FAMILY TRIP 2021: PULANG KE PANGKAL JALAN

FAMILY TRIP 2021: PULANG KE PANGKAL JALAN


Pergi Legoland kan tak gi mandi manda, so bila stay kat Renaissance ni, awal-awal derang request nak mandi pool. So apa lagi before kita balik, moh la kita terjun kolam dulu.

Kata nya ada SOP soploh orang je bole masuk dalam satu-satu masa tapi kalau orang hotel pun tak jaga betul-betul, camne GUEST lain nak pastikan yang masuk kolam hanya 10 orang je dalam satu-satu masa. Sabar aje la!! Ada plak satu family tu dari kami sampai, hingga la kami dah abis mandi masih lagi dok berkubang dalam kolam tu. Ermmm plak tu tak reti betul nak jaga jarak. Kami plak yang seboleh-boleh tak nak dekat ngan diorang sampai budak-budak ni asyik la dok berkumpul camtu je mandi nya.

Geram betul la kat orang yang tak reti bahasa camtu!!!
Dah bagi hint pun lagi buat-buat tak paham.
Sampai orang lain pun naik menyampah!

Tapi memang pelik la, ni first time pihak hotel x pantau sangat kat pool.
Padahal kemain tulis notis SOP bagai tapi takde orang pantau.
Memang ke laut la GUEST semua kan.


Kasi budak-budak ni mandi dalam 15 minit je la.
Janji dapat mandi sudah! hahaha...

Dah selesai mandi, moh la kita check out.
Kononnya nak gi makan mi rebus Hj Wahid kat Taman Sri Tebrau tapi tutup plak.
So kena la pegi kat Angsana nun. Tapi untuk tekak ako, ako lagi suka mi rebus kat tebrau dari angsana tu. 


Ako kureng sket yang ini tapi untuk tak menghampakan tekak yang datang jejauh ni, kita telan la juga hahaha... 


Pastu kita bawa budak-budak ni pusing sekolah rendah babah nya si Rayyan hahaha...


Sambil Nina n MAMA pun dok jeling-jeling sekolah rendah kami juga.
Hahaha.... biasa la kan bila dah lalu situ kena la imbas nostalgia sket.
Kena la ada stoti mori sket kat budak-budak ni kan.
Habis semua tempat kami lalu ada je stori kitorang.
Bertabah aje la budak-budak ni dengar ye hahaha... 😆😆


Dah tengok sekolah rendah kena la jeling-jeling sekolah menengan Nina plak haha..
Takde perubahan sangat pun kat pintu depan eh😅
Tetiba rindu plak memori kat situ.

Dah setel lunch kami tadi kat Angsana, terus shoot ke Kluang.
Uyum balik kampung nak jumpa uwan!




Esok nya on d away balik ke KL, kami lalu Pagoh.
Sempat la singgah ke kilang "Pau Mira Frozen Food" ni.
Macam-macam jenis Pau ada.

.:google pic:.

PAU MIRA FROZEN FOOD,
KM13,KAMPUNG TANAH MERAH MERAH ,PAGOH. 84600 Muar, Johor, Malaysia


Pegi sini memang tak sah kalau tak borong pau-pau nya. Selain Pau ada juga frozen food yang lain. Macam sate kebab ni. Ni memang pebret kitorang juga ni!! Sekali borong sampai 2 3 bungkus juga la. Hahahah ada je ekceli kat KL kan tapi dah alang-alang lalu situ, kita borong kat situ aje la.


Before jejak KL moh la kita singgah Pedas kejap.
Asal nya nak makan lemak salai kat SABAK tapi punya la ramai orang.
Terus kami ke depan sket terjumpa Waghih Salai ni. So apa lagi moh la kita menyinggah lunch kejap.
Not bad gak kat situ. Lemak nya memang kaw sungguh!!


Buat yang nak cuba, kedai dia x jauh dari SABAK.
Korang perlu jalan ke depan sket.
Kedai nya belah kanan kalau dari Tol Pedas.

Dah makan terus kami decide nak lalu jalan lama masuk PD.
Hahahha sebab tak rushing pun kan. 
Jalan-jalan cuci mata sampai ke PD piginya weii hahaha...
Nasib la esok nya keje, kalau masih cuti konpom bermalam kita kat PD aritu.

Pape pun, syiok jalan-jalan tak rushing-rushing ni kan.
Bulan depan agak-agak nak ke mana lagi kita ye?!
Nak ngabihkan cuti tahunan tapi takde plan lagi ni.

Sekolah dah start balik kan.
Minggu ni nak hantar abam ABIN masuk asrama.
So, jumpa lagi di cerita family trip akan datang!!

Nota Jemari: keje keje keje

Post a Comment

13 Comments

  1. sedapnya..lama x makan mee rebus hj wahid...dulu2 selalu turun JB sbb kerja...satu lg rojak asma....

    travel santai2..bosan ikut highway..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha btul2 ekceli ada gak order rojak asma sekali tu.. Lupa plak update hahhaha

      Delete
  2. Hehe singgah sekolah mengimbau kenangan.
    Seronok singgah setiap daerah dan negeri tidak terkocoh-kocoh.
    Hendak pergi CH tapi risau pasal hujan.

    ReplyDelete
  3. seronok nya balik kampung, makan2...meriah

    ReplyDelete
  4. Tang pool Renaisance tu, nanti aku hntr repot pada managemant dia hahahaha.. nak kena ni kannnn.. SOP ke-laut...
    Next week balik kampung lagi hehehehe

    ReplyDelete
  5. Dapat jugak dorang mandi berendam walaupun 15minit cuma. Patutnya pihak hotel kena pantau betul betul. Kang kena tutup tak ikut sop bising pulak kan. Guest pun..pandai pandailah ikut sop.

    Wahh mengimbas kenangan sangat ni. Alang alang terlalu, haruslah singgah mana mana yang best, kan. Okay next kemana pulak tu ? :)

    ReplyDelete
  6. SA selalu jer mengimbau sekolah lama...sampai Dania cakap bosan la mama..asyik benda sama je...hehehe...

    ReplyDelete
  7. Kemas tersusun kedai pau tu. Pandai Mira jaga kedai. 😅

    ReplyDelete
  8. pernah makan mi rebus hj wahid di food court mall mana ntah. Sedap jugak. yang di JB mesti lagi sedap. syok jugak jalan rilek-rilek takde plan macam ni. uish biar betul mandi 15 minit je. kesian Uyum

    ReplyDelete
  9. Wahh, mandi pool gituh! Tak pernah mandi situ...Baru tahu kejadiannya..aiseyyy..
    Bestnya jalan jalan..trip suka suki..Ngehhehee

    ReplyDelete
  10. Seronoknya balik kampung, santai mengimbau kenangan, pandai ambil jalan lama ke PD lagi menarik, next trip ke mana pula, nak ikut hehe.

    ReplyDelete
  11. Ammi slalu kalau masuk kedai Frozen jadi rambang mata...semua nak beli padahal peti ais cenonet je kat rumah tu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com