Ini cerita sarapan sebelum balik KL aritu. Ramai sangat orang cakap situ sedap sebab macam-macam ado. So moh la kita cuba!!
Parking tepi jalan ke oii... So pepandai la korang cari parking kosong ye.
Memang penuh je kedai ni. Kalau sampai-sampai takde seat tu harap bersabar la ye.
Nasib agak baik, tak sampai 5 minit gerenti ada je tempat kosong tu.



Pondok Santapan Larkin terletak di Larkin Jaya, berdekatan dengan perpustakaan sultan ismail dan berhadapan dengan Dewan Raya Kg Dato Onn Jaafar, Jalan Datin Halimah, Larkin, JB. Sila la waze or google map je. Memang senang je nak cari tempat ni.


Sampai je kena la beratur dulu ye. Sementara nak tunggu meja kosong, kita tengok menu dulu.
Tapi rezeki kami, tengah beratur, depan kami pakcik tu dah abis makan, terus ako soh Uyum duduk dulu. 


Suasana dalam kedai.


Antara menu yang dijual di situ.
Macam macam ada. Rambang mata sampai rasa nak order semua yang ada hahaha.
Harga pun berpatutan juga.



Kata nya femes roti arab kat situ.
Ha harus la kita cuba kan.


Pelbagai jenis kuih-muih.
Kita beli kaswi dan seri muka.
Seriously lembut gila kuih nya.
Tak manis sangat, sesuai untuk korang yang tak suka manis-manis.


Ini la ghope roti arab nya.
Hahhaha ok bagi ako macam ko makan roti puree je wei.. 😅
Cuma kulit dia lagi tebal sket dari puree...


Roti jala ni pun sedap. Saiz besar juga la.
Puas makan, dapat 2 keping.


Soto pun not bad juga.
Kicap pun pedas!
Untuk tekak ako memang sangat puas hati ar.


Bagi tekak Uyum, konpom semua pun sedap juga!
Semua pun Uyum nak rasa.


Cuma untuk nasi ambeng ni agak kureng sket di tekak ako.
Biasa-biasa aje , takde yang menarik sebab bagi ako macam ada yang kekurangan sket kat nasi ni.

Tapi overall, makanan kat situ semua pun sedap-sedap.
Rekomended!!
Untuk korang yang belum cuba, bole la datang makan.

Ikutkan nak order lagi menu-menu lain tapi bila tengok orang dah beratur panjang, dok jeling-jeling je kan, hahaha so kita sedar diri. Bagi la mereka plak menikmati sarapan juga kan. Maybe ada rezeki kita datang lagi. 


Antara menu terbaik kat sini :
✔️ Roti arab
✔️ Lempeng asam pedas
✔️ Roti jala
✔️ Nasi ambeng
✔️ Laksa johor

Tak sempat nak rasa laksa johor dia. So makna nya kena datang lagi la kan.... 😆

Lokasi :
📍 Jalan Puyuh, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
Hubungi :
☎️ Call/Wassap 012-745 0560



Sebelum balik, sempat singgah sini jap. Murtabak Majis Special Cheese kat Kampung Kurnia.
Kedai ni buka dalam pukul 12 tengahari. Tapi sebab awal-awal kami dah booking murtabak frozen, so pagi tu kami singgah nak collect frozen aje la. Memang setiap kali gi JB wajib pesan frozen murtabak cheese bawa balik KL.

Untuk korang yang nak pesan frozen sesiap , bole wassap no ni --> 012-756 3245
Lokasi : 38, Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru, Johor
Buka setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 7 malam.


Harga terkini (Nov 2021)

Nota Jemari: next trip ....