Saturday, August 11, 2018

Korea Musim Bunga 2018: Hari Keempat-10 April (COMMON GROUND, SEOKCHON LAKE, GoToMALL, GANGNAM)

Pernah dengar shoping mall konsep kontena?
Dah lama ako baca tempat yang satu ni, so mcm teringin gak nak jejak.
Maka nya, hari berikut percutian kitorang tu, gagah la mencari "Common Ground" ni.
Untuk ke Common Ground ni ekceli sangat senang.
Ia terletak berdekatan dengan Universiti Konkuk.
So kalau naik subway sila berhenti di Konkuk University Satation (Line 2 or 7), Exit 6. 
Keluar je exit 6, korang jalan terus ke depan dalam 250m.
Ada signboard tulis common ground.
Dari jauh korang dah nampak bangunan kaler biru.

Taadaaaa.... dah sampai pun!!!

Bangunan ni memang nampak menyerlah sebab kat situ kawasan ni je satu-satu je dari jauh dah nampak warna biru nya. Tepi jalan je pun.

Memang cantek buat photoshoot.
Ala fefeling cover album lagi haahaha..

Kedai nya buka pukul 11 pagi.
Masa kitorang sampai tu, kedai belum buka.
Memandangkan kami ada lagi tempat nak dituju, maka nya aktiviti nak window soping ni terbatal je la.

Jom tengok pokok cherry lagi. Kali ni kitorang ke Sokchon Lake.
Macam mana nak ke tasik ni?
Tasik ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Lotte World.
Stesen Jamsil, Line 2, Exit 4.
Ekceli banyak exit yang korang leh ikut, cuma ako rasa paling dekat n senang, better korang ikut je Exit 4 ni. 

Keluar je dari exit 4,  jalan lurus dalam 300 meter. Bila jumpa traffic light, belok kanan dan seberang jalan. Tasik ni 100 meter je dari situ.

Tasik ni bulat je tapi besar.
Keliling tasik ni memang penuh pokok-pokok cherry/sakura.
Berjalan keliling tasik di bawah pepohon cherry yang meredup, sangat heaven.
Cuma yang tak tahan tu, kaki sangat la bertambah sakit.
Ada je port kerusi untuk berehat tapi pepaham la, bila dah ramai konpom la takde yang kosong kan. So pepandai la cari batu-batu untuk melabuhkan montot kejap.

Lotte World, theme park yang ada kat Seoul selain Everland.
Lebih kepada indoor theme park tapi ada jgk outdoor.
Kalau rasa Everland tu jauh sangat nak pergi, boleh je datang ke Lotte World.

Subhanallah cantek sangat!!
Memang berbaloi kalau korang datang sini musim bunga ni.
Wajib singgah sini tau. Rasa tenang je, ikutkan hati nak lepak lama lagi tapi memandangkan hari ni hari terakhir kitorang kat Seoul, banyak lagi aktiviti menyoping belum buat ni haha. Alhamdulilah, cukup satu pusingan tasik, moh la kita gerak  ke tempat lain.

Dari Jamsil station kitorang ke Gangnam Station.
Banyak kali pegi Seoul tapi ni kali pertama jejak kat area Gangnam.
So apa yang menarik eh? Ako cuba juga gugel apa yang menarik di situ.
Dan rata-rata dari bacaan ako, derang sugget bergambar kat statue Gangnam ni.

Gangnam ni macam area Elite sket.
Naik subway, turun kat Gangnam Station (Seoul Subway Line 2), Exit 10 or 11.

 Kita melepak kejap hilangkan dahaga kat Coffee Bean/Starbuck (lupa lak mana satu)
Minum-minum sambil tengok orang-orang opis kuar masuk nak gi lunch.

Lepas melepak kat area Gangnam, moh kita sopingggg!!!!
Kitorang ke GoToMall (Gangnam Terminal Underground Shopping Center).
Sorry ye tak sempat nak snap gambar-gambar kat GoTo Mall tu.
Seriously, tempat nya memang heaven.
Macam-macam ada, duit je tak berapa nak banyak sangat.

Selain korang soping kat Namdaemun, kat Go To Mall ni pun korang boleh dapat gak baju, beg kasut, souvenir etc. Kawasan soping ni memang besar, besar sesangat. 

Make sure benti kat stesen
Express Bus Terminal Station (Seoul Subway Line 3, 7, 9), Exit 8-1.
Keluar je subway, konpom korang teruja tengok berderet-deret kedai kat situ.

Ya allah, dah penat sangat la tu sampai bersimpuh ako kat tengah-tengah mall.
Hahahaa.... 

Masa ni tumit dah bengkak-bengkak dah tapi ada hati lagi tu nak berjalan.
Moh kita balik guesthouse dulu.
Kasi bersih-bersihkankan diri.
Kasi letak barang-barang belian.
Sebab malam masih muda, malam ada lagi misi kita.

Hujan!!
Sepanjang percutian, kali kedua meredah hujan.
Nasib kat guesthouse ada sediakan payung untuk tetamu derang.

 Dinner!!!
Laaapaaarrr nyaaa dari pagi tak makan proper sangat.
Kita decide makan kat BusanJib.
Ni nama nya asam pedas korea.
Jauh cari asam pedas 😊

Lepas dinner terasa nak mengopi.
Kita pilih mengopi di Beansbins Coffee.
Dengar nya cafe ni femes ngan waffles nya.

Address: 23-1, Chungmuro ​​1-ga, Jung-gu, Seoul Phone number 02-3789-1980
Opening hours: 07: 30 - 00: 00
(drinks and waffles are available until 30 minutes before closing)
 Cafe tu tingkat atas GS25.
Dalam kawasan Hotel ... ala lupa nama hotel tu.
Kalau korang gi area Myeongdong mesti perasan.

Nak order apa ni??
Kalau ikut bacaan dari gugel, rata-rata menyatakan Beansbin ni terkenal dengan waffle nya.

Kalau camtu, moh la kita order waffle dan air coklat panas.
Nyumm nyummm.. Kan baru je lepas makan nasi tadi kan, so kat cafe ni kita just order 1 jenis waffle sahaja, share 4 orang. Cukup la sebab nak rasa je pun kan.

Besar juga Beansbin Cafe cawangan Myeongdong ni.
Kat bahagian belakang tu, ruang nya agak cosy sket.
Diorang letak kusi yang empuk sket.
Kat bahagian depan ni baru derang letak kusi meja macam dalam gambar atas tu.

Ada sediakan toilet juga.
So x yah nak risau klu tetiba korang perlu menggunakan tandas.
Wifi pun laju juga.

Kita tunggu order tadi.
Lagi satu, femes kat sini ialah kopi nya.
Kata nya kopi kat beansbin ni pure arabica.
Ermm ako x sure la, rasa kopi ada beza juga eh?!
Ingat kan semua kopi sama je rasa nya... Nasib la bukan peminat kopi sangatπŸ˜…

Nyummmmyyyyyy!!!!
Ok, not bad juga rasa nya.
Siap ada pisang, anggur, ceri.
Portion dia memang besar. Memang kena la ngan kitorang yang baru lepas makan kan.
Makan sorang sekeping pun dah rasa kenyang.

Sangat menyelerakan. Makan dessert lewat malam, bagus sangat tu hahaa.. Jangan diamalkan ye 😝
Dah kenyang, moh kita cari makanan lain plak. πŸ˜†

Jalan-jalan kat Myeongdong Street waktu malam, memang akan sentiasa jumpa orang jual makanan. Tambah-tambah banyak juga makanan halal yang kita boleh cuba.
Fish cake @ odeng ni memang superb delicious weii!!!!
Lebih-lebih lagi bila makan dalam musim sejuk.
Masa kitorang kat sana, cuaca memang sejuk lagi.
Jadi sangat la menyelerakan bila makan panas-panas, pedas-pedas dalam cuaca yang suam-suam kuku tu.

Odeng ni kuah nya SANGAT sangat la PEDAS!!!!
Seriously, kalau korang bukan jenis yang kuat makan pedas, dinasihatkan tak payah cuba makan lebih dari satu cucuk!! Sekadar nak merasa, secucuk sudah memadai. Tapi bagi korang yang kaki pedas macam kitorang, secucuk memang takkan cukup hahaha..

Tak sama tau rasa kuah nya yang ada jual kat FamilyMart kat KL tu.

Pastikan korang singgah gerai fish cake yang ada tanda halal ni tau!
Harga secucuk fish cake tu KRW1,500 won.
Boleh tengok street food apa lagi yang kitorang pernah cuba dulu masa datang time winter.


Pastu kitorang try grill scallop with cheese.
KRW 5,000 won

Sedap makan panas-panas.
Scallop ni bila korang order baru dia masak.
So kena tunggu sket la lebih kurang dalam 5 minit gitu.
Cuma kena bertabah la ye kalau time tu kena beratur panjang.

Akhirnya dapat merasa juga.
Masa winter aritu tak nyempat-nyempat nak cuba.

Selain, fish cake & scallop, kitorang try hotteok juga.
Honestly bagitau ni, hotteok paling sedap adalah kat BIFF square, Busan.
Memang paaaalinggg sedap so far, kalau nak compare hotteok kat Myeongdong ni, Busan punya jauh lagi sedap dan kurang berminyak. Tepung nya pun rapuh , isi pun sedap.

Kalau korang berpeluang ke Busan, jangan lupa cuba Hotteok kat BIFF Sqaure tau.

Selesai jalan-jalan cari makan kat Myeongdong malam tu, kitorang pulang ke bilik.
Kemas-kemas pape yang patut sebab nya jam 4:30 pagi esok nya kita dah kena check out.
Flight awal jam 8 pagi, so kena la sampai airport awal sket kan.

Untuk ke airport awal pagi, kitorang minta jasa baik pihak guesthouse untuk booking kan Jumbo Taxi. Harga satu taxi besar tu dalam KRW77,000 won.

Perjalanan kami dah sampai ke penghujung.
Tepat jam 12 tengah malam.
Ako akhiri cerita misi mencari sakura/cherry ni dengan gambar trademark kat Myeongdong subway.

Nota Jemari: Rindu lagi subway, rindu bunyi jam pororo n geng tu. Insyallah akan datang lagi, tunggu!!!

2 comments:

  1. aaa cantiknyaaa cherry blossom. susah nak plan jalan time waktu cherry blossom sebab sekolah tak cuti.. kalo tak memang tingin nak pergi tengok jalan2 feeling2 peergh =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah satu hari mesti ada peluang siti g tgk cherry tu..😁

      Delete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.