Lately ni ako asyik cerita pasal teater je kan. Haha biasa la sebagai 'anak seni' (chewah) perasaan excited tu memang terlebih² la ye 🤣🤣
Yup dari zaman sekolah lagi ako memang suka join kelab teater. Walau zaman sekolah ako tak berpeluang untuk ikit serta dalam apa jua persembahan tapi sebagai ahli kelab, sudah tentu la ako tetap berbangga menjadi sebahagian dari group tersebut.
Pastu masuk IPM, yup salah satu projek untuk markah kursus adalah persembahan teater. Haha yang ini memang semua WAJIB terlibat. Teruja yang amat!!
Tak kisah la watak sampingan ke, watak jadi pokok ke harus la semua watak pun sangat penting kan dalam satu² persembahan.
![]() |
| .:gambar blur plak tapi ok la kan still bole nampak scene memb*n*h nya tu 😆😆:. |
Pastu masuk keje, kita adalah introvert. Haha sejenis penyegan gitu tapi ntah mana datang keberanian untuk cuba audition teater muzikal 50 tahun BNM.
Teater muzikal ni arahan guru dari ASWARA. Ako lupa nama cikgu tu hahaa tapi semua tenaga pengajar memang didatangkan dari ASWARA. Guru tari, guru lakonan, guru vokal, semua pun tenaga pengajar dari sana.
Berlakon teater sempena 50 Tahun BNM. Tapi sayang tak jumpa plak video penuh lakonan kitorang tu.
![]() |
| .:bergambar kenangan dengan semua pelakon:. |
Pastu tahun 2010, ako join lagi sekali untuk persembahan dinner tapi kali ni bukan teater tapi kena menari. Hahahaa part menari memang kaku sket 🤣🤣 ntah datang dari mana keberanian nak menari nya tu pun , ako tak pasti. Alhamdulilah dalam kaku kaku tu pun berjaya juga la kita sempurnakan tarian buluh dari negeri Sabah.
Untuk full video boleh tengok kat sini👇
Menari tarian buluh di pembukaan Makan Malam 2010.
Alhamdulilah, semua kenangan manis jadi 'anak seni' akan sentiasa tersemat di dada 🤣🤣🤣
Mana datang nya darah seni dalam jiwa ni eh? 😜😜
Nota Jemari: antara cita² nak jadi pelakon kah? 🤣🤣 berlakon belakang tabir je la haha



4 Comments
Wah tidak sangka Ako suka berlakon! Patutnya masa pakaian beragam itu Ako boleh buat karaktor pelakon.
ReplyDeleteHahhaha susah plak nak tunjuk perbezaan karaktor pelakon tu 😅😅
DeleteWahh berdarah seni rupanya KakRet. Tak sangka kita ada geng blogger pelakon rupanya. Patutlah pun. Peminat teater rupanya. Ni pelakon yang menyamar ni. hihihi...Hebatlah KakRet!
ReplyDeleteWakakakaka belakang tabir bole la kitaaa ni... jadi tiang lampu 🤣🤣
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com