamin, semoga mama uyum & along diberi syifaa 🤲🏻
    Macam best tempat ni ... Nampak selesa dan makanan pun meriah

    ReplyDelete
  8. Juga Sgt ke Cyberjaya.. Jauhhh.. Dlu adik dok sana ada la pegi tp dia dh pindah... Menarik gk menu tu.. Smoga kwn Retna dipermudahkan urusan rawatan kemoterapinya

    ReplyDelete
  9. Bagi kita yg suka pedas, nampak ya bawa sambal sendiri lah kak 😄.

    Tp memang nampak menggugah selera masakannya 😍😍.

    Untuk teman kakak yg sakit, semoga diberi kekuatan dan kesembuhan, semoga sakit beliau bisa menjadi penggugur dosa.

    Untuk mama uyum, Alhamdulillah jika tak ditemukan bibit kanser . Sehat2 untuk mama uyum 🤗

    ReplyDelete
  10. Semoga kawan dipermudahkan segala urusan rawatan dan diringankan kesakitan. Mungkin makan dengan kawan terus selera datang.

    ReplyDelete
  11. semuga kita semua sihat sihat selalu... jaga makan gak kak ret..

    ReplyDelete
  12. Bab tak pedas tu, memang aku pun tak suka laa hahaha.. makan mesti nak pedas sekarang, tak tau kenapa, patut makin tua, tak makan pedas kann..
    Moga terus sihat kawan ko tu Ret.. aamiinnn

    ReplyDelete
  13. Semoga mereka yang diuji dengan kesakitan sabar & tabah mengharunginya. Bahagian masing - masing berbeza - beza.

    ReplyDelete
  14. shafahallah utk ur fren. food nampak sedap dan lawa la presentationnya

    ReplyDelete
  15. Semoga kawan Ako diberi kekuatan untuk melalui rawatan, juga mama Uyum semakin sihat. Ako jaga diri, ya.

    ReplyDelete
  16. Ohh tak pedas ya, boleh try ni.
    Moga tabah dan dipermudah kan semua urusan buat kedua2 nya

    ReplyDelete
  17. Cantik jugak port Tumez kat Rekascape Cyberjaya ni! Nampak redup & selesa walaupun outdoor. Bab tak pedas tu memang sesuai sangat untuk Along yang tengah treatment kan, sekurang-kurangnya perut tak meragam. Janji Along berselera dan licin makan nasi pun dah cukup membahagiakan. Semoga Along cepat sembuh dan Ret dan mama Uyum sekeluarga terus sihat-sihat senantiasa

    ReplyDelete
  18. Tak pedas boleh rekues sambal belacan😅

    ReplyDelete
  19. Semiga Allah kurniakan kesembuhan kepada kawannya. Menarik juga makanan di Tumez yang baru first time KSarie tau kewujudannya

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com