Sungai Besi - Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) Fasa 1 telah dibuka baru-baru ni. Tak silap ako PERCUMA selama sebulan. Memandangkan dihari kejadian kami takde plan ke mana-mana, maka nya moh la kita jalan-jalan menyusuri highway SUKE ni.
Memang tiada arah tuju pun cuma kami teringin nak tau ke mana arah laluan SUKE ni akan membawa kami. Dalam perjalanan tu baru la tau perjalanan ni boleh membawa kami sampai ke Kajang / Seremban. Terus terlintas nak menyinggah ke Cyberjaya. Hahaha jauh menyimpang nya tu kan 😅
Asalnya kami nak ke Butik Cloverush yang terletak di Cyber tapi bila google rupanya mereka tutup plak pada hari itu. Jadinya dah alang-alang sampai ke hujung highway SUKE, kluar di persimpangan Maktab Polis Diraja Cheras, jalan yang menuju ke Kajang / Semenyih, kita pun berubah la arah tuju. Terus ke Kota Warisan di Sepang. Hahahhaa memang jauh sungguh kami 'tersasar' 😆
Alhamdulilah sampai kat sana walau masih hujan tapi tak selebat dalam perjalanan tadi. Renyai-renyai sahaja kat atas bukit tu.
Terletak di kasawan perumahan. Mula nya ako macam moskel sebab tak nampak langsung bukit bukau kat area situ hahaha... Tapi lepas dah masuk simpang yang sepatutnya, ha baru la rasa konpiden sket sebab memang jalan nya pun mendaki sket.
Dalam bangunan ni je yang dibuka.
Yang ni set ikan bakar.
Jadi ruang makan di bahagian luar ni hanya di buka selepas jam 3 petang.
Kami pun posing-posing je la dulu kat kawasan luar kedai ni.
Ako pasti view kat sini waktu senja sangat cantek!
Kami sampai hujan renyai renyai.. jadi pemandangan agak berkabus sket.
Takde orang sangat masa kami sampai. Berlari-larian Uyum dan abang Aqeem.
Ha nasib tak bergolek-golek macam pilem hindustan plak kan hahah..
Puas terlompat, snap sana sini, moh la kita masuk ke dalam, tengok menu apa yang ada.
Area ni pun derang tutup ... Jam 3 petang ke atas baru diorang buka.
Ini kira ruang utama untuk buat order.
Masuk je kami ke dalam, tetiba hujan turun dengan lebat nya hahaha nasib baik sempat kami sempat berteduh.
Menu memang banyak pilihan tapi semua nya hanya boleh di order selepas jam 3 petang.
Jadi nya apa je menu untuk makan tengahari?
Eh ada ada, jangan risau!!
Walau menu lunch tak banyak sangat pilihan tapi ok la kan sebab masih ada mende juga bole diorder.
Ruang dalaman yang simple je.
Nasi lemak goreng + Chicken Chop.
Errmm... ekceli masa order menu ni ntah nape ako terbayang kan ciken cop yang saiz besar tu hahaha sekali bila sampai macam speechless kejap. Sebab di luar jangkaan ako. Nasib baik yang makan ni bukan ako tapi si Uyum. So, kalau Uyum yang makan memang semua dia bedal aje la kan. Jenis yang tak kisah sangat janji ada tolo hahahha
Nasi ayam butter cream ke hape nama nya.
OK yang ni pun ako speechless gak sebab ako bayang kan kuah creamy yang banyak gitu.
Tapi bila tengok ermm ayam dia pun bole kira berapa ketul la sangat, kuah pun ciput je, ermm ni pun bukan ako yang makan. Menu untuk abang aqeem. Dia pun telan aje la tak banyak songeh haha
Yang ni ako lupa nama... Kalau tak silap macam set kambing bakar gitu.
Overall bagi ako untuk lunch punya set ni so-so je la. Maybe menu selepas jam 3 petang lebih menarik kan.
Tapi kalau korang nak mencuba, ok je sila la ke :-
Hilltop cuisine, Persiaran Warisan,
Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor
IG : https://www.instagram.com/hilltopcuisine/
Korang boleh buat tempahan juga if nak buat event ke kan.
Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor
IG : https://www.instagram.com/hilltopcuisine/
Korang boleh buat tempahan juga if nak buat event ke kan.
Klik sini untuk tempahan --> Hilltop
Lunch Set dibuka dari jam 12 pm - 3 pm setiap hari
.:Info dari IG Hilltop:. |
Lepas ni kena try datang lewat petang sket la kan untuk cuba menu yang lain plak sambil menikmati pemandangan suasana atas bukit.
Nota Jemari: maybe sebab kami ni suka makan kot, terasa portion tu macam ciput plak hahah
19 Comments
Luas juga kawasannya tu. Kalau cuaca elok mesti lagi cantik kan. Teringin juga nak pergi. Kena pergi petang petang lah baru meriah banyak pilihan. Boleh juga tengok sunset atas bukit ni.
ReplyDeletetu ar ramai ckp sunset view situ cantek....
DeleteJauhnya pegi makan hehe.
ReplyDeletehhahahaa tu ar bkn selalu kan :D
Deleteoo..dah rasmikan SUKE...ada kambing bakar yg best tu..
ReplyDeleteaha... sok dah buka sepenuhnya kena try lagi ar :D
DeleteSerius!! kita tengok portion food tu mmg macam sikit sangat..mungkin sebab bawah 15 hengget kut..
ReplyDeletekaaannn!! portion tu mmg rasa sikit ... agaknya la kan sbb bawah harga rm15 maybe dia pun letak ciput je la hahaha
DeleteSA pun x pernah sampai lagi...tunggu Dania nyer keta sampai dulu nanti bleh jenjalan naik keta
ReplyDeletewah sok dah dapat kete, jauh langkah SA ngan Dania ni hahah
Deleteselalu orang datang sini for the view. jarang sebab makanan. nasib baik kak Ret tak terlajak ke KLIA. hehe
ReplyDeleteTidak boleh pesan lepas itu tunggu pukul 3 petang sebab tidak lamakan?
ReplyDeleteHehe tengok memang ciput lebih-lebih lagi yang butter chicken.
Menarik tempatnya..
ReplyDeletesabtu kita try jga ikut suke ni he hee keluar kajang. antik view masa tu
ReplyDeleteView cantikk hehehe
ReplyDeleteJauh benar tersesat tu :p
ReplyDeleteNasi lemak goreng eh.. Lain macam.. hehehe>>
ReplyDeleteCantiklah kawasan dia..
Ammi sebenarnya pernah pegi sini masa bulan puasa haritu..dah alang-alang ke Mitsui masa tu. Bila masuk situ nak book tempat berbuka sekali ammi tengok kat kitchen ni ramai cina, yg direct kita ke seat pun cina. terus ammi macam...ehhhh owned by Chinese ke. Halal ke tidak terus malas nak google or apa ammi keluar cari tempat lain utk berbuka.
ReplyDeletewah dh rasmi highway baru...kita tk try2 lg...hah jauh trus ke hilltop....mlm2 cantik viewnya tgk kwn pegi..tp menu lunch tu ciput je lauknya
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com