Berterabur dah citer ako ni hahaha....
Patut citer legoland dulu baru citer Uyum balik kampung tapi takpe la janji korang baca je😁
Nak menunggu berupdate betul2 entry kat sini, makan masa sungguh.
Maka nya, kita update aje la mana yang sempat ye!

Kisah pegi Legoland ni actually takde la plan awal-awal sangat pun.
Plan seminggu before nak raya deepavali.
Asal memang tak plan nak gi bercuti deepavali aritu tapi masing-masing dah bising.
Maka nya terjadi la percutian mengejut kami ke negeri selatan.


3 November kami gerak ke Batu Pahat dulu lepas zohor.
Tido semalam kat sana. Kebetulan nak hangkut sekali anak buah yang sorang kat sana tu.
Maka nya, kita plan tido la semalam dulu kat BP, esok nya awal pagi-pagi kami dah bertolak ke Legoland.


Kami stay kat sini je pun.



Bilik VVIP (family room), alhamdulilah ok la.
Ada 2 katil queen. Selesa la juga untuk kami anak beranak kan.
Harga pun lebih kurang RM158 nett tak silap ako.


Malam nya kita dinner kat depan hotel je.
Tak yah gi jauh-jauh ahhaha...
Dinner ngan Pak Su Fir, Rayyan n Rizzqa.
Lepas makan dah moh tido cepat. Hahha esok pepagi dah nak gerak ke Jay Bee plak.

Esok nya kita pick up Rayyan kat rumah dan trus shoot ke Legoland.
Yeeeahhaaaa excited budak-budak ni.
Sampai Legoland lebih kurang jam 9:50 pagi.
Kita check in hotel dulu.
Alhadmulilah nasib dapat check in awal pagi tu.


Sementara MAMA dan abang-abang letakkan bag-bag dalam bilik, ako dan Uyum terus ke kaunter untuk pembelian tiket. Kami tak beli online sebab kami nak guna kan rate untuk penjawat awam.
Banyak tau diskaun yang dapat kalau kita guna government rate ni.


Tapi tu la kalau nak guna rate ni kena la bertabah beratur kat kaunter ya.
Dah le pegi hari Deepavali kan hahaha... memang hampir 30 minit juga la kena beratur.
Kaunter plak ko buka 2 je pun untuk tiket-tiket khas ni. Sabar aje la.


Dah dapat tiket, jom kita masuk Legoland!!


Abang Rayyan n Abang Aqeem.
Dedua ni memang besfren ni.
Kalau dah jumpa berdua , memang Uyum kena tinggal la.
Hahahha Uyum ngadu, "bila aqeem dah jumpa rayyan, aqeem tak nak kawan ngan Uyum dah!!" 😅
Alolo budak bambam ni dah pandai majok plak dia ye.


Hahahha Uyum pasrah aje la.
Camne abang-abang tak moh kawan ngan Uyum, sebab Uyum malas nak jalan sendiri hahaha...



Masa ni abang-abang semua dah gi main roller coaster.
Uyum tak dapat naik sebab x cukup tinggi. hahaha...
Maka nya terpaksa la Nina teman uyum main cawan pusing-pusing aje hahaha...
Masa ni dia sedih sebab tak dapat nak naik roller coaster ngan abang-abang.
Tunggu Uyum besar sket k, nanti kita naik roller coaster yang besar plak k😅


Pastu teman Uyum naik ni plak.
Gambar uyum naik ni takde plak kan sebab masa ni MAMA dah sibuk cari tempat makan hahaha..
Abang-abang plak masih beratur nak naik roller coaster.


Dapat snap gambar abang-abang aje la main games ni.


Eh eh ada la rupanya gambar uyum naik ngan MAMA plak hahaha...
Bukti ni Uyum dapat main games ni!
Puas la hati dia sebab kali ni abang-abang pun join main sekali ngan dia 😆


Ada satu roller coaster je Uyum dapat naik ngan abang-abang.
Kemain dia hepi. Eh eh bukan yang ini tau!
Yang ini besar, Uyum tak lepas hahaha...
Lupa nak snap gambar Uyum naik roller coaster.
Excited siap nak ulang naik hahaha...




Penat jalan-jalan, moh kita naik menara ni kejap.
Sejuk sket kan hahaha..
Turun je dari menara ni, hujan pun turun hahahhaa...
Tapi tak lebat lagi la kan so moh kita gerak ke tempat lain plak.


Masuk yang game Samurai tu sekali ada problem plak ngan sistem diorang.
Ha time ni hujan dah lebat oiii membasah bumi.


Ada la dalam setengah jam juga kitorang stuck kat area samurai tu.
Hujan redha je terus kita gerak ke tempat lain.


Main kat sini plak la kita.
Semua orang pun cari berteduh kan hahaha...
Ingat nak masuk 4D, tapi dah terlepas plak area 4D.
Moh la kita masuk sini dulu ye.


Tak tau nape kali ni pegi macam tak feel sangat.😅
Maybe next time kita gi mandi-manda plak ye Uyum heheh...

Yang best nya budak-budak ni excited dapat tido kat hotel legoland la.


Kali ni ako booking bilik yang besar sket.
Ada 2 bunk plus 1 king.


Kemain suka dia dapat tido kat atas tapi tengah tengah malam dia bole plak terjatuh gara-gara dia terjaga nak kencing tengah malam. Nasib baik masa tu ako n MAMA dia belum tido lagi. Nasib baik juga kitorang tersedar dia terjaga. Tapi memang tak sempat ar nak sambut dah gedebuk jatuh nya😅


Sibuk suruh amek gambar dia pakai baju mandi tu.
Yang lawak dia cakap, "macam baju taekwando uyum je kan!" hahaha😆



Aktiviti sebelum tido, main lego dan makan megi.
Padahal before tu dah menelan ayam KFC.
Kami tapau je makan kat bilik.
Dah penat-penat siang nya, malas plak nak kuar cari dinner.
Maka nya kita tapau aje la KFC ye. Tapi tetap la lapar kan, nasib memang ada bawa megi cup juga hahaha.... Seronok masing-masing ye dapat makan megi, haha bukan selalu pun dapat makan kan!!


Ada dolce weii!!
MAMA n nina pekena latte dalam bilik.
Perghhh... memang la tido lambat kami malam tu hahaha...



Bilik sekali ngan breakfast ye.
OK la not bad!
Nasib breakfast pun sedap. Puas hati sebab kali ni bole amek makanan sendiri banding pegi tahun lepas, diorang dah sesiap bungkus. Makan dalam sejam je.


Alhamdulilah rezeki diorang dapat tido situ lagi.
Insyallah ada rezeki lagi, kita datang mandi manda plak ye.
Pulang dengan hati yang hepi.
Dengan harapan, sila kumpul duit lagi ye Uyum kalau nak datang lagi hahaha...😝

Kami check out terus lunch di Restoran Haji Jani
Dapat la jumpa sahabat lama kejap kat situ.
Pastu terus ako check in ke Renaissance plak.

Nota Jemari: Tunggu citer corndog si uyum next entry hahaha...