Jumaat baru-baru ni kakak ako ajak berbuka sesama.
Kita ON aje. Lagi pun malas nak pikir dah nak masak apa hahaha.
AKo pestime juga nak jejak Restoran 10Binjai ni.
Selalu dengar tapi tak tau kat mana hahaha..
Nasib la setelah di gugel, senang rupanya nak cari restoran ni.

Makan buffet la kan.
Harga dia RM118 tapi kami dapat diskaun.
Jangan tanya pasal diskaun sebab abang ipar yang bayar hahaha.




Patut la kakak dan abang ipar ako suka makan kat sini.
Tempat nya memang luas sangat.
Banyak gila ruang makan diorang.
Makanan pun banyak pilihan.


Mi goreng ni dah siap goreng, habis je mi, diorang goreng kue teow pulak.


Kambing golek ni antara menu utama kat situ.


Ada sate.














Tak terkata dah weii,, banyak gila menu dia.
Memang puas la makan.
Air dia pun sampai macam-macam jenis oiii....
Yang panas, yang sejuk!

Kuih muih jangan citer la kan.
Pelbagai jenis juga.
Paling budak-budak suka, ada station eskrem & waffle.
Si Uyum ngan Imran berulang-ulang gi amek eskrem ngan waffle tu.


Tak cukup korum adik badik....
Tunggu adik laki ako yang dok Batu Pahat balik KL.
Baru dapat berkumpul semua sekali.



Last but not least, kebetulan ternampak Angah Raja Lawak kat sana.
Terus diorang excited nak bergambar.
Layan kan aje la.

Alhamdulilah rezeki berbuka kat sini.
Berbaloi oiii dengan harga.
So next year bole makan situ lagi.

Korang dah selamat sampai kampung ke tu?
Ako raya kat KL je.
Yeehaaa KL lengang oiii!!! 😅

Nota Jemari: Cuti raya, blog pun cuti juga tak eh? 😁