ROAD TO PENGAKAP DIRAJA     ROAD TO PENGAKAP DIRAJA

ROAD TO PENGAKAP DIRAJA


Masa sekolah dulu ako join badan beruniform Pandu Puteri. Itu pun dari form 1 sampai form 3 je. Sepatutnya masuk je form 4 auto kita akan join Renjer Puteri. Itu zaman ako la. Zaman sekarang rasa nya dah takde renjer puteri tu. Tak sure sekarang ganti dengan apa eh?

Ahkak ko ni sejenis yang malas nak datang sekolah hari sabtu.🤪 Dats y ako malas nak continue renjer puteri masa form 4. Haha dulu² kan aktiviti koko ni semua nya hari sabtu je. Sekarang je koko hari rabu kan. 

Ok back to anak buah sorang ni, setia betul dia ngan Pengakap. Masa awal awal dulu memang dia pun sejenis yang malas nak aktif badan beruniform ni tapi sejak akhir akhir ni, kemain rajin nak mengumpul lencana katanya. 

Nak kumpul point dalam sukan , sudah tentu la tak layak hehe... Nak aktif dalam tari menari, cikgu plak nak yang comel dan hensom je. Maka nya, ini je la satu satu nya aktiviti yang boleh di kumpul mata untuk PJASK.


Sebelum sebelum ni dia dah berjaya dapatkan lencana Keris Gangsa & Perak. So hari ni dah excited sangat sebab bakal menyusul lencana Keris Emas. 

Apa itu Lencana Keris Emas?

Lencana Keris Emas ialah lencana kemajuan tertinggi bagi Pengakap Kanak-kanak di Malaysia (biasanya Tahun 6). 

Untuk layak, ahli perlu lulus lencana keahlian, Keris Gangsa, Keris Perak, beberapa lencana kepandaian, serta ujian kesetiaan, kesihatan, kecekapan, penyertaan, dan perkhidmatan.

Alhamdulilah, Uyum dah semakin hampir ke garisan penamat. 



Keris Gangsa ✅️
Keris Perak ✅️
Keris Emas coming soon


Hari ini hari penentuan untuk Lencana Keris Emas. Untuk dapatkan lencana tersebut, peserta akan menyertai semua aktiviti yang dah pun bermula sebenarnya sejak 1 Ogos dan akan berakhir pada 10 Ogos nanti. 

Hari Sabtu, 8 Ogos adalah aktiviti bersemuka untuk semua sekolah yang terlibat. 

Antata aktiviti pagi tadi adalah menyediakan sarapan iaitu sandwich telur. Haha simple tapi kita tengok la hasilnya kan.

Banyak lagi aktiviti yang lain. Semoga aktiviti hari ni berjalan lancar. Semoga mereka enjoy dan berhasil mendapatkan lencana yang diidamkan. All the best, Uyum!! 

Nota Jemari: adakah impian untuk mendapatkan gelaran Pengakap Diraja bakal tercapai?



Post a Comment

3 Comments

  1. Dulu tak suka betul badan beuniform ni kan. Saya geng Uyum, geng pengakap. Lencana apa yang ada pun tak ingat dah. Lain dah warna uniform pengakap. Bagus Uyum semangat dan aktif. Uyum pasti boleh dapat lencana keris emas tu. Semoga tercapai juga dapat gelaran pengakap di raja. InsyaAllah..Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama la kan... kita pun bkn minat sgt nak msk badan beruniform ni..

      Alhamdulilah semoga tercapai la impian dia ye nak dpt gelaran diraja tu haha

      Delete
  2. All the best Uyum.
    Semoga sampai ke peringkat tertinggi

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com