Balik dari hantar abin baru-baru ni sempat la kami singgah ke Tanjung Malim.
Sebab nak elakkan jem kat highway, jadinya ako ikut la jalan lama dari Trolak tu.
Eh eh lagi dekat rupanya klu ikut jalan lama nak ke tanjung malim bandingkan ikut highway.

Dah alang-alang kat area situ, sempat la roger2 cousin yang dok kat Proton City.
Ekceli mesej dia just nak tanya tempat makan best area Tanjung Malim tu.
Rezeki betul sebab rupanya dia dah balik dari Kedah dan memang dah ada kat rumah pun.
Memang pucuk dicita la kan, terus zasss ke rumah beliau aje la.
Kita lunch sambil gosip-gosip bagai.
Al maklum bertahun tak jumpa cousin nan sorang ni.😆



Macam biasa la dia ni kan, harus buat macam rumah sendiri kekdahnya hahah.


Banyak betul gosip kita ye Tok Bond hahaha....
Terima kasih la jamu kami, dari biskut sampai la ke nasi. 😅
Ada rezeki kami singgah lagi.
Tahun depan kita konvoi la plak ye.
Jangan serik terima kunjungan kami hahahaha 



Balik je dari Proton City, on da way nak kluar tol Tanjung Malim, lalu la kat pekan dia.
Eh eh nampak Zus Coffee besar oii tepi jalan.
Moh la kita singgah.
Mula nya nak drive thru aje sebab takut takde parking kan.
Sekali eh ada plak parking kat belah belakang.
Apa lagi, jom la kita order kat dalam aje.


Ako is first time nak try Zus Coffee ni. Walau kat area rumah ada je tapi susah sangat nak parking kalau kat area rumah ni. Sebab pertama kali kan, kita install la apps dia. Kata nya ada promo Buy1 Free1 tau untuk first timer yang guna apps. Ha jom le kita cuba!!


Macam terror no nak guna apps tu kan hahaha...😅
First time nak order pun x tau.
Tak tau apa yang sedap kat situ.
Jadi nya kita amek machiato yang selalu order kat tempat lain.
Pastu kita try 1 signature coklat dia dengan 1 chamomile tea.


OK memula dia dah bagitau tea tu takde gula.
So kita pun letak la gula hahaha tapi end up still tawar gila teh dia.😅


Pastu coklat dia semanis2 umat!!!
Bole potong kaki dibuatnya oii hahaha...
Machiato dia pun macam ada kureng sket.
Tak tau apa yang kurang.

So kesimpulannya, kopi situ bkn citarasa tekak ako kot😅
Ke ako yang salah pilih air hahahha ntah la.
Yang pasti setakat ni air pilihan untuk pertama kali tak menepati citarasa 🙊

Kat tekak korang ok eh???😂

Nota Jemari: Kita kena cuba, tak cuba tak tau kan!