Pada yang perasan tentang kesihatan ako kat sini, mesti alert kan tentang penyakit radang kidney yang ako tengah hadapi sekarang ni. Masih dalam treatment lagi. Disebabkan itu, sekarang ni ako kena la makan steroid untuk merawat radang tersebut.
Ini jenis steroid yang ako kena makan.
Sekali makan kena amek dalam 10 biji.
Tapi abis je satu batch ni, ako dah bole kurangkan dari 10 ke 8 biji.
Bagus ke makan steroid ni?
Apa kesan sampingan yang selalu orang hadapi?
Actually, ako pernah je dengar pasal steroid ni cuma takde la nak amek tau sangat kan dulu.
Tapi sejak dah kena makan ni, terpaksa juga la kita cari-cari ilmu sket tentang steroid ni.
Jom kita baca apa itu steroid!!
Prednisolone adalah ubat preskripsi steroid. Ia dijual dalam bentuk tablet dan cecair. Disebabkan ia memerlukan preskripsi, anda perlu diperiksa oleh doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan ubat ini.
Prednisolone adalah kortikosteroid sintetik. Ia mengurangkan respons sistem imunisasi terhadap pelbagai penyakit sekaligus mengurangkan gejala seperti rasa sakit, bengkak dan reaksi alahan.
Cara pengambilan ubat dan dos ubat ini adalah berbeza mengikut jenis penyakit yang dihidapi. Berikut adalah maklumat tentang cara penggunaan prednisolone:
Untuk penggunaan Intra-artikular: Suntikan ke dalam sendi yang alami keradangan.
Oftalmik (Opthalmic) 1. Konjungtivitis (Conjunctivitis): Diberi sebagai titisan mata bagi jangkitan mata
Secara oral (Tablet): Prednisolone berguna dalam pelbagai jenis penyakit misalnya 1. Multiple sclerosis 2. Kekejangan infantil 3. Gangguan alergi
4. Asma tahap sederhana dan teruk
5. Sindrom nefrotik
Otik atau Aural: Titisan telinga
Secara intravena melalui saluran darah
Suntikan pada otot (intramuscular)
Secara topikal sebagai sapuan krim untuk permukaan kulit
Rektal: Melalui punggung
Kesan sampingan daripada tablet prednisolone mungkin mengambil masa untuk kembali pulih. Antara kesan sampingan yang biasa berlaku adalah:
Kekeliruan
Kegelisahan
Sakit kepala
Rasa loya
Muntah
Penipisan kulit
Masalah jerawat
Masalah tidur
Peningkatan berat badan (part ni yang ako sangat ketara perubahan nya)ðŸ˜ðŸ˜
Kesan sampingan serius ini harus dirujuk kepada doktor segera. Antaranya adalah:
Tindak balas alahan yang teruk seperti ruam kulit, bengkak pada muka, lidah atau tekak, kegatalan, kesukaran bernafas.
Perubahan emosi seperti kemurungan
Perubahan kadar penglihatan
Sakit mata
Peningkatan risiko untuk terdedah kepada jangkitan akibat penurunan daya imunisasi seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit ketika kencing (“dysuria”).
Tahap gula dalam darah menjadi tinggi menyebabkan gejala seperti sering dahaga, kencing lebih kerap, mudah letih atau keliru, bengkak pergelangan kaki, kulit gatal dan lain-lain.
Ubat yang diambil melalui mulut harus diambil selepas makan untuk mengelakkan sakit perut dan diambil bersama segelas air penuh (8 auns / 240 mililiter).
Jadual dos harus diikuti dengan berhati-hati. Dos dan tempoh rawatan adalah berdasarkan keadaan perubatan anda dan tindak balas terhadap rawatan.
Doktor anda mungkin mengarahkan anda mengambil prednisolone 1 hingga 4 kali sehari.
Penggunaan kalendar atau kotak pil mungkin dapat membantu memastikan pengambilan ubat dari hari ke harii.
Sekiranya anda menggunakan pek dos prednisolone, ikut jadual dos di atas pakej kecuali diarahkan sebaliknya oleh doktor anda. Jangan berhenti mengambil ubat ini tanpa berunding dengan doktor anda terlebih dahulu.
Sekiranya anda menggunakan prednisolone untuk jangka masa yang lama atau dalam dos yang tinggi, anda mungkin mengalami gejala “withdrawal syndrome” jika ubat tiba-tiba dihentikan. Untuk mengelakkan gejala tersebut, doktor anda akan mengurangkan dos anda secara beransur-ansur.
Nota Jemari: Kesan sampingan yang ako tengah hadapi sekarang adalah kenaikan berat badan yang mendadak. Buatkan kaki ako bengkak macam orang tengah pregnant!! HuuwaaaaaaaðŸ˜ðŸ˜!!!!
Bab berat badan naik tu memang jelas dan ketara once kita on ubat ni. Badan macam kena pam! Hehehe
Dahulu, saya masa asma teruk memang kena makan ubat ni macam stok candy. Jenuh tunggu turun dos, turun dos lagi sampai betul2 doktor berhentikan ubat tu. Tak boleh sesuka hati stop makan sebab nanti kena withdrawal syndrome pula.
Akak, rasanya bengkak kaki yang akak alami tu water retention disebabkan pengambilan ubat ni. Saya dulu kalau kena, doktor suruh kurangkan pengambilan garam (ambil low salt diet), pastikan minum air cukup (ni kalau doktor tak suruh akak limitkan had pengambilan air), exercise lebih sikit dan lebihkan potassium dalam diet.
Tapi tang potassium tu akak jangan ikut saya sebab akak ada keradangan pada kidney… takut ada kesan lain pula. The first two/three should be ok. Insya-Allah, bengkak kaki tu akan subside. Take care, kak. Moga dikurniakan kesembuhan dan diberi tahap kesihatan yang lebih baik 😘
Sian ko, aku doakan moga ko kuat, tabah hadapi segala ujian, jangan sedih-sedih tau nanti effect pada diri, be happy dan redha aje ook... apa-apa roger...
Awal tahun Aini ada kene makan steroid sebab Asma. Aini ada radang2 paru2 tapi tak serius. cuma once kene teruk doc bagi la sampai kene mkn 6 biji sehari ubat tu.. mkn ubat tu dgn minum air yg byk jadi senak perut. Alhamdulillah dh x makan dah cuma kene berjaga2 tambah lagi tengah musim hujan ni.
Aini doakan semoga Ako cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa. InsyaAllah.
Berat badan naik tu antara yang saya biasa dengar. Semoga kak Ako kembali sihat. Jaga emosi OK. Makan steroid ni memang mudah kesihatan mental terganggu
Betul Ako...memang amik steroid akan naik berat badan..sama macam staff kat sini...dari kurus kering jadi..ermmm...paham paham la..kami hampir x kenal dia...lepas tu x lama tu dia tender resignation...sekarang dia dah back to normal base on IG dia la....
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging . For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com
19 Comments
Selalu dengar juga berat badan naik.
ReplyDeleteHarap makan sekejap sahaja.
kaaann....!! kena bertahan la smp selesai treatment ni..
DeleteBab berat badan naik tu memang jelas dan ketara once kita on ubat ni. Badan macam kena pam! Hehehe
ReplyDeleteDahulu, saya masa asma teruk memang kena makan ubat ni macam stok candy. Jenuh tunggu turun dos, turun dos lagi sampai betul2 doktor berhentikan ubat tu. Tak boleh sesuka hati stop makan sebab nanti kena withdrawal syndrome pula.
Akak, rasanya bengkak kaki yang akak alami tu water retention disebabkan pengambilan ubat ni. Saya dulu kalau kena, doktor suruh kurangkan pengambilan garam (ambil low salt diet), pastikan minum air cukup (ni kalau doktor tak suruh akak limitkan had pengambilan air), exercise lebih sikit dan lebihkan potassium dalam diet.
Tapi tang potassium tu akak jangan ikut saya sebab akak ada keradangan pada kidney… takut ada kesan lain pula. The first two/three should be ok. Insya-Allah, bengkak kaki tu akan subside. Take care, kak. Moga dikurniakan kesembuhan dan diberi tahap kesihatan yang lebih baik 😘
Adoiii... dok pk camne nak diet lps ni oiii!! hahaha...
Deletetgk kaki tangan dah seriau plak...
semoga kita istiqhomah la lps ni
semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan ... take care
ReplyDeleteSian ko, aku doakan moga ko kuat, tabah hadapi segala ujian, jangan sedih-sedih tau nanti effect pada diri, be happy dan redha aje ook... apa-apa roger...
ReplyDeleteAwal tahun Aini ada kene makan steroid sebab Asma. Aini ada radang2 paru2 tapi tak serius. cuma once kene teruk doc bagi la sampai kene mkn 6 biji sehari ubat tu.. mkn ubat tu dgn minum air yg byk jadi senak perut. Alhamdulillah dh x makan dah cuma kene berjaga2 tambah lagi tengah musim hujan ni.
ReplyDeleteAini doakan semoga Ako cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa. InsyaAllah.
pernah ambik prednisolone ni dlu masa kena alergik teruk.. tp x ambik berpanjanganlah.. semoga kak ret cepat sembuh dan dipermudahkan semua urusan
ReplyDeleteBerat badan naik tu antara yang saya biasa dengar. Semoga kak Ako kembali sihat. Jaga emosi OK. Makan steroid ni memang mudah kesihatan mental terganggu
ReplyDeletesemoga kembali sihat..seriau jg kena makan sampai 10 biji...
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh kak
ReplyDeleteAdik saya yang doctor pun pernah cerita efek samping obat2an yang mengandung steroid, itulah kenapa tak bisa sembarangan orang konsumsi steroid nih.
ReplyDeleteSemangaaaat akak ❤️. Semoga cepat lepas Yaa dari konsumsi obat nih.
Fuhhh...panadol yang sebijik tu pun perit nak menelan. Inikan ubat sepuluh biji. Hu3.
ReplyDeleteMoga diberikan kesembuhan buat Kak Ret.
Ghisau kalau kesan ubat ubatan ni. Kenalah kita ikut nasihat doktor dan kawal pengambilan ikut kesesuaian. Semoga KakRet kembali sihat. Aamin...
ReplyDeletesemoga Ako cepat sembuh
ReplyDeleteKesan sampingan sementara dan sekejap inshaAllah. Moga sis cepat sembuh dan sihat segera. Aameen.
ReplyDeleteBetul Ako...memang amik steroid akan naik berat badan..sama macam staff kat sini...dari kurus kering jadi..ermmm...paham paham la..kami hampir x kenal dia...lepas tu x lama tu dia tender resignation...sekarang dia dah back to normal base on IG dia la....
ReplyDeleteSemoga kak ret cepat sembuh seperti sedia kala
ReplyDeletesyu pernah mkn hampir sbulan steroid ni. mmg berat naik byk. huhu
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com