Ommmooo..... finally!! Teater Puteri Gunung Ledang version 2026 dah keluar promo. This one memang excited sket nak tengok teater nya . Walau pelakon ramai yang baru, nama pun version 2026 kan, so harus la ada perubahan.
Memang teruja cuma kali ni PGL bukan di Istana Budaya tapi dipentaskan di JCPAC, SUNWAY SQUARE. Tempat baru untuk ako, jadi masih 50-50 nak ke sana. Ikut hati nak try juga tengok kat tempat baru ni tapi sebab jauh sangat dari rumahkan (knowing me yang tengah bz jaga orang sakit kat rumah ni) so banyak faktor nak kena dipertimbangkan. 😅😅
Puteri Gunung Ledang The Musical bersama AFFIN BankAhli kad AFFIN akan menikmati Akses Pra-Jualan Diraja selama 72 jam bermula 18 Ogos 2026, sebelum jualan umum dibuka.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket lebih awal!Pastikan anda memiliki Kad Debit atau Kredit AFFIN sebelum pra-jualan bermula untuk akses pertama ke tiket.
Jualan umum akan dibuka pada 21 Ogos 2026, jam 8:00 malam.
"Dua puluh tahun kemudian, legenda bangkit semula,
Kita bertemu di Gunung Ledang"⛰️🏔✨️
31 Oktober - 15 November 2026
Sumber: PGL 2026
Nota Jemari: ok ada masa lagi nak buat pertimbangan 🤣



30 Comments
Fikir2..jangan terlepas peluang..
ReplyDeleteTu laaa... harap ada peluang la nak tgk version baru ni
DeleteNak ikutttt 🙋🏻♀️
ReplyDeleteHaha jommm.. nnt kita tgk tabung dl k 🤪
DeleteCie tak pernah tengok teater.
ReplyDeleteHehehe sekali sekala syiok cie.. 1st timer bole cr teater lawak dl.. xde la boring
DeleteKira dekat jugak tu daripada kita yg kat Johor ni, Ret!
ReplyDeleteHahaha opssss yg tu kak sorry... xpe mana tau nnt ada teater kat jb plak lps ni
DeleteYahooo!!! dekat rumah i. Jalan kaki pun boleh. Ni dekat dengan Sunway Medical Center.
ReplyDeleteUntung laaa dekat ngan rumah heheh
Deletenak pegi takut terlelap lak... dah lama x gi teater ngan kak ret..
ReplyDeleteKaaannn.... lama gak x layan teater ni..
DeleteKalau minat boleh je pergi. Yg pernah tengok versi dulu mesti teruja nak tengok versi baru ni kan
ReplyDeleteTu laaa mmg excited gak nak tgk version baru ni tp tu la jauh plak kita rasa nak ke sunway tu haha
DeleteAlamak menariknya tapi itu la hendak cari konco-konco yang hendak tengok sama satu cerita. Hendak meredah ke Sunway Square yang tidak pernah jejak kaki itu satu cerita lain. Nanti hendak tengok kejadiannya macam mana nanti
ReplyDeleteHahaha jom ksarie kita tgk ramai² 😉
DeleteTentu ramai peminat PGL menanti saat ini.
ReplyDeleteTu la kan.... confirm punya hehe
DeleteLama x layan teater
ReplyDeleteSeronok jga kan sekali sekala
Tp masih ada Datin Tiara kah?
Anak dia yg berlakon nanti..
DeleteNi yang buat audition PGL sebelum ni kan. Peminat PGL mesti tak sabar nak tengok. Tengok theater lagi syok kot kan. Untunglah yang ada kad affin tu. Dapat access dan beli awal.
ReplyDeletePeluang emas buat pemegang kad AFFIN! Tak sabar nak tonton Puteri Gunung Ledang The Musical, kena bersiap sedia dapatkan tiket awal.
ReplyDeleteada geng ajak juga..lama tk tgk teater
ReplyDeleteAdoilah.. Nak tengok tapi tu lah.. kikiki..sempat lagi ini berfikir-fikir dahulu.. kikiki
ReplyDeleteex boss sy confirm pegi tgk sbb dia mmg peminat teater PGL ni
ReplyDeleteTak ada pengalaman tengok teater tapi mmg minat movie PGL.
ReplyDeleteSelalu di Istana Budaya kan.
ReplyDeletePernah dengar nama putri nih. Nanti nak browsing lagi, lupa2 ingat 😄. Pikir2 dulu kak. Tp yg pasti pakai prinsip, better menyesal pergi, drpd menyesal tak pergi 🤣
ReplyDeleteEhh yang ni aku nak laaa.. jom laaaa.. pi masa besday aku hahahahahahaha
ReplyDeletenampak promo teater PGL ni merata2 viral -- errr esp psl sexy outfit tu (berkemban belaka heroin2nya)
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com