Eh makan lagi?? Hahahah nak buat camno... sejak 2 menjak ni asyik JJCM je. Ini pun kebetulan aritu lepas balik dari HILLTOP tempoh hari terus tekak nak cari pencuci mulut. On da way balik terus terpikir nak makan cinnamon roll. Cinnamon roll dari Homebaker@Clover ni dah ada cawangan di Taman Melawati. Cawangan utama nya terletak di Bukit Jelutong tak silap ako. Sejak pertama kali dapat makan cinnamon roll ni terus terjatuh cinta hahaha...


Hari minggu kawasan ni memang tak ramai. So parking adalah senang sangat kalau dibandingkan dengan hari kerja, alamatnya nak mencari parking area situ, silap haribulan memang tak dapat parking la. Hepi sangat bila parking betul-betul depan kedai.




Ada banyak meja makan dan kami pilih untuk duduk betul-betul kat depan pintu . Rasa macam duduk kat rumah, santai-santai gitu hehehe...






Ada pelbagai jenis perisa cinnamon roll ada jual kat situ. Jadi rambang mata nak memilih nya 😅


Last-last inilah pilihan daripada kami berempat. Ada cheese, ada kit kat, ada biscoff ....
Memasing dah tak sabar nak NGAP! haha




Korang boleh juga dapatkan roll yang mini saiz. Kalau rasa yang besar tu macam besar sangat, then bole lah pilih yang saiz kecil je.


Kami beli saiz mini untuk di bawa balik. 
Sebelum cawangan ni dibuka, ako slalu order online dari cawangan Bukit Jelutong..
Memang delivery charge agak mahal la masa tu.
Tapi yang best nya cinnamon rolls ni selain untuk makan sendiri, kita boleh juga jadikan hadiah besday. Boleh minta diorang tulis kan note atas cinanmon ni. Tapi service tulis note ni rasa nya tak semua tempat ada. Kena try tempah online sahaja tak silap.

Untuk korang yang berdekatan dengan branch Taman Melawati, boleh la singgah ke

Homebaker@Clover Taman Melawati
Melawati Square, 319, Lorong Kedah, 
Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Telefon: 017-623 1737
Boleh order melalaui foodpanda juga.


Selamat mencuba! Enjoy!

Nota Jemari: makan makan makan... hahah jangan bosan bosan membaca ye 😊