, , ,

BusanSeoul Musim Sejuk 2017 - Day 1 (30 Nov)

Salam semua,
Hahaha macam tak abis-abis lagi citer pasal Korea trip ni kan. Walhal rasa nya baru je korang baca kisah trip korea awal tahun aritu kan 😆. Kisah nya memula ako punya winter trip adalah hujung tahun 2017, kemudian ako plan lagi ngan geng lain untuk merasai winter juga pada awal tahun 2018. Dan lepas aku balik dari merasa musim sejuk kat Korea, gatal tangan lagi dok beli tiket untuk misi mencari cherry/sakura pada bulan April 2018. Maka terjadi la trip back to back ke Korea cerita nya. Tapi setiap kali trip aku, ada beberapa tempat baru yang aku terokai. Walau pun Nami adalah tempat WAJIB jejak, tapi aku cuba juga cari tempat baru atau buat aktiviti yang belum aku cuba.
Trip hujung tahun 2017 yang lepas adalah trip bersama dua beranak ni iaitu Kak een & anak dara nya si Miesya. Super excited memasing, al maklum first time nak jejak bumi Korea. Percutian kami kali ni agak lama juga la dari 30 November - 9 Disember 2017. Lebih kurang soploh hari, perghh!! Flight kitorang 30 November tu awal pagi, so sampai kat Seoul lebih kurang 3:20 petang (waktu korea).

Lepas settle urusan kastam dan luggage, terus kitorang beli tiket bas menuju ke Dongdaemun. Naik airport bas no 6002, harga dalam KRW10,000 won seorang. Kenapa benti kat Dongdaemun bukan Myeongdong eh?? Sebelum-sebelum ni ako ada mention, ako prefer stay area Myeongdong kan tapi sebab kan decision nak stay semalam kat Seoul ni last minit decide, pulak tu hotel area Myeongdong dah penuh, kebetulan ako pernah try stay kat hotel dongdaemun ni, maka sebulat suara, kita pilih untuk bermalam kat Global Inn Dongdaemun City Days.  


How to go to Global Inn kalau naik airport bas :-

[Incehon Airport ↔ Hotel City days inn]

Take off at Dongdaemun bus stop → walk opposite direction for 150m, then enter the alley where ATM machine stands.


Lepas dah bersihkan diri, masa untuk jalan-jalan di waktu malam. Kami ke Myeongdong night market. Kita kasi isi perut dulu, al-maklum seharian tak melantak dari dalam flight. Macam biasa tempat yang dituju adalah ke Busan Jib.

Dapat cuba kuih ikan ni sangat nikmat.  Hahaha seriously ako lupa plak nama kuih ikan ni. Makan panas-panas memang menyengat. Ada macam-macam perisa.

Pastu jalan-jalan menyinggah kejap ke Cat Cafe ni. Kebetulan anak-beranak memang suka kan kucing, so apa lagi, moh le kita jengah kejap.
Harga nak masuk cat cafe tu adalah KRW9,000 won plus free drinks. Pilih la nak latte ke, air buah ke, coklat ais ke, lepas order diorang akan bagi satu beg plastik besar untuk isi baju-baju dan beg-beg korang supaya nanti barang-barang korang takde la bersepah-sepah, takde la kucing-kucing kat situ akan main-main ngan barang korang. Rasa nya untuk keselamatan kucing-kucing tu juga kot. Duduk kat cat cafe ni tak lama pun, dapat pegang-pegang, belek-belek, rilek sambil mengopi, pastu kita terus plan jalan-jalan kat area Dongdaemun pulak before balik hotel. Penat ya ampun, lagi pun esok pagi nya awal-awal lagi dah kena check out nak naik "Train to Busan".
Orang kata makan eskrem musim sejuk sangat marbeles. Hahaha so apa lagi, kitorang pun cuba la. Kebetulan dia offer plak eskrem rose tu, dari harga KRW5,000 diskaun ke KRW3,800. Jadi la nak merasa kan. Tak tahu nak cakap sedap ke tak, nikmat ke tak, yang pasti eskrem nya keras macam batu hahaha..
Keluar je dari stesen Dongdaemun, sejuk menusuk ke tulang. Tahun lepas kan winter datang awal. Tak silap awal November aritu salji dah turun kat beberapa tempat kat Korea ni. Masa kitorang berada kat sana, suhu memang dah tahap negatif waktu malam. Sebab kan tak sangka cuaca terlalu sejuk, tu yang terpaksa beli tambahan muffler dan penutup mulut. Sempat la anak-beranak tu menambah koleksi sarung tangan juga.
Dah puas keluar masuk Doota, moh la kita balik hotel. Angin malam bertiup menambahkan lagi kesejukkan kitorang.

Memandangkan kita kat area Dongdaemun, hotel pun lebih kurang kat area-area situ, so kitorang plan nak jalan kaki je balik ke hotel. Jenuh pusing, ako rasa kitorang tawaf bangunan doota ni lebih 2kali, hahaha tak juga jumpa jalan pulang. Tetiba macam hilang ingatan di tengah bandar Seoul. Abih camne nak balik????

Puas la dok google lokasi hotel, memang dah dekat dah pun. Silap nya, kitorang tak perasan jalan yang sepatut nya menuju ke hotel. Sudah nya tepat jam 12 tengah malam baru la jumpa jalan pulang.

Dapat gak tido dengan lena malam tu. Tunggu sambungan "Train to Busan" ye..

Nota Jemari: Lokasi hotel tu dekat ngan subway Dongdaemun cuma takde lif je tapi bilik memang selesa.
Share:

4 comments:

  1. Tak habis lagi cerita dia gi Korea ek hahahaha..
    Oitt cepat habiskan, kang bulan 9 nak ke tempat lain pulak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahha.... ni citer ke Busan pulak..
      Tak tau la sempat ke tak abis ni before sampai bulan 9:P

      Delete
  2. ehehe banyak siri ke Korea memang fall in love dengan Korea betul ni.. hehe.. share lagi iols suka baca heeh =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha cik CT, memang kita fall in love 'balik kampung' ni.. kalau boleh setiap tahun nak ke sana hehehe.. thanks sudi baca ;-)

      Delete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.