Ini temujanji susulan setelah seminggu cabut gigi. Memandangkan gusi masih terasa sakit tapi takde la sampai berdenyut macam sebelum ni. Jadinya temujanji susulan ni ako amek kesempatan untuk check lagi sekali gusi yang sakit.
Dan rupanya punca gusi masih sakit adalah disebabkan tempat luka gusi yang dicabut tempoh hari tidak sembuh dengan 'cantek'. Dengan kata lain, gusi yang luka aritu masih ada kesan darah dan lubang kat gusi tu tak tertutup dengan elok yang menyebabkan saki baki makanan terselit kat celah luka. Itu yang buat gusi masih sakit.
Kali ni ako buat scalling lagi sekali, cuci gigi dengan letak air garam kat tempat luka.
Bende yang ako seram selepas cabut & tampal gigi adalah scalling or cuci gigi haha sebab terasa ngilu yang amat sampai boleh ternaik naik kaki tangan hahaha.😅🤣
Harap lepas treatment susulan ni, gusi makin sihat, luka pulih seperti sediakala la ye. Penat juga ni makan guna sebelah mulut je🤣🤣. Nak cuci muka pun masih sakit disebabkan bengkak gusi tu belum surut lagi.
Next appointment kita jumpa lagi 6 bulan ye. Harap dalam masa 6 bulan tu gigi memberikan kerjasama ye untuk pulih. 😅😅
Nota Jemari: gitu la citer hari minggu saya



10 Comments
Semoga sembuh luka di gusi tu, dan Ako tidak sakit lagi. Seksanya, nak makan, masih bengkak gusi, ya.
ReplyDeleteBab scalling gigi mmg ngilu tp nk kena ngadap juga 6 bln skali ke dentist
ReplyDeleteNaik kaki & tangan takpe... Uncle terus naik gila! hahaha
ReplyDeleteSemoga semuanya baik - baik sahaja.
ReplyDeleteKalau scalling mengalir la air mata. Kaki ye memang terangkat la 🤣
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh luka gusi itu. KSarie penakut betul kalau jumpa dentist. KSarie selalu terbayang kalau Dr terlepas la alat scalling ke macam mampuih la KSarie. Banyak sangat tengok Final Destination begitulah ye
ReplyDeleteoo hari minggu ada juga klinik gigi buka ya sebab kat sini macam sampai Sabtu je.
ReplyDeleteKita seram pulak kalau luka masih belum elok dan ada sisa makanan. Risau dia jadi infection pulak. Doktor buat rawatan scaling juga ye walaupun gusi masih belum pulih sepenuhnya. Saya pulak terasa sakitnya tu. Aduh, tak sanggup!
ReplyDeleteHarapnya cepatlah gusi tu baik. Bengkak dan berdenyut tu yang tak tahan tu. Boleh moody.
Harapnya juga nanti lepas 6 bulan tu semua okay. Kalau buat rawatan pun scaling berkala je lah 6 bulan sekali.
Semoga baik-baik je. InsyaAllah. Aamiin...
Lama x scaling gigi ni
ReplyDeleteKesiannya, ngilu scaling memang bikin trauma! Moga gusi cepat sembuh dan takde sisa makanan terselit lagi.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com