23 September 2022 aritu kami plan nak gather makan-makan. Kebetulan sorang kakak ni nak banjer adik adik comel dia makan hahhaa... Kami semua ON aje. Walau ada yang last minit memula takmoh join, tup tup dapat gak ikut serta setelah dipaksa hahahah..
Lokasi perjumpaan adalah di Cili Kampung terletak bersebelahan dengan Hartamas Shopping Centre. Memandankan ini kali kedua ako makan kat situ, maka segala urusan tempahan ako la kena handle😅
Bagi tempahan hujung minggu iaitu dari Jumaat hingga Ahad, kena buat booking melalui website diorang ---> https://letsumai.com/widget/cili-kampung
Ada 2 slot untuk lunch dan 3 slot untuk dinner.
Lunch 1 : 12.00pm – 1.45pm
Lunch 2 : 2.00pm – 3.45pm
Dinner 1 : 6.00pm - 7.45pm
Dinner 2 : 7.00pm - 8.45pm
Dinner 3 : 8.00pm - 9.45pm
Memandangkan lunch hari Jumaat kami agak panjang sket, jadi kami pilih hari Jumaat dan slot jam 12 tengahari. Sebenarnya makan kat sini agak rushing juga unless slot selepas korang tu tak ramai yang booking, so bole la lepak lama sikit kan. Tapi kalau korang jenis yang nak lepak lelama , nak menikmati lauk pauk, disarankan pikir la banyak kali kalau nak makan kat situ hahaha 😅
Satu lagi info, kalau booking hujung minggu kena bayar deposit RM20 /seorang.
Masa pertama pergi takde deposit dan boleh buat pre-order foods dulu.
Tapi pergi kali ni tak bole nak pre order foods. Sampai sana baru bole order.
Mungkin ada kes yang orang dah booking, dah order tapi tak datang.
Actually ako suka suasana kat sini tapi tu la tempat dia ekceli macam crowded sket tau.
Bertabah la ye kalau korang jenis yang suka berborak kuat-kuat, gelak tak hengat dunia hhaha...
Memang orang kiri kanan kena bersabar la ye 😅
Kan slot kami jam 12 pm tapi knowing hari jumaat, jalan sesak sket kan waktu lunch, nasib baik kami sempat sampai 15 minit selepas tu. Diorang akan save the table just for 15 mins je tau. Lebih tu kira hai hai bai bai je la. Kami yang terawal sampai walau hampir hampir nak lebih 15 minit dah time tu.
Ha moh la kita tengok lauk pauk apa yang di order.
Bekas nasi ni besar gila hahaha.... So kalau korang memang jenis yang suka menambah, tak perlu risau kalau nasi tak cukup. Memang konpom berlebih-lebih tau!
Asam pedas ikan siakap. Pekat betul kuah nya. Pedas, cukup rasa la bagi ako!
Ikan dia pun fresh.
Sotong sambal cili api. Mostly bahan utama kat situ semua berasaskan cili api la kan hahah.
Kailan ikan masin. Pasti korang bole agak dah rasa dia camne kan. hehehe sama je macam kat tempat lain.
Daging masak lemak cili api. Perghhhh memang power oiii!! Antara menu wajib korang order kat situ. Daging dia dihiris halus, memang lembut gila. tekak ako memang rasa puas makan. Kalau bole memang nak hirup kasi licin kuah nya hahaha
Udang sambal petai ni pun salah satu pebret ramai yang order. Memang sedap! Udang nya pun besar dan fresh. Cuma portion dia macam ciput la hahha tapi maybe sebab dia guna udang yang besar kot. Tak silap bilangan udang tu ada la dalam 6 ketul je kot. Kalau datang beramai kena la order 2 portion.
Ada lagi menu tambahan lepas tu tapi tak sempat nak snap gambar. Dok ralit berborak sakan.
Air pun menarik tau tapi tu la nan ado gambar airnya hahaha
It's US.... Thank you kak farina (yang depan speaky tu) sebab sudi banjer kami makan.
Lama tak gather-gather kan, sekali bila jumpa, memang banyak betul isu topik perbualan nya ....
Minta maaf la ye orang sekeliling dengan gelak ketawa kami yang berdekah dekah tak ingat-ingat.
Sebelum kena halau dari situ, sempat la snap kat depan kedai ni.
Eh perjumpaan kami tak abis kat situ je. Tak puas bersembang kat Cili Kampung, kami sambung plak berborak kat starbuck dalam Hartamas Mall tu. Kita order la air kopi dan kek seketul dua buat pencuci mulut hahaha...
Kali ni AG Hana yang belanja. AG ni dulu director ako, lepas dia naik pangkat jadi assistant governor (AG), masih lagi dia suka join lepak ngan kitorang. Time ni la kadang-kadang as pekerja marhain, kita mengadu la sket kan pape yang patut dengan harapan aduan kita tu sampai la ke orang atas-atas ni 😆 Tapi mostly pun kitorang borak lebih kepada life memasing je pun. Citer pasal our coming holiday. Jalan-jalan cari makan... hahahha rata-rata kami memang suka makan! Kalau ada rezeki lagi, boleh kita buat trip JJCM jauh sket ye kengkawan semua .
Kat sini pun borak memang tak ingat orang sekeliling ... Nasib la tak kena halau😅
Pape pun terima kasih lagi sekali buat Kak Farina dan AG sebab menaja lunch kami pada hari itu.
Semoga murah rezeki untuk semua nya ye.
Psstt agak-agak jadi tak trip kita ke Ipoh ni ooii??!!! hahaha
Untuk yang nak cuba makan di
CILI KAMPUNG :-
Lot No V-02, Hartamas Walk,
Hartamas Shopping Centre, Jalan Sri Hartamas 1,
Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
014-965 6124 (better wassap, call memang lambat ar diornag jawab)
CILI KAMPUNG :-
Lot No V-02, Hartamas Walk,
Hartamas Shopping Centre, Jalan Sri Hartamas 1,
Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
014-965 6124 (better wassap, call memang lambat ar diornag jawab)
Nota Jemari: Alhamdulilah sentiasa dimurahkan rezeki meluah
9 Comments
sedap2 lauk-pauknya...tak cukup 1 jam 45 minit utk makan2, sembang2....lama tk kena tunggu foods semua?
ReplyDeleteadala dalam 15 min juga kot x silap kena tgu lauk sampai.
Deletewajib ada cili hahahha
ReplyDeleteseronoknya gather2 mcm ni.. faham2 bab gelak x ingat dunia & mujur tak kena halau tu.. ha ha ha.. bukan selalu kan....
ReplyDeleteLauk pedas-pedas memang selera saya.
ReplyDeleteAlhamdulillah orang belanja. Ramai yang sertai makan-makan.
nmpk sedap semua lauk yg di order tu..Alhamdulillah, murah rezeki org yg belanja..
ReplyDeletePatutlah sentiasa meriah. Tengok dia punya makanan siapa je tak tergoda kan. Terung goreng belacan agak rare. Pertama kali dengar menu tu.
ReplyDeletePergh!! Lauk pauk dia mengancam sungguh.. Tapi kalau datang just untuk makan okaylah kot.. Nak chill chill macam tak best je sebab Ako kata crowded..
ReplyDeletelimited time slot...jenis mkn ada slot2 ni xbrp best..mn nk sembang..mn nk amik gmbr haha
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com