Seriously ako tak pernah amek tahu sangat cerita keluarga di Raja Britain ni.
Tapi ako kenal la watak-watak utama dalam keluarga mereka.
Kebetulan aritu ternampak satu komen di Facebook berkenaan satu scene dalam drama ni yang menyebut tentang Lady Di or Princess Diana. Tertarik! Sungguh ako tak tau rupanya netflix ada buat drama berkenaan keluarga di Raja tersebut.

Tajuk drama nya "The Crown".
Citer ni dah kluar kat Netflix pada tahun 2020.
Masa tu maybe ako tak perasan drama yang satu ni or kalau perasan pun maybe tak terdetik nak tengok.

OK berbalik citer The Crown ni, ada 4 season.
Mula terpikir bole ke ako nak abiskan sampai 4 season ni.
Sebab ikutkan naluri ako yang tak minat sejarah ni, apatah lagi sejarah negara luar hahaha... 
Tapi kagum gak ngan diri sendiri sebab tak sangka berjaya menghabiskan kesemua 4 season drama ni.

Untuk 2 season yang pertama mostly berkaitan dengan zaman pemerintahan bapa Ratu Elizabeth iaitu King George ke-6. Dan season ketiga berkaitan pemerintahan Queen Elizabeth II dan season last tu baru la masuk citer pasal princess Diana. Hahhhaha memang gigih layan oii nak tunggu Lady Di muncul.

Banyak yang ako belajar dari kisah mereka sekeluarga.
Kisah nenek, atok sedara, adik, sepupu, makcik pakcik, keseluruhan nya la tentang Britain / UK.
Konflik keluarga, rakyat, negara.
Konflik percintaan , perkahwinan, dan perceraian keluarga di raja yang mementingkan adat dan sejarah dari atok moyang mereka yang tak boleh dihapuskan.....

Even konflik dalaman keluarga yang cemburukan Diana yang terlebih mendapat perhatian....
Macam-macam....
Dan macam-macam kisah itu membuatkan ako gigih melayan drama klasik ni dari mula sampai la habis. 

Paling suka layan drama ni sebab pelakon-pelakon dia amek betul betul iras watak orang yang sebenar. 

Buat korang yang nak layan drama ni, boleh la cari di Netflix.

Nota Jemari: Nak citer lelebih takut spoiler so korang tengok la sendiri k...