Buatnya hari Jumaat, konpom la MAMA uyum tak dapat nak datang kan. Makanya terpaksa la Nina menghadirkan diri tuk bagi sokongan moral kat Uyum.
Nina sampai lebih kurang jam 9 pagi gitu. Nasib baik la sempat tengok perarakan perbarisan ni. Sebab nya Uyum hanya masuk perbarisan ni je pun. Hahha.. So kita bagi la semangat kat dia kan walau tak masuk satu acara pun, jadi la ni memeriahkan suasana.
Kemain boodak bambam dalam barisan merah tu hahah! Yang lain siap bawa sekali sangkut botol air kat badan tapi dia macho je berjalan lenggang kangkung takmoh pegang botol katanya😅😅
Orang dok sibuk tengok kengkawan main sukaneka, kemain dia dok tepi bersembang. Ntah apa dia borakkan nya tu. Yang kawan tu khusyuk sungguh mendengar. Dah macam abam kawasan si Uyum tu hahaha.
Pastu dari jauh Nina nampak abang aqeem kat tengah padang. Eh buat apa plak tu sebab yang tengah berlawan sekarang tu sukan budak budak tahap 1. Abang aqeem kan tahap 2. Hari sukan sekolah untuk tahap 2 diorang buat hari Ahad di Stadium Bukit Jalil tau. Kemain Gah sukan sampai ke stadium piginya hahaha.
Ok berbalik abang aqeem tadi. Rupanya abang aqeem jadi pasukan sorak kat sekolah dia. Hahaha amboii sakan ko jadi cheerleder tapi sekolah dia semua budak budak lelaki yang masuk pasukan sorak ni 😁.
Cuma 2 orang je bodak pompuan yang tukang main drum nya tu.
Haha kita pun bagi semangat la kat abang aqeem sebab dah penat terjerit jerit tu kan.
Sudahnya, balik je dari sukan aritu semua pun demam kepenatan. 😅😅
Keputusan sukan aritu ako pun tak sure rumah mana yang menang. Dah dedua ni pun tak masuk acara pape, terus hilang ako nak fokus tengok sampai habis 🤣🤣
Nota Jemari: meriah lagi sukan masa zaman abam abin












8 Comments
Seronok tengok diorang comel2...amboiii Uyum...borak macam mak jemah erk ngan gepren tu semua haa
ReplyDeleteKan dah mcm mak jemah sungguh berborak nya tu.. Haha
DeleteHalah.. halah.. Comelnya Uyum..
ReplyDeleteLambat betul sekolah Uyum buat sukan ye.. Dah nak dekat hujung tahun dah..
ok la tu uyum masuk perbarisan..hehe
ReplyDeleteYang penting Uyum semangat nak bersukan kan Nina. Amboii Uyum, membawang ke tu? hihi..
ReplyDeletehappy nampak uyum
ReplyDeleteHahahah walo tak sure sapa yg menang, yang penting happy ya kak ret 😄. Gemaaaaas nya liat uyuuuum, apalagi yg duduk besembang dengan anak perempuan tuh 😄
ReplyDeleteHahaha kan gemuk geram tgk uyum... Yg anak perempuan itu seronok dengar uyum berborak apa la tu kan haha
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com