LAST BERBUKA SEBELUM "PANIK RAYA"     LAST BERBUKA SEBELUM "PANIK RAYA"

LAST BERBUKA SEBELUM "PANIK RAYA"

"Panik Raya!"

Semua orang pun hampir kelam kabut kan.
Tapi sebelum kami terasa bahang panik nya tu, kami sempat la berbuka kat luar.
Kebetulan adik bongsu yang kat Batu Pahat tu dah sampai, jadi nya kami adik badik pun plan berbuka aje kat luar kan. Malas nak masak pun iye juga malam tu.

Maka tempahan tempat berbuka pun dibuat.
Kali ni kami pilih Cosy Place yang terletak kat Wangsa Maju.
Senang nak parking dan tempat pun nice.
Buffet pun murah-murah aje.



Tempat ni dah lama je wujud.
Dulu-dulu memang ako suka lepak sini makan.
Foods dia pun not bad gak.


Kat sini pun konsep 'open kitchen' juga.
So, ko bole nampak kebizian chef menyediakan hidangan korang.
Tapi chef kat sini takde la 'garang' mcm kat tempat aritu 😅


Masuk-masuk je dah nampak dessert.




Ada eskrem... ABC... buah-buahan dan kuih-muih.


Air dia tak banyak jenis tapi ok la  kan tetap ada air panas dan sejuk.
Jom tengok menu-menu kat bawah ni.














Alhamdulilah, ok la not bad gak menu dia.
Bersesuaian la dengan harga kan hehhee...
Ingatkan dah hujung-hujung puasa tak ramai, sekali dah nak waktu berbuka, eh eh tetiba meluru orang ramai masuk kedai 😅 Full House jadi nya.

Pastu dah hujung hujung makan jam 8:15 pm dapat mesej.
Bertalu-talu mesej masuk.
Eh dah ghaye??!!!
Hahahaha apa lagi semua pun kelam kabut setelkan makan, segera gi cari ayam.
Bukan la nak buat rendang. Kita beli ayam nak buat soto je pun😆
Sekali ayam habis tapi nasib baik sempat grab sekor ayam.
Fuh lega!!



Family kami tak besar, orang-orang je yang makin membesar 😆😆
Tiga tahun tak jumpa adik nan satu, alhamdulilah tahun ni dapat kami berkumpul sesama.


Sebelum balik jom layan mercun jap.
Pekerja-pekerja situ sakan pasang mercun 'cina' yang merah tu. 
Hahahha konpius jap, ni kira ghaye melayu ke cina 😅

Pape pun Selamat Haghi Ghaye korang!!!
Salah silap terkasar bahasa dalam mencoret sesuatu, harap dimaafi.

Nota Jemari: Eh kejap dah nak masuk raya ke-3... korang raya mana tu?

Post a Comment

14 Comments

  1. Kita tgh membayangkan, cemanalah hotel2 nak refund semua tempahan customer hari isnin tu, kan. Dahlah tentu2 bahan mentah semua dah beli, sekali, kita raya pulak 🤭

    ReplyDelete
  2. Cosy Place..nmpk cantik & cosy..makanan pun ok..

    ReplyDelete
  3. Saya raya BP.. Selalu balik awal sehari ke kampung tapi kalini dapat cuti awal, so geraklah awal... x sangka Isnin rayo... Hahahaa.. Tak hapdet pulak menu terakhir Ramadan sebab terkejotss raya 😄

    ReplyDelete
  4. tulah kan, kata hujung puasa ramai dah balik kampung, tapi gi mana-mana pun dalam KL tetap ramai orang

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap menu berbuka. Alhamdulillah, dapat kumpul adik-beradik.
    Saya beraya di Manjung je. Tak ke mana pun.

    ReplyDelete
  6. Terbengkalai blog SA..hahha..hari ni baru nak on balik start enjin...Selamat Hari Raya Ako...maaf zahir batin...tak raya mana pun..ada je kat Seremban..cubaan raya ke 3 je dapat balik kampung..cubaan raya pertama ngan raya ke 2 gagal sebab jammed teruk...

    ReplyDelete
  7. banyak jugak lauk pauk dia di situ.

    tulah, semua org panik kejap. tiba2 raya. ingatkan prank mula2 tu. haha

    ReplyDelete
  8. Memang panik gilerr.. dah macam haperr kat dapo hahahaha.. dengan rumah tak kemas lawak betullll... apa-apa pun kenangan raya yang takkkan di lupakan..

    ReplyDelete
  9. byk pilihan menunya, alhamdulillah...semua nampak menariks.. mat ri yer, maaf zahir batin juger..

    ReplyDelete
  10. Salam Aidilfitri Ako.. Sha raya di Behrang je.. Tak kemana pun.. Sempat jumpa abang di kedai mamak area Subang, lepas tu melepek dekat rumah.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Bulan puasa kedai mana yang tak penuh Kak Ret hehe. Hotel 5 bintang yang mahal tu pun sanggup je orang bayar nak makan sedap2.

    ReplyDelete
  12. Ini jadi inget raya beberapa tahun lalu, yg beda2 menentukan hari rayanya 🤣🤣. Saya ingat sangat, papa mama dah beraya di Medan, sementara saya di Jakarta ikut pemerintah keesokan harinya 🤣🤣🤣. Hazab betul. Sepupu yang mengira puasa bakal jatuh besok,, tapi ternyata masih puasa, langsung pusing melihat makanan yg udah dimasak wkwkwkwkwkwk.

    Untungnya lebaran THN ini agak kompak pemerintah dan beberapa aliran keagamaan, jadi tak ada lagi yg beda2 rayanya 😅

    ReplyDelete
  13. Sesekali dapat berkumpul dan berbuka sama memang best. Dah hujung hujung ramadhan memang malas sikit nak masak juadah berbuka. Banyak menu best best kat sini.

    ReplyDelete
  14. hahahahah dahsyatttt..sempat lagi diorang berbuka kat luar sebelum panik raya...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com