On da way nak cari tempat lunch sempat la pick up budak dua orang tu. Kebetulan rumah carney ngan ako dah memang sehaluan jalan nya.
Tup tup sis lin tanya, " kantin asam pedas tu jauh tak?"
Hahaha mati mati ako ingat dia sebuat kantin gombak tu, harus la ako cakap dekat sesangat. Tapi rasa macam pelik plak bila sis lin cakap alamat kedai tu kat Ukay Perdana. Terus la ako gugel. Laaa ooo kantin yang sis lin mention tu x sama dengan kantin yang ako maksud kan rupanya hahaaha... Nasib baik la tergerak nak gugel dan nasib baik la ukay perdana tu xde la jauh beno kalau ikut mrr2 kan.
Jadi lepas pick up budak2 tu moh kita gerak ke kantin asam pedas.
Antara tempat makan yang tersedia kat situ. Bersih dan kemas je kedai ni. Kadang kadang rasa macam makan kat rumah sendiri ala ala balik kampung gitu hahaha.
Ofcoz la main menu kat situ adalah asam pedas kan. Ada macam macam set tu ha.
Rupanya kedai ni terletak kat kawasan perumahan. Nasib baik senang je nak cari kedainya. Dah jumpa moh le masuk.
Nasib kami baik la masa tu sebab sampai sana bukan waktu makan tengahari. Dengar citer kedai ni sentiasa penuh di waktu puncak. Kami sampai situ pun dah lebih jam 2 petang. Kedai dia ni takde la besar sangat tau! Masuk je dalam kedai, terasa macam berada dalam suasana kedai dolu dolu 🤣 or kadang ako rasa macam masuk style kedai indon yang kecil kecil macam kat kampung kampung. Walaupun nampak kecil je kedainya, menurut kata owner nya, kapasiti kedai tu bole masuk sampai 50 orang dah tau kalau compare kan soploh taun yang lepas hanya 30 ke 40 orang je.
Alhamdulilah, dia dah extend ruang makan. Ada bilik privacy mcm dalam gambar atas tu. Kot korang nak makan satu family x moh campur ngan orang lain ke kan. Tapi ako rasa better korang buat tempahan awal jika nak datang ramai ramai k.
Kami order set ikan pari dan juga ikan bawal. Mula nak order set ayam tapi habis plak ayamnya hehee.
Set ikan bawal, asam pedasnya di masak guna rempah je. Manakala set pari, asam pedasnya di masak guna daun kesum.
Dedua pun ada beza.. Yang rempah tu kuah nya cair sket manakala yang kesum tu kuahnya pekat dan pedas!! Sedap weii...!!
Untuk budak budak ako orderkan lempeng kelapa cicah asam pedas tetel. Asam pedas yang ini plak dia masak guna daun limau purut. Ya allah memang superb sedap oii asam pedas tetel dia!!! Pekat dan pedas cukup rasa bagi tekak ako yang kurang gemar asam pedas ni sebsnarnya hahaha.. Tapi nasib baik la asam pedas yang ada kat situ, rata rata ako bole telan.
Ako order kan juga cekodok pisang RM6 so dapat la dalam 30 biji. Mula ako rasa 30 tu banyak gila kot, takut plak tak terhabis kan. Tapi knowing yang makan nya si uyum, hahaha harus la kejap je dah licin 🤣🤣
Sempat la bergambar dengan owner kedai tu. Yang sebelah sis lin hujung sana tudung cekelat. Friendly betul owner nya.
Oh ye kalau korang pertama kali makan situ, nanti owner tu akan bagi korang rasa asam pedas tetel dia tau. Yang ni memang free la untuk firstimer. Alhamdulilah murah rezeki diorang berniaga kan.
So buat korang yang nak cuba, bole la ke
Kantin Asam Pedas
E - G - 14, Residensi Bistari, Jln Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, 68000 Ampang, Selangor
Waktu operasi : 11 pagi - 4:30 ptg (setiap hari kecuali Isnin tutup)
Bole booking, contact nombor ni 03-4101 9876
Selamat mencuba!
Nota Jemari: tiga hari cuti korang gi mana tu? 😁
12 Comments
boleh dicuba ni...kita tengok partner kita org melaka tu comment camna
ReplyDeleteHahaaa sila2 cuba
DeleteSi Kakak dah pergi juga Ret Sabtu haritu hahahaha.. dia takleh tahan nengok asam pedas hahahahah
ReplyDeleteIss tertekan plakk, sambung lagi..
ReplyDeleteYer aku suka, sedap yang asam pedas Pari tu haa.. next time try tetel kann, gilerr sedap, arghhhhh
Lain-lain pula resipi asam pedasnya.
ReplyDeleteala rasa rugi pulak tak boleh join arituh. next time klu buat reunion lagi boleh la booking tempat ni kan kan... ;)
ReplyDeleteSedapnyaaa asam Pedas!!! Love betul!!! X kemana sgt cuti.. singgah karnival lelayang.. hehe
ReplyDeletedari awal baca ku ingatkan budak berdua tu budak sis lin dan budak carneyz tapi kak carneyz da dihantar balik..rupanya budak uyum hahahah!!! pandai double date sekarang ye! 😂
ReplyDeleteKecur air liur tengok asam pedas. Nasib baik baru makan asam pedas. Menarik betul kedainya. Kalau saya ambil gambar tak sudah. Hehehe..Semoga murah rezeki owner belanja first timer makan kat situ.
ReplyDeletemood kat situ mcm makan kat kampung laa.. nampak pekat dan sedap tu
ReplyDeleteBestnya.. Ada tetel dan ayam.. Selalu orang buat ikan je.. Nak kena terjah nie..
ReplyDeletenampak sedap asam pedas nya..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com