MINGGU MELAWAT ABIN

MINGGU MELAWAT ABIN


Ahad lepas, ala yang baru-baru ni, kami sempat melawat ABIN kat asrama.
Kebetulan minggu lepas minggu outing dia.
Jadi kami pun amek kesempatan la jalan-jalan ke Perak.

Asal nya nak bertolak awal pagi.
Konon nak gi berkelah la. Sebab kebetulan masa kami je Tanjung Malim ada ternampak tasik tepi jalan tu. Beriyer la konon nya nak gi berkelah bagai. Sudah nya pukul 10 pagi baru nak gerak dari KL, pulak tu dapat mesej hujan lebat di tempat Abin. Maka nya kita pendam kan aje la niat berkelah tu ye. Maybe lain kali kita bole plan lain plak.


Budak ni memang excited la kan bila kita cakap nak gi berkelah bagai.
Siap dah bawa baju renang sesiap. 
Sebab ako gugel juga, kat area situ ada kawasan air terjun.


Frust sangat dah dia ni sebab planning nak berkelah tak menjadi.
Nak mandi manda apatah lagi.
Membebel-bebel dalam kereta sampai la ke KL hahah😅


Merenung padang aje la ye sambil membayang kan keluasan padang ibarat luasnya swimming pool hahaha 😆😆



OK dah jom balik!!
Selesai membeli belah barang keperluan ABIN, dah makan-makan area bandar Tanjung Malim, moh la kita balik. 


Mengharungi jam yang tiba-tiba di highway, kami amek keputusan masuk jalan lama.
Melalui Ijok sampai la ke Selayang...
Alhamdulilah perjalanan agak mencabar juga tapi selamat juga sampai ke rumah.

Disudahi entry ni dengan gambar budak ni tido.
Moskel sungguh, mana dia dapat spek yang takde cermin tu gaknya 😆😎
Ok sekian....!

Nota Jemari: Cuti tahunan ako bertambah banyak... nak kena abiskan cuti ni😁

Post a Comment

15 Comments

  1. Uyum pandai buat gaya depan kamera. Terhibur tengok.
    Wah boleh mandi tepi tasik.

    ReplyDelete
  2. Nampak kekecewaan pada muka budak yang tido tuuu.. hehee.. Xpa.. lain hari singgah lagi

    ReplyDelete
  3. Pandai membebel ya boodak ni.. spek tu mesti beli kat kedai tikam, hahaha

    ReplyDelete
  4. Comel budak yang kecewa tak leh main air tu. hihi
    Ingatkan dia dah Abin, kecilnya duduk asrama. rupanya abang yang duk asrmaa.

    ReplyDelete
  5. Alolo cian budak comel ni..
    Takpe ada rezeki nnt leh pi lagi

    ReplyDelete
  6. Macam2 la Uyum ni hehe. Abin tak homesick ke Kak Ret?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak..... dia lg suka dok hostel dr kat rumah ahhaha

      Delete
  7. Sian dia. Sampai tertido-tido. Pandai posing. :)

    ReplyDelete
  8. cuaca tak menentu bahaya mandi di air terjun. Ajak Nina cari swimming pool jela Uyum

    ReplyDelete
  9. Hahahaha dah kenapa spek mata patah gitu? Hahahahah

    ReplyDelete
  10. Kesian dia. Penat berposing, last-last tidur. 🤭

    ReplyDelete
  11. kepenatan ya uyum.

    bestnye ako ada byk cuti lg

    ReplyDelete
  12. Dapat bayangkan macma mana dia membebel tu..lebih kurang Aydan gak ni....

    ReplyDelete
  13. ahahahahah mana dapat spek tu uyum oiii! kemain dia manja betul dengan abin ekkkk

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com