ALASKA KING CRAB by OMBAK KITCHEN - Ako Tetap Ako

ALASKA KING CRAB by OMBAK KITCHEN

Ya allah, makan-makan lagi kat sini!!!😂
Hahahahaa, tu la orang kata rezeki jangan ditolak.
Dalam waktu-waktu PKP ni memang selalu la ako order delivery je.
Dah lama teringin nak makan King Crab ni.
Selalu je tengok IG Ombak Kitchen buat LIVE promot KC ni.
Akhirnya semalam petang, dapat juga merasa KC by Ombak Kitchen.


Yang ini ako amek set Tiny Combo plus ngan King Crab.
Oh ye King Crab tu lain harga nya tidak termasuk dalam Combo.


Set semalam yang ako order yang ini lah.
Nampak macam tak banyak tapi alhamdulilah kami makan berempat memang berbaloi dan kenyang.
Udang pun jenis yang besar.
Dah le ako memang antu udang, so memang puas sangat hadap udang tu.😆


Budak ni memula kemain takut dia tengok ketam besar tu.
Hahahaha... tapi memang sampai ke sudah dia tak moh jamah sikit.
Kata nya kulit ketam tu banyak duri😂


Tengok la isi ketam tu.
Tebal gila, itupun masa ako tarik nak kluarkan isinya, terputus plak sikit.
Hahaha dah terpaksa kita men korek-korek saki baki isi yang tinggal.
Seriously lembut oiii isi nya!!


Order pun dah lewat, jadi sampai pun dah petang.
Maka nya, kira anggap je la itu makan tengahari merangkap makan malam juga.
Meriah!!! 

Ok buat korang yang nak cuba King Crab by Ombak Kitchen, 
boleh contact terus ke --->> 010 220 5946

Or korang boleh tengok kat IG OMBAK KICTHEN.


Selain KING CRAB, ombak kitchen ada juga provide Red Lobster. 
Maybe lenkali kita bole cuba makan lobster ni plak kan.
Kemungkinan harga promosi adalah untuk sepanjang PKP.
Kalau nak dapat lagi harga-harga yang berpatutan, rajin-rajin la jenguk IG OMBAK KICTHEN.
Sebab kadang-kadang diorang suka gak buat LIVE.
Mana tau, rezeki korang dapat makan FREE!! hahahaha... 


Oh ye, di ombak kitchen, diorang ada sediakan pelbagai jenis sos.
Sebab kan kami ni suka pedas, so kami pilih sos "crazy cajun".
Tu yang korang nampak merah je hidangan kami kan😁
Dalam masa yang sama, ako order extra sos juga iaitu "butter milk curry".
Ye la kan, ako takut budak-budak jenis x tahan pedas.
Tapi seriously nak bagitau, bagi ako yang memang kuat pedas, sos cajun tu takde la pedas sangat.
Kategori masih lagi boleh ko hirup sos tu hahaha...

Pape pun, sepanjang PKP ni, selain delivery rasa nya korang bole je walk in.
Ombak Kitchen ni ada 2 cawangan.
Satu di Bukit Jelutong dan satu lagi di Bangsar.

Just in case korang nak tengok menu-menu yang lain,
boleh masuk kat website ---> OMBAK KITCHEN.

Ombak Kitchen Bukit Jelutong
No.5.G.01, D’Vida Business Centre Jalan Bazar,
U8/101, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam,
Shah Alam,
Selangor
Reservation: +60 10 220 5946

Ombak Kitchen Bangsar
12, Lorong Ara Kiri 2,
Lucky Garden,
59100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan.
Reservation: +60 10 240 5946

Nota Jemari: Pakai tangan jer...

6 comments:

  1. Kecur pulak menengok alaska king crab tu, ni kalau beli mahu kunyah ngan kulit2, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaahhaha.... kang berderai gg tu kang SK...
      So makan isi je sudah haha

      Delete
  2. Glamer alaska king crab ni kn?? Tp kita bkn peminat ketam.. suka tengok2 aje.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun bln peminat ketam tp yg ini sbb isi dia padat n senang nk mkn tu tertarik nak cuba hehe

      Delete
  3. Puashati makan kat rumah, segala kaki ketam boleh korek kan hahaha..
    Aku pernah makan kat Manhattan tu.. cuma tak fresh sangat, macam frozen ko..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha tu la tapi ako rs makan kat kedai dia lagi sedap panas2 kan..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.