BILA KO PERNAH JADI "ANAK SENI"     BILA KO PERNAH JADI "ANAK SENI"

BILA KO PERNAH JADI "ANAK SENI"

Lately ni ako asyik cerita pasal teater je kan. Haha biasa la sebagai 'anak seni' (chewah) perasaan excited tu memang terlebih² la ye 🤣🤣

Yup dari zaman sekolah lagi ako memang suka join kelab teater. Walau zaman sekolah ako tak berpeluang untuk ikit serta dalam apa jua persembahan tapi sebagai ahli kelab, sudah tentu la ako tetap berbangga menjadi sebahagian dari group tersebut.

Pastu masuk IPM, yup salah satu projek untuk markah kursus adalah persembahan teater. Haha yang ini memang semua WAJIB terlibat. Teruja yang amat!!

Tak kisah la watak sampingan ke, watak jadi pokok ke harus la semua watak pun sangat penting kan dalam satu² persembahan.

.:gambar blur plak tapi ok la kan still bole nampak scene memb*n*h nya tu 😆😆:.

Pastu masuk keje, kita adalah introvert. Haha sejenis penyegan gitu tapi ntah mana datang keberanian untuk cuba audition teater muzikal 50 tahun BNM. 

Teater muzikal ni arahan guru dari ASWARA. Ako lupa nama cikgu tu hahaa tapi semua tenaga pengajar memang didatangkan dari ASWARA. Guru tari, guru lakonan, guru vokal, semua pun tenaga pengajar dari sana.

Berlakon teater sempena 50 Tahun BNM. Tapi sayang tak jumpa plak video penuh lakonan kitorang tu.

.:bergambar kenangan dengan semua pelakon:.

Pastu tahun 2010, ako join lagi sekali untuk persembahan dinner tapi kali ni bukan teater tapi kena menari. Hahahaa part menari memang kaku sket 🤣🤣 ntah datang dari mana keberanian nak menari nya tu pun , ako tak pasti. Alhamdulilah dalam kaku kaku tu pun berjaya juga la kita sempurnakan tarian buluh dari negeri Sabah.

Untuk full video boleh tengok kat sini👇

Menari tarian buluh di pembukaan Makan Malam 2010.

Alhamdulilah, semua kenangan manis jadi 'anak seni' akan sentiasa tersemat di dada 🤣🤣🤣

Mana datang nya darah seni dalam jiwa ni eh? 😜😜

Nota Jemari: antara cita² nak jadi pelakon kah? 🤣🤣 berlakon belakang tabir je la haha

Post a Comment

29 Comments

  1. Wah tidak sangka Ako suka berlakon! Patutnya masa pakaian beragam itu Ako boleh buat karaktor pelakon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha susah plak nak tunjuk perbezaan karaktor pelakon tu 😅😅

      Delete
  2. Wahh berdarah seni rupanya KakRet. Tak sangka kita ada geng blogger pelakon rupanya. Patutlah pun. Peminat teater rupanya. Ni pelakon yang menyamar ni. hihihi...Hebatlah KakRet!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakakaka belakang tabir bole la kitaaa ni... jadi tiang lampu 🤣🤣

      Delete
  3. jap kak, kita nak gelak jap. rasa tak percaya betul.
    biar terpendam jangan terus terpadam kak, at least jika betul2 minat boleh je belajar sungguh2 kan?

    ReplyDelete
  4. Wah tak sangka kawan kita ni boleh berlakon & menari 👍🏻
    Bagus Ako berani tonjolkan bakat.
    PH bab seni muzik/persembahan mmg ke laut dalam la...

    ReplyDelete
  5. Mbak Retna, tolong tularkan ilmu-ilmumu pada Putriii.
    Anakku pun, nampak ada ni bakat-bakatnya jadi anak teater. Sebab kalau nonton drama muzikal macam disney on ice, semangatnya membara betuuul. Pura-pura lah dia jadi orang yang ada di video tu.
    Wah, nampaknya bisa ni berguru banyak sama mbak retna, hihihihi

    ReplyDelete
  6. Berbakat rupanya Ako
    Bukan senang ni kalu jenis penyegan memang tak menjadi tau
    Terbaikk lahh he hee tak kusangka

    Tp kan dulu zamqn sek ciknur pun minat jd pelakun ha haa

    ReplyDelete
  7. Wahhhh power ni jadi anak seni walaupun introvert. Paduuuu.

    ReplyDelete
  8. Walau rasa kaku, tetap brave perform kan. Nostalgia dinner event macam ni memang paling precious.

    ReplyDelete
  9. Boleh la apply jadi pelakon tambahan macam ni Kak Ret. Eh, macam pernah terbaca ada sorang Pengarah kat BNM yg jadi pelakon jugak kan? Redza Minhat ke nama dia.

    ReplyDelete
  10. Berjiwa seni rupanya Ret ni 😃

    Saya pernah join masa sekolah sebab terpaksa, memang kaku lah kita takde bakat seni 😄

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah pernah juga jadi 'Anak Seni'

    ReplyDelete
  12. Persembahan bulu tu ko pernah laa tunjuk video kat kitaorang Msjbox hahahaha.. seingat aku laaaa

    ReplyDelete
  13. Saya baru tahu kak ret backgroundnya anak seni. 😄👍. Pantas kah suka teater dan hal2 berbau kesenian yaaa.

    Saya suka menikmati saja, tp kalau disuruh tampil, memang tak lah 😂😂. Dulu zaman sekolah ada juga pelajaran seni teater . Tentunya saya paling tak ingin terpilih untuk tampil hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kebetulan aja tu fanny. Kalau tak dipaksa mmg tak tau yg kita ada bakat seni nya tu.

      Delete
  14. wahhh retna ada bakat terpendam rupanya. berjiwa seni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jiwa je la kak... x tau la mana datang nya bakat tu 🤣🤣

      Delete
  15. Saya tengok video Ako menari di entri tahun 2021 tu. Hebatnya! 👏👏 Berbakat rupanya Ako.

    ReplyDelete
  16. Saya mmg tak boleh.. mmg gugup la kat atas pentas walau nak berlakon sebagai watak tambahan tak bercakap pun hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha btul mmg mula² perasaan gugup takut gabra semua ada haha tp bila dah start lakonan nya tu, konpom hilang semua perasaan gugup sikit demi sikit 😜

      Delete
  17. uiiiihhhh dasatlah "anak seni" ni. Ammi pernah berlakun gaklah jadi "mirror" utnuk final paper intensive english course. Jadi mirror pun menggigil je suara, kalau jadi pwincess ntah apa lah jadi agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ammi..kadang kan sesuatu perkara yg kita x yakin boleh buat , kalau kita cuba pasti hasilnya mantap tau 🤪🤣

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com