Masa sekolah dulu ako join badan beruniform Pandu Puteri. Itu pun dari form 1 sampai form 3 je. Sepatutnya masuk je form 4 auto kita akan join Renjer Puteri. Itu zaman ako la. Zaman sekarang rasa nya dah takde renjer puteri tu. Tak sure sekarang ganti dengan apa eh?
Ahkak ko ni sejenis yang malas nak datang sekolah hari sabtu.🤪 Dats y ako malas nak continue renjer puteri masa form 4. Haha dulu² kan aktiviti koko ni semua nya hari sabtu je. Sekarang je koko hari rabu kan.
Nak kumpul point dalam sukan , sudah tentu la tak layak hehe... Nak aktif dalam tari menari, cikgu plak nak yang comel dan hensom je. Maka nya, ini je la satu satu nya aktiviti yang boleh di kumpul mata untuk PJASK.
Sebelum sebelum ni dia dah berjaya dapatkan lencana Keris Gangsa & Perak. So hari ni dah excited sangat sebab bakal menyusul lencana Keris Emas.
Apa itu Lencana Keris Emas?
Lencana Keris Emas ialah lencana kemajuan tertinggi bagi Pengakap Kanak-kanak di Malaysia (biasanya Tahun 6).
Untuk layak, ahli perlu lulus lencana keahlian, Keris Gangsa, Keris Perak, beberapa lencana kepandaian, serta ujian kesetiaan, kesihatan, kecekapan, penyertaan, dan perkhidmatan.
Alhamdulilah, Uyum dah semakin hampir ke garisan penamat.
Keris Gangsa ✅️
Keris Perak ✅️
Keris Emas coming soon
Hari ini hari penentuan untuk Lencana Keris Emas. Untuk dapatkan lencana tersebut, peserta akan menyertai semua aktiviti yang dah pun bermula sebenarnya sejak 1 Ogos dan akan berakhir pada 10 Ogos nanti.
Hari Sabtu, 8 Ogos adalah aktiviti bersemuka untuk semua sekolah yang terlibat.
Antata aktiviti pagi tadi adalah menyediakan sarapan iaitu sandwich telur. Haha simple tapi kita tengok la hasilnya kan.
Banyak lagi aktiviti yang lain. Semoga aktiviti hari ni berjalan lancar. Semoga mereka enjoy dan berhasil mendapatkan lencana yang diidamkan. All the best, Uyum!!
Nota Jemari: adakah impian untuk mendapatkan gelaran Pengakap Diraja bakal tercapai?







12 Comments
Dulu tak suka betul badan beuniform ni kan. Saya geng Uyum, geng pengakap. Lencana apa yang ada pun tak ingat dah. Lain dah warna uniform pengakap. Bagus Uyum semangat dan aktif. Uyum pasti boleh dapat lencana keris emas tu. Semoga tercapai juga dapat gelaran pengakap di raja. InsyaAllah..Aamiin...
ReplyDeleteHahaha sama la kan... kita pun bkn minat sgt nak msk badan beruniform ni..
DeleteAlhamdulilah semoga tercapai la impian dia ye nak dpt gelaran diraja tu haha
All the best Uyum.
ReplyDeleteSemoga sampai ke peringkat tertinggi
Gapai selagi termampu Uyum
ReplyDeleteSamaaaa kak. Saya dari zaman sekolah sampai zaman kuliah di Penang, tak nak join dengan Macam2 aktifitas 🤣. Sebenarnya tak bagus kaan, Krn jadi kurang belajar ttg sosialisasi, interaksi dan semacamnya. Tp memang saya terlalu fokus belajaaar saja. Yg extra kurikuler memang tak tertarik.
ReplyDeleteSempat ikut Pramuka (scout), hanya karena teman lelaki yg saya suka ikut itu 😂😂😂😂. Bukan Krn saya nak hahaha .
Congrats uyuuuum. Ih aunty ikut bangga bacanya 🤗🤗. Pasti bisa Uyum dapat keris emas yaaa 🎉🎉
Tahniah Uyum! Bangga tengok semangat kumpul Lencana Keris Emas Pengakap Kanak-Kanak untuk markah PAJSK Sekolah. Bestnya!
ReplyDeleteTahniah. & Good luck utk dptkan keris emas plk. =D
ReplyDeleteBaju Pengakap pun dah bertukar sekarang.
ReplyDeleteSaya dulu join kadet bomba tapi teringin masuk pandu puteri atau pengakap sebab nampak cool & skillful
ReplyDeleteAlip pun pengakap juga tapi macam satu badge pun tak pernah dapat. Asik taknak je join xtvt pengakap. Eh ngadalah budak sekarang ni. Ammi dulu kalau ada xtvt luar sekolah seboleh2 nak pergi.
ReplyDeleteAunty Lin dulu Kadet Remaja hahahaha tu jer nak bagitau :p
ReplyDeletebagus ni join pengakap! zmn sek rendah lah MZ join pengakap..tu pun tak delah beria mana hahahah rasa2nya uniform pun tak sempat beli
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com