Alhamdulilah selesai sudah majlis kenduri anak Sis Lin. Semua pun berjalan lancar. Tahniah sislin sekeluarga. Welcome to the family Khidir!!

Just nice je sampai sampai je pengantin pun dah bersanding. Dapat la tengok pengantin atas pelamin kejap. Ekceli hampir tersalah masuk dewan asalnya hahaha... Excited pi follow satu rombongan dari belakang sebab ingat kan tu la dewan nya. Nasib baik belum sempat scan bagai hahaha... Pastu terperasan macam lain maciam je ahli keluarga perantin kat dewan tu. 😂 Tersedar rupanya dah salah dewan cecepat gi cari dewan yang sepatutnya. Tu yang terlepas persembahan kompang ngan tarian apa ntah masa pembukaan perantin yang sebenar nya.


Rezeki lepas scan mysejahtera dan suhu, pastu RELA siap bagi no giliran, masuk dewan je nasib la ada lagi tempat kosong kat bahagian paling hujung dan ke belakang sket. Walau mula nya takde la dapat semeja ngan ahli keluarga kan tapi its ok, janji dapat kusi meja untuk makan hahaha.

Jeling-jeling sekeliling gak kot la nampak muka-muka yang dikenali tapi nan ado.
Kisah nya ramai duduk belah belah dekat ngan pelamin gitu hahaha... amek berkat ke hape tu 😆😜
Even mak perantin pun kita tak sempat nak jumpa awal-awal tu ahahha.. Bizi bebenor mak perantin nya.


Masuk je dewan tengah bacaan doa plak.
Terpaksa la kita stop kat tengah-tengah pintu masuk dulu.
Terstuck plak kat situ sambil dok jeling-jeling meja kosong kat depan tapi nan hado la kan.


Kabur la sket ye, kita cuba close up perantin atas pelamin.
Kita cuba hai hai tapi perantin tak pandang kat kita hahaha... *motip sangat nak pandang kat ko kan! hahaha* 😆


Orang pertama yang tegur kita.
Hahahaha... tanjat kita wak!
Pemilik blog Alam Sari Di Tanah Jauhar sudi tegur kita!! hehehhe...😅
Tengkiu kak Seri sudi tegur kita... kita dah dok kat belakang2 tu memang tak nampak sesape dah.
Tak nampak pun CikSun, Nona n lelain.
Kot la bole hai hai lelambai ke kan tapi sampai ke sudah tak jumpa juga😂


Tunggu acik Linda ni sampai naik kematu montot aii...
Takut kena halau abam RELA.
Sebab lama sangat dok kat dalam hahaha....
Kalau kena halau, kita bai bai aje la kat acik Linda aritu.
Tu ar sape soh sampai lambat sangat kan.... 



Bila geng KAMIE berjumpa.
Havoc la kejap.
Terpaksa cover pipi yang tengah mengelembung tetiba. *dah macam kena cucuk botox oii pp ako tetiba*😭😭


Sebelum balik sempat la bergambar ngan perantin atas pelamin.
Geng KAMIE tak cukup korum.... mak perantin mana mak perantin???!!😝




Kita pose ngan kakak perantin....
Mak pak perantin bizi bebenor..


Tahniah SIS LIN n ABANG SABAR, dapat menantu!
Semoga perkahwinan anakanda Nurul Nazryyana dan Khidir kekal selamanya.
Sorry tak dapat nak lepak lelama, nak borak-borak kan..
Next time ada rezeki kita gather2 geng KAMIE oii....
Rindu nak membawang ngan korang semua wkakakaka... 😆

To Yana,
Selamat Pengantin Baru, Dik!!
Semoga kekal bahagia selama nya....

Overall, makanan superb!
Show pun hebat! Walau ako nampak sipi-sipi je penari nya tapi ok la terhibur juga si Uyum😆
Paling suka bubur kacang dia....
Memang tak dan nak snap gambar makanan sebab sedap sangat sampai bertambah-tambah kita hahaha...

Last nak cite, Uyum suka betul dengar lagu "Selamat Pengantin Baru" nyanyian Anita Sarawak tu.
Dok ulang-ulang nak dengar pastu dengan pelbagai soalan tak henti-henti;

"kakak tu lepas kawen dia balik rumah siapa?"
"Dia balik rumah mak dia tak nanti?"
"Kenapa dia kena kawen?" <--- soalan ni susah nak jawab hahaha
"dia nanti lepas tido umah dia, dia jumpa tak mak dia?"
"Dia bole bawa kereta ke?"

Adoiii..... hari-hari dok tanya soalan yang sama bila tengok gambar kawen si Yana ni.😆😆

Nota Jemari: Ku lihat kamu dari ko kecil sampai dah jadi bini orang.... 😍