Back to normal again!
Hahahah seminggu internet buat hal plak dia ye.πŸ˜…

Cerita ahad lepas 21 November.
Hantar abam ABIN balik asrama.
Setelah lama nya Perak dah masuk fasa 4.
Maka tiba la masa nya ABIN pulang ke sekolah balik.
Hahahah tapi kejap je la 2 minggu pastu 10 Disember dah balik rumah, cuti sekolah plakπŸ˜…
Jadi nya barang-barang yang di bawa kali ni mana yang perlu aje la.

Pagi-pagi dia request nak bawa spageti goreng ke asrama.
So pagi-pagi la MAMA siapkan bekal untuk dia.
Jam 8:30 pagi baru kami gerak ke Trolak.
Sejam lebih je pun perjalanan nya.
Sempat la kami singgah sarapan kejap di RnR Sg Buloh Jejantans tu.


Sampai MRSM Felda lebih kurang 10:30 pagi.
Ingat kan tak ramai, sebab baca dalam group wasap, ramai juga yang sampai awal2 pagi.
Tapi rupa nya masa kami sampai berderet dah kereta-kereta dok beratur tunggu giliran nak masuk pagar sekolah.


Prosedur, kena scan my sejahtera dulu setiap kereta.
Pastu setiap orang dalam kereta kena check suhu walau semua pun takde nya nak turun kan hahaha.
Pastu pelajar yang belum buat buat swab test kat rumah wajib buat kat sekolah sebelum masuk hostel.
Moh la kita tunggu abam ABIN buat saliva test kat dewan. 


Prosedur semua smooth aje. Takde nak berebut-rebut or bersesak-sesak.
Lagi pun belah pagi untuk pelajar lelaki.
Giliran pelajar perempuan untuk 'check-in' belah petang.
So, alhamdulilah la takde la crowded or 'jam' kat kawasan sekolah tu kan.


Ha sikit je barang abam ABIN kali ni.
Bawa mana yang perlu aje.
Hahhaha 2 minggu lagi dah nak balik ...


Gambar abam ABIN takde.
Kita tempek gambar asrama dia je la.
Kemain dia tak sabar nak balik hostel kata nya.
Dah bosan duduk rumah.
Sabar aje la!!

Ha ko tunggu lagi 2 minggu....
Lepas tu sebulan ko cuti balik hahaha...πŸ˜†

Nota Jemari: minggu exam kan skrg ni?!